Followers

Antara Mitos dan Kebenaran - Part 2

Wednesday, May 27, 2009




Bab kepercayaan karut

Kepercayaan2 karut mmg byk, ada mcm2 jenis kepercayaan dan kepercayaan2 ini masih sebati melekat dlm jiwa kebanyakan manusia xkira la dia Islam atau bkn Islam. Manusia mmg mudah terkesan dgn kepercayaan2 karut nih, why not…sbb manusia sentiasa dibisikkan dgn bisikan2 sesat yg terus menusuk ke hati. Klu xde panduan agama yg benar, gerenti msuk perangkap.



Walaupun manusia makin maju dr segi sains teknologi, pemikiran makin kritis tp still manusia alah dgn helah halus setan. Kepercayaan karut ni ttp teguh bertapak dlm hati di mana kepercayaan2 ini bkn saja terkesan pd golongan2 awam malah gol yg educated yg berkerjaya besar pun turut terpengaruh. Ada yg dlm bab nk tolak hujan waktu kenduri kawen, g amik baju pengantin pompuan pastu letak baju tu atas bumbung, kononnya dpt tolak hujan….what a nonsense.



Part 1 aritu aku sentuh bab menenung nasib / meramal dgn ilmu bintang (horoskop) dan yg seumpamanya. Part 2 nih bab percaya pada ramalan2 gak, ramalan baik dan buruk, tanda kesialan…. kepercayaan nih ada pada setiap bangsa.



Selalu kita dgr ckp2 org…. klu biawak lintas, ni petanda malang. klu rama-rama masuk umah, ni tanda kebaikan atau rahmat. Klu kucing menghadap pd kita sambil cuci kakinya, ni tanda ada org nk dtg umah, klu ade pinggan atau cawan pecah….(dlm filem2 melayu byk ar khurafat nih), bila pinggan yang dipegang jatuh lalu pecah maka ni alamat akan berlaku sesuatu yg buruk. Ni sume kepercayaan2 karut org melayu lama yg boleh dikatakan dh xpopular sgt dh. Org melayu skang klu biawak lintas, dia langgar ja, takpun g jual kt org siam…dpt gak duit. Klu pinggan pecah….ermm, beli ja pinggan baru, beli yg plastic ke yg steel ke, tahan lama sket.



Walaupun nonsense2 yg aku sebut td dh xpopular sgt TAPI… ni bkn bermakna kepercayaan2 karut ni dh ilang. Kepercayaan2 karut nih masih wujud tp dgn rupa yg lain plak. Anak2 muda melayu yg beragama Islam percaya klu kita tgkp gmbr bertiga, salah sorang nnt mesti mati. Klu yg loving couple tuh, pantang sgt la klu bg hadiah baju….nnt berpisah dua sejoli nih. Bla dgr cite2 camni, yg educated pun leh jd uneducated….timbul rasa bimbang dlm hati. Hish….camne klu jd betul2? Lebih baik xyah la tgkp gmbr bertiga, lebih baik xyah la bg baju, byk lg hadiah len bleh bg. Ni sume kebimbangan ketakutan yg ditimbulkan setan.



Ada gak larangan2 org dulukala yg disalahtafsir. Org dulu2 larang potong kuku mlm2, smpi zaman skrg jd pantang larang…. tak baik potong kuku mlm2. yg sbnrnya dulu mna da lampu, bila mlm kelam, gelap so sbb dibimbangi nnt terpotong terkena isi, maka dilarang potong kuku mlm2. Skang ni setiap umah ada lampu letrik seniri, terang benderang satu umah. Potong je la kuku.


Org dulu2 larang baring meniarap sambil dua kaki dilipat naik atas, sape yg buat mcm ni nnt mak mati. Kecik2 dulu aku percaya bulat2, xmo mak aku mati, aku xbuat mcm2. Skang bla bsar bru tau, yg sbnrnya nmpk xsopan dok mcm2 jd ditakut-takutkan budak2 jgn dok mcm2..…huh, ni satu tabiat yg kna ubah. Jgn tipu bdk2. ckp yg betul la. Klu xsopan, ckp xsopan.


Berbalik pd cite ramalan2 td, mcm aku kata, setiap bangsa ada kepercayaan2 karut dia. Masyarakat arab klu diaorang nk buat sesuatu, dia meramal dgn burung. Kaedah ni dipanggil tathayyur.

Imam asy-Syafie berkata: Kebiasaan bangsa Arab ialah bertathayyur, ramal-meramal dan sejenisnya. Tathayyur atau thiyarah adalah merasa sial kerana sesuatu, diambil dari ‘menerbangkan burung’. Seseorang dari mereka apabila akan pergi untuk suatu keperluan, ia memperhatikan burung. Jika burung terbang ke kanan, ia mengatakan “Ini membawa untung” maka ia pergi. Dan apabila burung terbang ke kiri, ia mengatakan “Ini mendatangkan sial” maka ia mengurungkan niatnya untuk pergi. Imam asy-Syafie melanjutkan: Orang Arab Jahiliyah jika seseorang tidak melihat ada burung terbang maka ia mendatangi sangkar burung lalu menyuruhnya terbang kemudian ia memperhatikan ke mana burung itu terbang, ke kanan atau ke kiri.


Tathayyur (merasa sial) tidak terbatas hanya pada terbangnya burung saja tetapi pada nama-nama, hitungan-hitungan dan sejenisnya di mana semua ini adalah haram dalam Islam, tergolong dalam perbuatan syirik dan kufur. Mcm yg aku sebuat awal2 td la…org melayu meramal dgn biawak sbg tanda sial, pinggan pecah petanda sial, tgkp gmbr tiga org petanda akan mati salah seorang dll….ni sume termasuk dlm kepercayaan karut yg Nabi saw cite ttg bahayanya…..hadits kt bawah nih. Hadits Ibnu Mas’ud yang dimarfu’kan kepada Nabi saw:

Thiyarah adalah syirik dan tidak ada seorang pun dari kita kecuali telah terjadi dari hal ini pada dirinya tetapi Allah melenyapkannya dengan tawakal kepadaNya


Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam musnadnya (1/389), Abu Dawud dalam kitab ath-Thib Bab ath-Thiyarah (4/17), at-Tirmidzi dalam kitab as-Siyar Bab Ma Ja-a fi ath-Thiyarah (3/84). Sulaiman bin Harb, gurunya Imam al-Bukhari mengatakan: Lafaz “dan tidak ada seorang pun” adalah ucapan Ibnu Mas’ud. Juga diriwayatkan oleh Ibnu Majah dalam kitab ath-Thib (3538), isnadnya shahih. Banyak dari para huffazh menyatakan bahawa kata “dan tidak ada seorang pun dari kita” merupakan ucapan Ibnu Mas’ud yang disisipkan dalam hadits. Lihat an-Nahju as-Sadid (161-162)



Apa saja jenis menenung nasib adalah dilarang. Sabda Rasulullah saw.: Riwayat Bukhari.

Dari Ibnu Umar bahawa Rasulullah saw. bersabda : Tidak ada jangkitan dan tidak ada pula ramalan,…”


Sesetengah org arab percaya xleh bersama ngan isteri (xleh jima’) dlm tempoh antara dua hari raya iaitu antara raya fitri dan raya adha (maknanya dr bln syawal smpi 10 zulhijjah la)….klu bersama ngan isteri pd tempoh yg demikian, maka ditakuti nnt akan berpisah pasangan suami isteri ini. Tp klu kita rujuk sejarah, Rasulullah saw kawen ngan Ummul Mukminin Aisyah di bulan Syawal dan Rasulullah saw bersama ngan Ummul Mukminin Aisyah di bulan Syawal. Ini pengajaran Rasulullah saw kpd umat manusia tuk nk membatalkan kepercayaan karut masyarakat arab. Org arab juga percaya bulan Safar adalah bulan sial. Asal dtg je bln Safar….huh, dh dtg dh bulan sial. Bln yg mengundang 1001 perkara malang. Org melayu pun terkesan gak ngan kepercayaan nih hinggakan dulu ada yg pakat2 mandi buang sial bla dtg bulan safar.

Daripada Abu Hurairah bahawa Nabi saw bersabda: Tidak ada jangkitan, tidak ada mayat yang menjadi hantu kubur dan tidak ada sial pada bulan Safar.

Hadits riwayat Bukhari dan Muslim



Kepercayaan2 karut nih mmg byk, xlarat nk sebut sume. Tp yg plg penting…nih yg aku taip kt bwh nih.

Islam ajar pemikiran tu biar terbuka, jgn mudah percaya apa ja yg org kata. Bab petanda malang petanda xmalang, Islam xajar sume nih. Apa yg xdilarang Islam, buat la. Apa yg dilarang, tinggalkan. Nabi ajar bila nk buat sesuatu buat sungguh2, jgn lemah, jgn cpat putus asa ilang semangat, cuba dan terus cuba. Kita mgkn jatuh bgn jatuh bgn berkali2, tp jgn ngalah. Blaja dr kesilapan. Blaja dan trus blaja. Sentiasa mintak pertolongan Allah. Berserah dan bertawakkal pd Allah. Gantungkan pengharapan sepenuhnya pd Allah. Ni sikap org2 yg beriman. Setelah dia berusaha sebaik mungkin, dia pohon pertolongan Allah then dia serahkan segalanya pd Allah. Klu gagal, dia usaha lg. Klu berjaya, dia syukur.



Islam ajar umat islam jiwa mesti kuat, xmudah digempar ditakut2kan. Kita ada Allah, Tuhan sekalian alam. Siapa lg yg lbh kuat selain Allah? Siapa lg yg dpt memberi mudharat dan memberi manfaat selain Allah? Mcm yg aku pernah sebut aritu, keberkatan, keselamatan, rahmat, sume ni kita akan dpt jika kita berada betul di atas jln Allah. Tp klu jln kita dh salah, dok atas jln setan, cmne nk dpt berkat.

1 comments:

nz May 29, 2009 at 6:38 AM  

sy smpi skrng klu membaca buku sambil meniarap, mesti angkat kaki ke atas. muahahahah.

tp mmg masa kecik dulu, takut buat cam tu.. ;p

salah org dewasa ah, p ckp bnda mengarut kat bebudak!

tetamu

About This Blog

Lorem Ipsum

aku suka ikan2 nih..bg mkn sat, klik ja dlm akuarium tu

monyet aku

dolphin aku

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP