Followers

Antara Mitos dan Kebenaran

Friday, May 22, 2009



Kepercayaan karut – horoskop

Kpd bloggers sume…tinggalkanla horoskop/zodiac. Deletekan dr biodata2 korang. Pesanan ini ditujukan kpd mereka yg xmo menanggung dosa kering di akhirat sana nnt.



Anak2 muda khususnya pompuan….byk yg terpengaruh ngan horoskop….satu kepercayaan karut yg berbentuk moden….dilarang dlm Islam. Horoskop adalah ramalan bintang ttg kehidupan seharian. Sebahagian manusia percaya bintang2 di langit tu ada pengaruh terhadap kehidupan manusia dan sbnrnye ilmu horoskop ni termasuk dlm ilmu sihir. Bersabda Rasulullah saw: Riwayat Abu Daud dgn sanad jayyid



Barang siapa yang mengambil sepotong dari ilmu bintang, maka bererti dia mengambil sepotong dari ilmu sihir, bertambah ilmu bintangnya bertambah pula ilmu sihirnya.



Sagittarius, Aquarius, Pisces, Aries, Taurus, Gemini, Cancer, Leo, Virgo, Libra dan Capricorn…ni sume nama bintang2 kehidupan yg dipercayai orang barat. Klu org cina dgn zodiaknye…tahun kuda, tahun tikus, tahun babi dan apa2 lg. Org arab pun ade gak horoskop dia. Boleh dikatakan masing2 bangsa ada kepercayaan karut ni, cuma bezanya ada yg popular ada yg xpopular.



Horoskop ni guna tuk ramal nasib masa depan, ttg kerjaya, kisah hidup, percintaan, persahabatan. Apa akan berlaku di masa depan…akan ada byk rintangan ke dlm hidup? akan beroleh durian runtuh ke? Lazimnya horoskop ni famous digunakan dlm menentukan bab pasangan yg serasi, pisces sesuai dgn Capricorn, xsesuai dgn sagitarius, so kna cri bintang yg serasi.



Bla nk tentukan tarikh perkahwinan, congak dulu ari apa yg sesuai, bulan apa yg sesuai, maskawen pun men congak gak…bg nombor yg ong. Org melayu yg ngaku islam buat bnda yg sama, org India yg agama hindu buat bnda sama, org cina yg agama buddha buat bnda sama….serupa belaka. Jln setan ni meluas coverage dia. Kawen la ari apa pun, bulan bape pun, yg nk bg brkat, bila kita berada di jln Allah. Klu dok atas jln setan nk berkat cmna.



Cuba baca hadis ni, Nabi saw bersabda; Riwayat 4 Sunan ahli hadits dan Al-Hakim.

Barangsiapa yang datang kepada ‘Arraf (peramal) atau bomoh dan membenarkan apa yang dikatakan, bererti dia kafir terhadap wahyu yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw.



Menilik, menenung nasib adalah haram dlm Islam. Kita mgkn xguna kaedah tradisional…kita xtadah tgn kt uncle fortune teller, kita xmenenung nasib dlm geluk air mcm nujum pak belalang, kita xjumpa witches dgn bebola kristalnya, kita xjumpa si mamat dgn daun tarotnya tp kita buka akhbar/majalah bahagian horoskop, nak tgk apa dia kata ttg nasib kita bln nih, mcmmana ttg bab percintaan kita. Kita bukak laman web, masukkan nama, tarikh lahir, status diri…then kita boleh tahu sume ramalan ttg masa depan kita. kita langgan kt henpon khidmat horoskop. Kita g shopping komplek, kita masukkan tgn kt mesin fortune teller, curious nk tau ttg future kita. Its just de same.


Mungkin asalnye waktu kita masukkan tgn dlm mulut mesin fortune teller tu setakat nk main2 ja tp sbnrnya terdetik gak dlm hati apa dia nk kata ttg aku…then terdetik gak, btul dak dia kata nih…kerja setan, kot mana pun dia leh ejas. Bab2 kerja setan, bisikan2 setan ni mmg manusia akan rasa lebih tertarik dr ajakan ke jln Allah. Syurga tu dikelilingi dgn perkara yg manusia xsuka, neraka tu dikelilingi oleh perkara2 yg disukai manusia. Jgn amik mudah jln setan, krn ia jln membawa ke neraka.


Percaya ilmu bintang, percaya bintang2 ada pengaruh dlm kehidupan, dpt menggambarkan future seseorang itu….perbuatan ni dilarang bagi umat Islam kerana perkara ghaib….hanya Allah yang tahu. Surah Al-Jin ayat 26-27

(Dia adalah Tuhan) Yang Mengetahui yang ghaib, maka Dia tidak memperlihatkan kepada seorangpun tentang yang ghaib itu. Kecuali kepada rasul yang diredhai-Nya


Rasulullah saw bersabda:Riwayat At-Tabrani dgn darjat hassan

Tiadalah yang mengetahui perkara yang ghaib selain Allah.


Bintang2 bkn dicipta untuk mengatur nasib kita. Sabda Rasulullah saw: Riwayat Bukhari

Allah ciptakan bintang-bintang ini untuk tiga hal: perhiasan langit, pelempar syaitan dan tanda-tanda petunjuk arah. Barangsiapa yang mentakwilkan bintang-bintang di luar tiga hal ini maka dia salah dan menyia-nyiakan nasibnya serta memaksakan diri tanpa dasar ilmu pengetahuan.



Termasuk gak dlm menilik, menenung nasib bila kita g jumpa bomoh, tok imam ka, tok bilal ka, tnya brg ilang, ….dia baca2 something then dia cite kt kita, terbukti benar kata2nya. Renungkan sepotong hadits riwayat Muslim:

Daripada Aisyah: Orang ramai bertanya kepada Rasulullah saw darihal tukang-tukang tenung. Jawab Rasulullah: Mereka itu tidak benar. Bertanya lagi para manusia: Kadang-kadang apa yang mereka katakan itu memang benar terjadi. Jawab Rasulullah: Ucapan yang benar itu terdengar oleh sebangsa jin lalu dibisikkannya ke telinga tukang-tukang tenung seperti ayam betina. Dan mereka campurkan dengan seratus kebohongan bahkan lebih



Apa Nabi kata dlm bab ni…setan curi pendengaran langit dan dia campur dgn berbagai kebohongan. P jumpa bomoh dia kata ada org khianat kt kita, kita pun percaya. Jadi permusuhan. Mengubati seseorang yg disihir mmg ade sunnahnya dr Rasulullah saw tp mengkhabarkan siapa yg melakukannya, ni dh msuk bab ghaib. Xde yg tau kecuali Allah. Mgkn ada setengah org mengatakan imam tu mntk doa kt allah, dia baca ayat quran, dia dpt alamat/sense dan sebagainya…tp persoalannye…bagaimana nk pastikan kbnrn cite tsb, ia bkn satu tipudaya setan. Sdgkan para rasul, para sahabat, para tabiin pun xde yg buat teknik nk cari brg ilang/bongkar perkara2 ghaib….apa kes lak kita skang lbh hebat drpd golongan2 terbaik nih?



Termasuk gak dlm tilik nih dlm sesetengah perubatan tradisional, dlm bab urutan/ rawat patah tulang dll. Kawan tu sakit tangan/kaki, si bomoh ni g peksa kt batang buluh. Dia pegang batang buluh then dia bleh tau terseliuh ke, patah ke…ni keja tilik blaka nih. Kaki yg sakit patut peksa kt kaki la, tgn yg sakit peksa kt tgn, apsal g cek kt batang buluh pas2 leh detect lak rosak kt na? org yg ngandung pun g scan kt perut, xkan nk scan kt kaki pas2 leh tau baby laki ke pompuan?


Bab ghaib ni xde yg tau kecuali Allah dan org yg diredhai Allah dr kalangan rasul. Klu org lain, setan boleh menyerupa pd dia. Setan boleh merupa dlm bentuk berjubah berserban muka bercahaya berlakon warak then sesatkan org tu….simple je tu.


Persoalannya; perkhabaran siapa yg lbh kita yakini? Perkhabaran Allah dan rasulkah atau perkhabaran ghaib dr jiran kita, kenalan kita, bomoh tu, imam ni…imam atau bomoh bkn tanda diaorang ni betul sume…bkn aku nk cela imam2 atau bilal tp masalahnye ada gak imam2 bilal yg buat keja khurafat, syirik. Tau je la…imam2 la ni bkn dr yg ngaji agama…byk dr org kampong yg rajin g masjid tp ilmu agama xngaji sgt, maka pengaruh2 dr bkn islam tu byk lagi. Kerja2 cari brg ilang mcm nujum pak belalang nih, tgk dlm geluk air atau tgk pd daun sirih, menilik menenung nasib pd bebola kristal, daun terup, guna kaedah / alatan tradisional atau moden, yg jnis mencari2 perkhabaran ghaib ni adalah dilarang dlm Islam. Nabi kata kufur bab tilik nih bila kita percaya.


Nasib kita xde sape yg tau. Kita diperintah berusaha bersungguh2 tuk kebahagiaan dunia dan akhirat, berdoa kt Allah, jgn putus asa. Nk cri pasangan, Allah dh bg panduan. Nk idup bahagia, Allah dh bagi panduan. Takut menghadapi kecelakaan, Allah bg panduan. Bagaimana nk hadap musibah, allah bg panduan. Kita ja yg xikut panduan tu, xnak blaja.


Mgkn ada yg kata, kita amik bintang2 ni tuk sonok ja, kita letakkan dlm biodata kita ni berbintang sekian2….bkn kita peduli pun ramalan tu. Mgkin ya… kita xtgk kita ignorekan je cite ramalan tu tp sedar xsedar kita dh tjk jln yg sesat kt org, org yg xtau, anak2 muda laki dan pompuan yg masih remaja akan terikut2 rentak dunia moden, pkai horoskop, lekeh r klu xikut horoskop, mna canggih. Kita diperlekehkan bila xikut horoskop…diperlekehkan bila xikut jln setan. Nk tanggung dosa ke? Sabda Rasulullah saw: Riwayat Muslim, Abu Daud dan At-Turmizi



Dan sesiapa yang mengajak (orang lain) ke jalan kesesatan, dia akan menanggung dosa-dosa orang yang mengikutnya dengan tidak mengurangi sedikitpun dosa itu dari dosa-dosa mereka



Ape pun, kita xlepas dr dua kategori.

Pertama; kufur iaitu bila percaya pd horoskop/ramalan tilikan/perkhabaran ghaib dr tukang2 tilik.

Kedua; kita mgkn takat main2 je tp bertitik tolak dr situ, kita dpt dosa kering bilamana kita menjadi ikutan yg buruk. Orang terpengaruh dgn horoskop dr sebab kita so byk mna org terpengaruh ngan kita, kita kna tanggung la dosa tu.

Tinggalkan la jln2 kekafiran nih…ikut Allah dan Rasul.

13 comments:

nz May 22, 2009 at 8:43 PM  

oh tidakkk..
kena delete list character org yg lahir on 29/02/1984 - my birthdate - in my friendster. huhuhu.

hey baru2 ni my fren g jmpa sorg ni, tgk sape yg curik barang kat umah..
alamak. cam ne lak nih.

akma-نجوى May 22, 2009 at 8:54 PM  

syukran atas entry ini. moga sama-sama dapat manfaat..dalam tak sedar orang Islam boleh syirik pada Allah. Nauzubillah..

Cahaya Yang Riang Gembira May 22, 2009 at 9:42 PM  

Thanx for the reminder yeah sis.. It's true, mostly women are the one who get attracted into these kind of thingy.. =)

anisewater May 22, 2009 at 10:14 PM  

thax 4 de info..
klu gne bulan kelahiran tOk tengOk sifat orang bleh ke x eh??

Rashila In Da house May 23, 2009 at 4:05 AM  

Trima kasih atas entry yang sangat berilmiah ini...

Nur Areefah May 23, 2009 at 8:07 AM  

thanks a lot coz sudi share..
moga ilmu ni bermanfaat.. mintak kbenaran ntuk cilok ye

Mohd Rasul Bin Amat May 23, 2009 at 8:46 AM  

salam...
nice posting...
keep go on dude...
fi amanillah...
wassalam...

Mohd Masri bin Mohd Ramli May 23, 2009 at 9:41 AM  

Tarikh lahir ke, horoskop ke yang semua mengarut tu boleh merosakkan akidah.

Jangan bagi alasan tak percaya, saja-saja seronok, kalau macam tu boleh ke pergi kat kuil sujud kat berhala untuk saja-saja tak ada niat untuk sembah?

anyss May 23, 2009 at 9:48 PM  

Salam. Benda-benda mengarut macam ni macam dah jadi budaya dalam masyarakat islam. Bebudak dan golongan muda tengok kaji bintang, orang2 lama jumpa bomok pegi nengok barang hilang. Kat TV pulak macam2 jenis jin, setan dan makhluk ditayangkan. Konon2nya nak bagi kesedaran kepada masyarakat supaya tak ikut. betul ke dah tak ikut? Bukan kerjaya Bomoh lagi MANTAP ke lepas TV buat program mcm tu?

Entah lerrr labu...sendrey mau ingat la!

wHo eLsE?! June 3, 2009 at 7:16 PM  

hurm..
gOod jOb..
amer tau gak psal bnda nie..
sO,,alhamdulillah amer dh tnggalkan..tapi bru setahun ar..
sbb amer de dgr yg sesiapa yg percayai sOmthing like horoskop nie,,amlan x diterima selama 40 hari..tapi x tau sejauh mana kebenarannya..n betOl ttg isu ingin tahu n last2 terdetik kat hati mnegiakan apa yg ditilik..sO..mcm percaya kuasa selain Allah..

صلح الدين ن June 6, 2009 at 2:53 AM  
This comment has been removed by the author.
صلح الدين ن June 6, 2009 at 2:59 AM  

Assalamu'alaikum,

tentang horoskop, sifat-sifat manusia dan tenung nasib melaluinya saya sokong saudara/ri ~liveurlife~.

Bagi nak melihat barang hilang pula, memang ada caranya, tapi taklah secara detail siapa dan siapa yang mencuri.

Cuma ada cara ikhtiar untuk mendapatkannya semula. Dengan ayat al-Quran. (al-Isra':82)

Ada benda-benda(cth. kemenyan,telur) yang bomoh gunakan yang melanggar syariat Islam, membawa fitnah kepada perawatan Islam yang suci.

Allahu a'lam.

chipsey June 6, 2009 at 9:27 AM  

tuk Cled

sori...tp leh statekan tak dalil2 ngan cara tuk dptkan brg ilang, ayat 82 surah Al-Isra' tu just terang ttg Al-Quran sbg penawar dan rahmat...i can't see kaitan ayat ni tuk cari brg ilang...skada ingin tahu, no offense

tetamu

About This Blog

Lorem Ipsum

aku suka ikan2 nih..bg mkn sat, klik ja dlm akuarium tu

monyet aku

dolphin aku

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP