Followers

Antara Mitos dan Kebenaran - Part 2

Wednesday, May 27, 2009




Bab kepercayaan karut

Kepercayaan2 karut mmg byk, ada mcm2 jenis kepercayaan dan kepercayaan2 ini masih sebati melekat dlm jiwa kebanyakan manusia xkira la dia Islam atau bkn Islam. Manusia mmg mudah terkesan dgn kepercayaan2 karut nih, why not…sbb manusia sentiasa dibisikkan dgn bisikan2 sesat yg terus menusuk ke hati. Klu xde panduan agama yg benar, gerenti msuk perangkap.



Walaupun manusia makin maju dr segi sains teknologi, pemikiran makin kritis tp still manusia alah dgn helah halus setan. Kepercayaan karut ni ttp teguh bertapak dlm hati di mana kepercayaan2 ini bkn saja terkesan pd golongan2 awam malah gol yg educated yg berkerjaya besar pun turut terpengaruh. Ada yg dlm bab nk tolak hujan waktu kenduri kawen, g amik baju pengantin pompuan pastu letak baju tu atas bumbung, kononnya dpt tolak hujan….what a nonsense.



Part 1 aritu aku sentuh bab menenung nasib / meramal dgn ilmu bintang (horoskop) dan yg seumpamanya. Part 2 nih bab percaya pada ramalan2 gak, ramalan baik dan buruk, tanda kesialan…. kepercayaan nih ada pada setiap bangsa.



Selalu kita dgr ckp2 org…. klu biawak lintas, ni petanda malang. klu rama-rama masuk umah, ni tanda kebaikan atau rahmat. Klu kucing menghadap pd kita sambil cuci kakinya, ni tanda ada org nk dtg umah, klu ade pinggan atau cawan pecah….(dlm filem2 melayu byk ar khurafat nih), bila pinggan yang dipegang jatuh lalu pecah maka ni alamat akan berlaku sesuatu yg buruk. Ni sume kepercayaan2 karut org melayu lama yg boleh dikatakan dh xpopular sgt dh. Org melayu skang klu biawak lintas, dia langgar ja, takpun g jual kt org siam…dpt gak duit. Klu pinggan pecah….ermm, beli ja pinggan baru, beli yg plastic ke yg steel ke, tahan lama sket.



Walaupun nonsense2 yg aku sebut td dh xpopular sgt TAPI… ni bkn bermakna kepercayaan2 karut ni dh ilang. Kepercayaan2 karut nih masih wujud tp dgn rupa yg lain plak. Anak2 muda melayu yg beragama Islam percaya klu kita tgkp gmbr bertiga, salah sorang nnt mesti mati. Klu yg loving couple tuh, pantang sgt la klu bg hadiah baju….nnt berpisah dua sejoli nih. Bla dgr cite2 camni, yg educated pun leh jd uneducated….timbul rasa bimbang dlm hati. Hish….camne klu jd betul2? Lebih baik xyah la tgkp gmbr bertiga, lebih baik xyah la bg baju, byk lg hadiah len bleh bg. Ni sume kebimbangan ketakutan yg ditimbulkan setan.



Ada gak larangan2 org dulukala yg disalahtafsir. Org dulu2 larang potong kuku mlm2, smpi zaman skrg jd pantang larang…. tak baik potong kuku mlm2. yg sbnrnya dulu mna da lampu, bila mlm kelam, gelap so sbb dibimbangi nnt terpotong terkena isi, maka dilarang potong kuku mlm2. Skang ni setiap umah ada lampu letrik seniri, terang benderang satu umah. Potong je la kuku.


Org dulu2 larang baring meniarap sambil dua kaki dilipat naik atas, sape yg buat mcm ni nnt mak mati. Kecik2 dulu aku percaya bulat2, xmo mak aku mati, aku xbuat mcm2. Skang bla bsar bru tau, yg sbnrnya nmpk xsopan dok mcm2 jd ditakut-takutkan budak2 jgn dok mcm2..…huh, ni satu tabiat yg kna ubah. Jgn tipu bdk2. ckp yg betul la. Klu xsopan, ckp xsopan.


Berbalik pd cite ramalan2 td, mcm aku kata, setiap bangsa ada kepercayaan2 karut dia. Masyarakat arab klu diaorang nk buat sesuatu, dia meramal dgn burung. Kaedah ni dipanggil tathayyur.

Imam asy-Syafie berkata: Kebiasaan bangsa Arab ialah bertathayyur, ramal-meramal dan sejenisnya. Tathayyur atau thiyarah adalah merasa sial kerana sesuatu, diambil dari ‘menerbangkan burung’. Seseorang dari mereka apabila akan pergi untuk suatu keperluan, ia memperhatikan burung. Jika burung terbang ke kanan, ia mengatakan “Ini membawa untung” maka ia pergi. Dan apabila burung terbang ke kiri, ia mengatakan “Ini mendatangkan sial” maka ia mengurungkan niatnya untuk pergi. Imam asy-Syafie melanjutkan: Orang Arab Jahiliyah jika seseorang tidak melihat ada burung terbang maka ia mendatangi sangkar burung lalu menyuruhnya terbang kemudian ia memperhatikan ke mana burung itu terbang, ke kanan atau ke kiri.


Tathayyur (merasa sial) tidak terbatas hanya pada terbangnya burung saja tetapi pada nama-nama, hitungan-hitungan dan sejenisnya di mana semua ini adalah haram dalam Islam, tergolong dalam perbuatan syirik dan kufur. Mcm yg aku sebuat awal2 td la…org melayu meramal dgn biawak sbg tanda sial, pinggan pecah petanda sial, tgkp gmbr tiga org petanda akan mati salah seorang dll….ni sume termasuk dlm kepercayaan karut yg Nabi saw cite ttg bahayanya…..hadits kt bawah nih. Hadits Ibnu Mas’ud yang dimarfu’kan kepada Nabi saw:

Thiyarah adalah syirik dan tidak ada seorang pun dari kita kecuali telah terjadi dari hal ini pada dirinya tetapi Allah melenyapkannya dengan tawakal kepadaNya


Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam musnadnya (1/389), Abu Dawud dalam kitab ath-Thib Bab ath-Thiyarah (4/17), at-Tirmidzi dalam kitab as-Siyar Bab Ma Ja-a fi ath-Thiyarah (3/84). Sulaiman bin Harb, gurunya Imam al-Bukhari mengatakan: Lafaz “dan tidak ada seorang pun” adalah ucapan Ibnu Mas’ud. Juga diriwayatkan oleh Ibnu Majah dalam kitab ath-Thib (3538), isnadnya shahih. Banyak dari para huffazh menyatakan bahawa kata “dan tidak ada seorang pun dari kita” merupakan ucapan Ibnu Mas’ud yang disisipkan dalam hadits. Lihat an-Nahju as-Sadid (161-162)



Apa saja jenis menenung nasib adalah dilarang. Sabda Rasulullah saw.: Riwayat Bukhari.

Dari Ibnu Umar bahawa Rasulullah saw. bersabda : Tidak ada jangkitan dan tidak ada pula ramalan,…”


Sesetengah org arab percaya xleh bersama ngan isteri (xleh jima’) dlm tempoh antara dua hari raya iaitu antara raya fitri dan raya adha (maknanya dr bln syawal smpi 10 zulhijjah la)….klu bersama ngan isteri pd tempoh yg demikian, maka ditakuti nnt akan berpisah pasangan suami isteri ini. Tp klu kita rujuk sejarah, Rasulullah saw kawen ngan Ummul Mukminin Aisyah di bulan Syawal dan Rasulullah saw bersama ngan Ummul Mukminin Aisyah di bulan Syawal. Ini pengajaran Rasulullah saw kpd umat manusia tuk nk membatalkan kepercayaan karut masyarakat arab. Org arab juga percaya bulan Safar adalah bulan sial. Asal dtg je bln Safar….huh, dh dtg dh bulan sial. Bln yg mengundang 1001 perkara malang. Org melayu pun terkesan gak ngan kepercayaan nih hinggakan dulu ada yg pakat2 mandi buang sial bla dtg bulan safar.

Daripada Abu Hurairah bahawa Nabi saw bersabda: Tidak ada jangkitan, tidak ada mayat yang menjadi hantu kubur dan tidak ada sial pada bulan Safar.

Hadits riwayat Bukhari dan Muslim



Kepercayaan2 karut nih mmg byk, xlarat nk sebut sume. Tp yg plg penting…nih yg aku taip kt bwh nih.

Islam ajar pemikiran tu biar terbuka, jgn mudah percaya apa ja yg org kata. Bab petanda malang petanda xmalang, Islam xajar sume nih. Apa yg xdilarang Islam, buat la. Apa yg dilarang, tinggalkan. Nabi ajar bila nk buat sesuatu buat sungguh2, jgn lemah, jgn cpat putus asa ilang semangat, cuba dan terus cuba. Kita mgkn jatuh bgn jatuh bgn berkali2, tp jgn ngalah. Blaja dr kesilapan. Blaja dan trus blaja. Sentiasa mintak pertolongan Allah. Berserah dan bertawakkal pd Allah. Gantungkan pengharapan sepenuhnya pd Allah. Ni sikap org2 yg beriman. Setelah dia berusaha sebaik mungkin, dia pohon pertolongan Allah then dia serahkan segalanya pd Allah. Klu gagal, dia usaha lg. Klu berjaya, dia syukur.



Islam ajar umat islam jiwa mesti kuat, xmudah digempar ditakut2kan. Kita ada Allah, Tuhan sekalian alam. Siapa lg yg lbh kuat selain Allah? Siapa lg yg dpt memberi mudharat dan memberi manfaat selain Allah? Mcm yg aku pernah sebut aritu, keberkatan, keselamatan, rahmat, sume ni kita akan dpt jika kita berada betul di atas jln Allah. Tp klu jln kita dh salah, dok atas jln setan, cmne nk dpt berkat.

Read more...

Antara Mitos dan Kebenaran

Friday, May 22, 2009



Kepercayaan karut – horoskop

Kpd bloggers sume…tinggalkanla horoskop/zodiac. Deletekan dr biodata2 korang. Pesanan ini ditujukan kpd mereka yg xmo menanggung dosa kering di akhirat sana nnt.



Anak2 muda khususnya pompuan….byk yg terpengaruh ngan horoskop….satu kepercayaan karut yg berbentuk moden….dilarang dlm Islam. Horoskop adalah ramalan bintang ttg kehidupan seharian. Sebahagian manusia percaya bintang2 di langit tu ada pengaruh terhadap kehidupan manusia dan sbnrnye ilmu horoskop ni termasuk dlm ilmu sihir. Bersabda Rasulullah saw: Riwayat Abu Daud dgn sanad jayyid



Barang siapa yang mengambil sepotong dari ilmu bintang, maka bererti dia mengambil sepotong dari ilmu sihir, bertambah ilmu bintangnya bertambah pula ilmu sihirnya.



Sagittarius, Aquarius, Pisces, Aries, Taurus, Gemini, Cancer, Leo, Virgo, Libra dan Capricorn…ni sume nama bintang2 kehidupan yg dipercayai orang barat. Klu org cina dgn zodiaknye…tahun kuda, tahun tikus, tahun babi dan apa2 lg. Org arab pun ade gak horoskop dia. Boleh dikatakan masing2 bangsa ada kepercayaan karut ni, cuma bezanya ada yg popular ada yg xpopular.



Horoskop ni guna tuk ramal nasib masa depan, ttg kerjaya, kisah hidup, percintaan, persahabatan. Apa akan berlaku di masa depan…akan ada byk rintangan ke dlm hidup? akan beroleh durian runtuh ke? Lazimnya horoskop ni famous digunakan dlm menentukan bab pasangan yg serasi, pisces sesuai dgn Capricorn, xsesuai dgn sagitarius, so kna cri bintang yg serasi.



Bla nk tentukan tarikh perkahwinan, congak dulu ari apa yg sesuai, bulan apa yg sesuai, maskawen pun men congak gak…bg nombor yg ong. Org melayu yg ngaku islam buat bnda yg sama, org India yg agama hindu buat bnda sama, org cina yg agama buddha buat bnda sama….serupa belaka. Jln setan ni meluas coverage dia. Kawen la ari apa pun, bulan bape pun, yg nk bg brkat, bila kita berada di jln Allah. Klu dok atas jln setan nk berkat cmna.



Cuba baca hadis ni, Nabi saw bersabda; Riwayat 4 Sunan ahli hadits dan Al-Hakim.

Barangsiapa yang datang kepada ‘Arraf (peramal) atau bomoh dan membenarkan apa yang dikatakan, bererti dia kafir terhadap wahyu yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw.



Menilik, menenung nasib adalah haram dlm Islam. Kita mgkn xguna kaedah tradisional…kita xtadah tgn kt uncle fortune teller, kita xmenenung nasib dlm geluk air mcm nujum pak belalang, kita xjumpa witches dgn bebola kristalnya, kita xjumpa si mamat dgn daun tarotnya tp kita buka akhbar/majalah bahagian horoskop, nak tgk apa dia kata ttg nasib kita bln nih, mcmmana ttg bab percintaan kita. Kita bukak laman web, masukkan nama, tarikh lahir, status diri…then kita boleh tahu sume ramalan ttg masa depan kita. kita langgan kt henpon khidmat horoskop. Kita g shopping komplek, kita masukkan tgn kt mesin fortune teller, curious nk tau ttg future kita. Its just de same.


Mungkin asalnye waktu kita masukkan tgn dlm mulut mesin fortune teller tu setakat nk main2 ja tp sbnrnya terdetik gak dlm hati apa dia nk kata ttg aku…then terdetik gak, btul dak dia kata nih…kerja setan, kot mana pun dia leh ejas. Bab2 kerja setan, bisikan2 setan ni mmg manusia akan rasa lebih tertarik dr ajakan ke jln Allah. Syurga tu dikelilingi dgn perkara yg manusia xsuka, neraka tu dikelilingi oleh perkara2 yg disukai manusia. Jgn amik mudah jln setan, krn ia jln membawa ke neraka.


Percaya ilmu bintang, percaya bintang2 ada pengaruh dlm kehidupan, dpt menggambarkan future seseorang itu….perbuatan ni dilarang bagi umat Islam kerana perkara ghaib….hanya Allah yang tahu. Surah Al-Jin ayat 26-27

(Dia adalah Tuhan) Yang Mengetahui yang ghaib, maka Dia tidak memperlihatkan kepada seorangpun tentang yang ghaib itu. Kecuali kepada rasul yang diredhai-Nya


Rasulullah saw bersabda:Riwayat At-Tabrani dgn darjat hassan

Tiadalah yang mengetahui perkara yang ghaib selain Allah.


Bintang2 bkn dicipta untuk mengatur nasib kita. Sabda Rasulullah saw: Riwayat Bukhari

Allah ciptakan bintang-bintang ini untuk tiga hal: perhiasan langit, pelempar syaitan dan tanda-tanda petunjuk arah. Barangsiapa yang mentakwilkan bintang-bintang di luar tiga hal ini maka dia salah dan menyia-nyiakan nasibnya serta memaksakan diri tanpa dasar ilmu pengetahuan.



Termasuk gak dlm menilik, menenung nasib bila kita g jumpa bomoh, tok imam ka, tok bilal ka, tnya brg ilang, ….dia baca2 something then dia cite kt kita, terbukti benar kata2nya. Renungkan sepotong hadits riwayat Muslim:

Daripada Aisyah: Orang ramai bertanya kepada Rasulullah saw darihal tukang-tukang tenung. Jawab Rasulullah: Mereka itu tidak benar. Bertanya lagi para manusia: Kadang-kadang apa yang mereka katakan itu memang benar terjadi. Jawab Rasulullah: Ucapan yang benar itu terdengar oleh sebangsa jin lalu dibisikkannya ke telinga tukang-tukang tenung seperti ayam betina. Dan mereka campurkan dengan seratus kebohongan bahkan lebih



Apa Nabi kata dlm bab ni…setan curi pendengaran langit dan dia campur dgn berbagai kebohongan. P jumpa bomoh dia kata ada org khianat kt kita, kita pun percaya. Jadi permusuhan. Mengubati seseorang yg disihir mmg ade sunnahnya dr Rasulullah saw tp mengkhabarkan siapa yg melakukannya, ni dh msuk bab ghaib. Xde yg tau kecuali Allah. Mgkn ada setengah org mengatakan imam tu mntk doa kt allah, dia baca ayat quran, dia dpt alamat/sense dan sebagainya…tp persoalannye…bagaimana nk pastikan kbnrn cite tsb, ia bkn satu tipudaya setan. Sdgkan para rasul, para sahabat, para tabiin pun xde yg buat teknik nk cari brg ilang/bongkar perkara2 ghaib….apa kes lak kita skang lbh hebat drpd golongan2 terbaik nih?



Termasuk gak dlm tilik nih dlm sesetengah perubatan tradisional, dlm bab urutan/ rawat patah tulang dll. Kawan tu sakit tangan/kaki, si bomoh ni g peksa kt batang buluh. Dia pegang batang buluh then dia bleh tau terseliuh ke, patah ke…ni keja tilik blaka nih. Kaki yg sakit patut peksa kt kaki la, tgn yg sakit peksa kt tgn, apsal g cek kt batang buluh pas2 leh detect lak rosak kt na? org yg ngandung pun g scan kt perut, xkan nk scan kt kaki pas2 leh tau baby laki ke pompuan?


Bab ghaib ni xde yg tau kecuali Allah dan org yg diredhai Allah dr kalangan rasul. Klu org lain, setan boleh menyerupa pd dia. Setan boleh merupa dlm bentuk berjubah berserban muka bercahaya berlakon warak then sesatkan org tu….simple je tu.


Persoalannya; perkhabaran siapa yg lbh kita yakini? Perkhabaran Allah dan rasulkah atau perkhabaran ghaib dr jiran kita, kenalan kita, bomoh tu, imam ni…imam atau bomoh bkn tanda diaorang ni betul sume…bkn aku nk cela imam2 atau bilal tp masalahnye ada gak imam2 bilal yg buat keja khurafat, syirik. Tau je la…imam2 la ni bkn dr yg ngaji agama…byk dr org kampong yg rajin g masjid tp ilmu agama xngaji sgt, maka pengaruh2 dr bkn islam tu byk lagi. Kerja2 cari brg ilang mcm nujum pak belalang nih, tgk dlm geluk air atau tgk pd daun sirih, menilik menenung nasib pd bebola kristal, daun terup, guna kaedah / alatan tradisional atau moden, yg jnis mencari2 perkhabaran ghaib ni adalah dilarang dlm Islam. Nabi kata kufur bab tilik nih bila kita percaya.


Nasib kita xde sape yg tau. Kita diperintah berusaha bersungguh2 tuk kebahagiaan dunia dan akhirat, berdoa kt Allah, jgn putus asa. Nk cri pasangan, Allah dh bg panduan. Nk idup bahagia, Allah dh bagi panduan. Takut menghadapi kecelakaan, Allah bg panduan. Bagaimana nk hadap musibah, allah bg panduan. Kita ja yg xikut panduan tu, xnak blaja.


Mgkn ada yg kata, kita amik bintang2 ni tuk sonok ja, kita letakkan dlm biodata kita ni berbintang sekian2….bkn kita peduli pun ramalan tu. Mgkin ya… kita xtgk kita ignorekan je cite ramalan tu tp sedar xsedar kita dh tjk jln yg sesat kt org, org yg xtau, anak2 muda laki dan pompuan yg masih remaja akan terikut2 rentak dunia moden, pkai horoskop, lekeh r klu xikut horoskop, mna canggih. Kita diperlekehkan bila xikut horoskop…diperlekehkan bila xikut jln setan. Nk tanggung dosa ke? Sabda Rasulullah saw: Riwayat Muslim, Abu Daud dan At-Turmizi



Dan sesiapa yang mengajak (orang lain) ke jalan kesesatan, dia akan menanggung dosa-dosa orang yang mengikutnya dengan tidak mengurangi sedikitpun dosa itu dari dosa-dosa mereka



Ape pun, kita xlepas dr dua kategori.

Pertama; kufur iaitu bila percaya pd horoskop/ramalan tilikan/perkhabaran ghaib dr tukang2 tilik.

Kedua; kita mgkn takat main2 je tp bertitik tolak dr situ, kita dpt dosa kering bilamana kita menjadi ikutan yg buruk. Orang terpengaruh dgn horoskop dr sebab kita so byk mna org terpengaruh ngan kita, kita kna tanggung la dosa tu.

Tinggalkan la jln2 kekafiran nih…ikut Allah dan Rasul.

Read more...

Pilihan anda….

Wednesday, May 13, 2009




Bersabda Rasulullah saw: Riwayat Bukhari, Muslim dan lain-lainnya.
Seorang manusia apabila diletakkan dia di kuburnya dan sahabatnya berpaling pulang – sedang dia dengar bunyi kasut mereka – akan datang kepadanya dua malaikat lalu keduanya mendudukkan dia dan keduanya berkata: Apa yang dahulunya kamu katakan tentang lelaki itu yang dipanggil Muhammad padanya? Adapun orang mukmin ia akan berkata: Aku mengaku bahawa dia ialah hamba Allah dan RasulNya. Maka dikatakan kepadanya: Lihatlah tempat dudukmu di neraka telah ditukarkan Allah dengan tempat kedudukan di syurga. Maka ia dapat melihat kedua-dua tempat tersebut. Adapun bagi orang munafiq dan orang kafir, ditanya padanya: Apa yang dulunya kamu katakan tentang lelaki ini? Maka ia menjawab: Aku tidak tahu. Dulunya aku berkata apa yang dikatakan manusia lainnya. Dikatakan padanya: Engkau tidak tahu dan engkau tidak membaca. Lalu dipukul ia dengan pemukul dari besi satu pukulan hingga dia berteriak satu teriakan yang didengar oleh semua yang berada di sekelilingnya kecuali manusia dan jin.


Kna pukul dgn pemukul dr besi, sume yg ade di sekeliling dpt dgr teriakannya kecuali manusia dan jin….terketuk ibu jari dgn hammer pun xdpt nk bayang sakitnye, apatah lg yg mcm Nabi cite. Sadis…azab Allah amat pedih. Percaye la.


Aku blom mati, aku blom rasa suasana yg Nabi cite nih. Kowang yg bce blog aku pun of course la blom mati. Kita same2 blom hadap suasana yg dicitekan Nabi saw. Tp percayalah…saat itu akan tiba. Once ruh dh kuar dr badan, bila jasad dh disimpan dlm tanah, pasti kita akan merasakan detik peristiwa sebegini.


Ada 2 je possibility; selamat atau hancus….dengan kata lain; dpt nikmat atau dpt azab. Yg beriman – slamat. Yg xberiman, phm2 je la. Mane yg kita pilih? Klu tnya mana yg kita nk pilih, sume nk yg selamat. Mana da yg sanggup kna punish.


Tp tu r…Skali lg masalah plg kronik anak Adam….ade mata, telinga, ada akal tp cam xde manfaat…..kbnrn petunjuk xdapat nk terjah masuk. Ayat2 quran, hadis2 nabi, dgr mcm xdgr je, endah xendah. Diberi khabar gembira….mcm biasa je. Diberi ancaman dan pedihnya azab….xnmpk tanda takut pun, biase je, xde apa perubahan. Mcm dh kna seal.


Pikir2 sket….Kita nak msuk syurga tp hari2 kita ikut jln menuju ke neraka, kita abaikan peringatan2 Allah, kita ikut hasutan setan. Mulut ngaku setan tu musuh tp still berdampingan dgn dia, still mkn minum ngan dia, still kita terima nasihat2 dia.
Kita baca quran tp slalu menyalahi ajaran quran. Semata2 atas alasan mencari rezeki, ada yg sampai mengorbankan solat 5 waktu. How come?


Nak jadi org yg beriman, nk dpt syurga, nk dpt kehidupan yg baik yg diberkati di dunia dan di akhirat, tak cukup sekadar angan-angan atau impian. tak cukup sekadar berharap nk mati dlm iman lalu akan beroleh bahagia di akhirat tanpa kita iringkan usaha untuk meningkatkan amalan kita baik yg fardhu atau sunat yg berupa solat, puasa atau pun sedekah jariah.


Ilmu agama kna blaja btul2, detail dgn dalil dan hujahnya supaya kita jelas kedudukan sesuatu perkara. Supaya dpt dipastikan kita berada di atas jalan yg dibawa Rasul saw. Klu kita ikut ajaran Nabi dgn berdasarkan dalil2 yg shahih, gerenti kita selamat. Inilah satu2nye jln supaya kita xtertipu dgn kepalsuan kebatilan yg dihiaskan syaitan. Ingt ek….btul pedoman ilmu agama yg kite blaja, insyaallah bawa kpd kbnrn. Salah pedoman ilmu agama yg kita blaja, bawa kpd kesesatan.


Simple punya contoh nk bg: Org yg silap acuan dlm masak, lazimnya xmenjadi masakan tu spt yg diharapkan. Ko ngaji pomen laptop tp tersilap phm dia punya setting sume, mau ke idup laptop tu. Ilmu dunia pun klu salah panduan…. lazimnya xberhasil. Ni apatah lg urusan agama, yg berkaitan bahagia atau sengsara kita di kehidupan yg abadi, selama2nya, xde mati2 dah. Jgn amik mudah.


Bab soalan kubur ni, xde org yg boleh ngelat tuk jwb soalan kubur. Jika seseorang itu bkn dr golongan yg beriman di ketika hidupnya maka ia xkan dpt menjawab soalan tsb. Surah Ibrahim ayat 27

Allah meneguhkan (iman) orang-orang yang beriman dengan ucapan yang teguh itu dalam kehidupan di dunia dan di akhirat


Diriwayatkan oleh Al-Bukhari Rasulullah saw bersabda:
Orang muslim bila ditanya di kubur, ia mengakui bahawa tiada Tuhan yang disembah selain Allah dan bahawa Muhammad adalah Rasul Allah, itulah firman Allah; Allah meneguhkan (iman) orang-orang yang beriman dengan ucapan yang teguh di kehidupan dunianya dan akhiratnya


Jgn kita termasuk dlm golongan org2 yg lalai/ingkar di dunia ini, janji Allah itu benar. Kita percaya kehidupan akhirat tapi kita masih lalai akannya. Di dunia ni kita abaikan perintah dan larangan Allah maka nnt kita yg akan menanggung akibatnya. Jangan nnt kita menyesal yg tidak sudah di akhirat akibat apa yg telah kita lakukan. Surah Al-Fajr ayat 23-26
Pada hari itu diperlihatkan neraka; pada hari itulah manusia ingat (akan perkataan Rasul di waktu hidup di dunia), tetapi apakah gunanya peringatan itu baginya * Ia berkata: Aduhai sekiranya, aku beramal untuk hidupku yang sekarang (akhirat) * Maka pada hari itu tidak ada seorang juga yang menyiksa seperti siksaan Allah * Dan tidak ada seorang juga yang mengikat dengan rantai seperti ikatan Allah


Jgn terpedaya dgn bisikan setan….rasa aku bleh lepas ni, aku leh msuk syurga, klu aku msuk neraka pun, nnt2 lps abih dosa, leh msuk syurga….inilah bisikan2 setan nk bg sedap ati, nk bg lalai, nk bg xde rasa bimbang akan kehidupan akhirat. Betul ke mcm yg kita sangka? Bace tengok hadis di bawah, hadits riwayat Tirmizi
Daripada Abdullah bin Mas’ud katanya: Kami bersama-sama Nabi saw dalam satu khemah, kami berada seramai lebih kurang 40 orang. Maka Rasulullah bersabda kepada kami: Adakah kamu redha bahawasanya satu perempat daripada kamu ahli syurga? Mereka menjawab: Ya. Sabdanya lagi: Adakah kamu redha sekiranya satu pertiga daripada kamu ahli syurga? Mereka menjawab: Ya. Sabdanya lagi: Adakah kamu redha jika sekiranya setengah daripada kamu ahli syurga? Sesungguhnya syurga itu tidak boleh dimasuki ke dalamnya melainkan orang yang Islam (orang yang menyerah dirinya pada Allah, tunduk dan patuh padaNya), adalah nisbah kamu dalam orang yang berlaku syirik seperti sehelai bulu putih di atas kulit lembu hitam atau seperti sehelai bulu hitam di atas kulit lembu merah.


Sket sgt nisbah orang yg dpt msuk syurga dan nilai yg amat sedikit ni umpama bulu putih pada sapi hitam, hanyalah segelintir sebilangan yg amat kecil. Kite bce lg hadits Nabi: Hadits riwayat Bukhari
Bersabda Rasulullah saw: Sesungguhnya umatku akan masuk syurga kecuali orang yang enggan. Para sahabat bertanya: Ya Rasulullah, siapa yang enggan? Beliau bersabda: Barangsiapa yang mentaatiku ia pasti masuk syurga dan barangsiapa menderhakaiku maka sungguh ia telah enggan


Bukan sume yg ngaku islam leh msuk syurga. Hanyalah mereka yg patuh perintah Allah, tunduk pd perintahNya dan perintah RasulNya yg akan dpt masuk syurga. Kerana itu, berusahalah tuk jadi seorang muslim yg benar, bukan seorang yg sekadar ngaku Islam tp jahil tentang Islam, atau mengabaikan atau meninggalkan syariat Islam itu sendiri. Setakat pandai dlm ilmu dunia tp jahil dlm ilmu agama. Surah Ar-Ruum ayat 6-7

Tetapi kebanyakan menusia tidak mengetahui. Mereka hanya mengetahui yang lahir (saja) dari kehidupan dunia, sedang mereka tentang (kehidupan) akhirat adalah lalai.


Kite boleh mengaburi pandangan manusia lainnya tp kite xkan dpt mengaburi Allah. Manusia leh mengaku sebagai seorang Islam dan ia memperlihatkan amalan-amalan yg diperintahkan Islam namun hakikatnya Allah yg Maha Mengetahui apakah keislamannya keislaman yang sebenar atau sekadar lakonan atau umpama tin kosong. Betapa banyak di kalangan umat Islam, yang membaca Al-Quran, bersolat, berpuasa tetapi melakukan perbuatan-perbuatan syirik dan betapa banyak pula di kalangan umat islam yang mengaku Islam akan tetapi menentang syariat Islam itu sendiri?!! Jgn tipu diri sendiri kerana akhirnya kitalah yang akan rugi. Suke xsuke, kita ttp hamba Allah yg hidup, bernafas, leh mkn minum dgn nikmat yg Allah bg. Blaja la tundukkan jiwa pd Pencipta.


Ringkasnye.....
Blaja la ttg Islam, berusaha tuk jadi seorang Islam yg sebenar sebagaimana dikehendaki syara' serta ikhlaskan amalan semata-mata kerana Allah. Inilah satu2nye jln tuk slamat bila mati nnt. Firman Allah dalam surah Yunus ayat 7-8
Sesungguhnya orang-orang yang tidak mengharapkan pertemuan dengan Kami dan merasa puas dengan kehidupan dunia serta tenteram dengan kehidupan itu dan orang-orang yang melalaikan ayat-ayat Kami * mereka itu tempatnya ialah neraka disebabkan apa yang telah mereka kerjakan

Jangan silap pilih.

Read more...

The Unseen Enemy

Tuesday, May 12, 2009



Dia sentiasa bersama2 kita, dia berada di sekeliling kita, mkn dan minum dgn kita (bila kita xbace Bismillah), bermalam di umah kita (bla kita msuk umah xbace Bismillah) menyimpan dendam yg xpernah padam tidak akan terpadam….dendam akibat dilaknat Allah. Bilamana Allah memerintahkan dia sujud pada Adam, dia ingkar dengan alasan dia lebih baik dari Adam lalu Allah laknat dia. Sejak itu, dia bersumpah dia akan mencelakakan Adam dan anak2 Adam, tanpa mengenal putus asa dia berusaha siang malam dengan kroni2nya, anak cucu keturunannya untuk menyesatkan anak Adam supaya mereka juga jauh dari rahmat Allah.



Tp tu r….yg si dia tu dh bersumpah dgn Allah, mati-matian akan menjahanamkan anak Adam, menggelongkan (menyesatkan) anak Adam dr jln kbnrn tp si anak Adam nih…masih lg relek2 tenang2 tak aware ape pun. Ni la masalah plg kronik anak adam..ade mata, telinga, ada akal tp sume ni mcm dh kna block, xdpt menerima cahaya kebenaran. Al-Hijr ayat 39

Berkata (iblis): Ya Tuhan! Oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, maka sesungguhnya akan aku hiasi (dengan kejahatan) di dunia dan akan aku sesatkan mereka semuanya.



Sape die ni?

Dia ialah Iblis, adalah ia dr kalangan jin.

Sifat jin; dijadikan dr api, mereka juga mkn dan minum spt manusia, perlu tpt tinggal, mereka berzuriat, fizikal mereka lbh kuat dr manusia. Iblis ni dipanjangkan usianya hingga hari kiamat.

Al-Kahfi ayat 50

Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam, maka sujudlah mereka kecuali Iblis. Dia adalah dari golongan jin, maka ia mendurhakai perintah Tuhannya. Patutkah kamu mengambil dia dan turanan-turunannya sebagai pemimpin selain daripada-Ku, sedang mereka adalah musuhmu? Amat buruklah iblis itu sebagai pengganti (dari Allah) bagi orang-orang yang zalim.



Matlamat mereka; utk menyesatkan manusia dr jln kbnrn supaya manusia yg asalnya dimuliakan Allah menjadi hina tercela sepertinya. Dialah musuh sbnr anak Adam. Jgn dipandang rendah tipu dayanya…amat licik dan halus strateginya hinggakan org yg cerdik dlm agama pun terpedaya dgn tipudayanya – yg mendustakan dan menyelewengkan ajaran para rasul terdahulu xlain xbukan ahli kitab dr yahudi dan nashara, mereka ni org yg alim dlm urusan agama, mcm syekh2 ust2 la ni. Jadi amik perhatian, alim ulama kita pun xterkecuali, boleh terpedaya dgn helah iblis.



Mengetahui kbnrn satu bab, beramal dgn kbnrn satu bab yg len plak dan bkn sume org mampu bertahan dgn jln kbnrn. Dan org yg dpt bertahan dgn jln kbnrn ni xsemestinya ulama, org kg, penoreh getah, bdk belasan thn, sape2 je boleh asalkan jiwanya berpegang teguh dgn jln Allah tanpa ia berkompromi dgn jln2 kesesatan. Jadi pastikan la btul2 ape yg kita amalkan, apa yg kita yakini bnr2 ada dalil yg sahih drpd Nabi saw. Xleh main trima bulat2 je. Klu kita bkn dr pljr aliran agama sekalipun, kita tnya la pd ust2 mintak penerangan dgn detail, tnya abih2 bg phm btul2.



Setan ni ade byk teknik tuk sesatkan kite dan sume teknik2 die ni yg sbnrnye Allah dh cite dlm quran…tp bape kerat sgt la yg amik pengajaran dr isi kandungan quran tu? dan 2 tell de truth la…sume teknik2 setan ni mmg telah membuahkan hasil yg produktif. Teknik2 setan ni sepatutnye kita amik tahu supaya dpt kite counter attack die blk.



Kerja setan/teknik setan: Ajak mengatakan ttg Allah tanpa ilmu

Al-Baqarah 169

Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui.



Rata2 umat Islam kini mengambil Islam berdasarkan acuan masing2, apa yg difikirkan sesuai dengan akalnya, apa yg dirasakan bertepatan dengan nalurinya maka itulah Islam baginya. Apa yg dirasakan kurang bertepatan dengan nalurinya/perasaannya…..buat endah xendah je walaupun telah terang ianya satu ketetapan syara’. Malah ada yang mempertahankan bermatian-matian pandangannya walau jelas ia menyalahi syara’. Inilah sikap manusia yg dh kna racun setan…die plak yg lebih tahu drpd Allah. Allah ckp xleh die plak kata boleh.



Inilah satu tipudaya syaitan, menghiasi kejahatan itu supaya manusia memandangnya satu kebaikan. Halal atau haram, baik atau buruk, boleh dilakukan atau tidak….semuanya ditimbang mengikut neraca akal tanpa dipastikan dengan teliti kedudukannya di sisi syara’ .



Inilah satu perkara yg perlu kita jelas. Islam tidak mengikut selera atau acuan kita tapi ianya mengikut ketetapan yg telah Allah gariskan dalam Al-Quran dan Sunnah Rasul saw. Samada kita suka atau tidak, kita merasakan ianya sesuai atau tidak maka itulah ketetapannya. Barangsiapa yg tunduk jiwanya pd ketetapan Tuhannya maka ia beroleh ganjaran. Barangsiapa yg ingkar maka ia beroleh siksaan. Bila kita berbicara ttg Islam, Islam adalah syariat Allah. Boleh atau tidak sesuatu perkara, benar atau salah ditentukan dgn ketetapan Allah dan Rasul. Syariat Islam xberdiri atas sangkaan tp atas dalil yg jelas. Jadi bila kita nk berbicara ttg Islam, pastikan kita ada dalilnya.



Kita bebas memilih untuk menjadi seorang muslim tulen atau muslim celup, atau seorang muslim sekadar tin kosong. Ada yg ngaku muslim tp g jumaat je, yg 5 waktu tu lingkup. Ade yg ngaku muslim tp melakukan amalan syirik. Ade yg ngaku muslim tp langsung xtahu menahu ttg ajaran islam…hancus.


Islam pentingkan kualiti…ada piawaiannya dan hanya piawaian Allah yg digunapakai. Di dunia ini, kita boleh mengaku islam tapi di akhirat sana nanti adalah penilaiannya…apakah kita benar2 seorang Islam atau sekadar seorang hipokrit/seorang yang berlakon. Xde yg leh kecoh Allah, stlh Allah berikan kita akal tuk berfikir, Allah berikan kitab Al-Quran sbg pedoman, Allah utuskan rasul sbg penunjuk jln….there’s no more excuses. Yg taat akan slamat, yg ingkar yg lalai…go to hell.


Of course la kita manusia serba kekurangan, lemah. Kna belawan dgn hasutan setan, kna belawan dgn kehendak nafsu kita sendiri, always make mistake. Tp yg plg penting di sini, sungguhpun kita xterlepas dr kesilapan tp kita mesti sentiasa berusaha perbaiki diri kita utk taat pd Allah. Ada hari kita tergelincir, ade hari terbabas tp deep in our heart, we always struggle to follow de right path. Mmg xmudah sbb setan xkan bediam diri. Tp itulah perjuangan menuju redha Allah.



Ade umat islam kita skang lbh cintakan adat drpd syariat. Hukum adat….hish, mana leh tinggal, kna buat ni. Hukum syariat….ala, xper la, kita niat baik. Cuba tgk satu ayat: Al-Baqarah ayat 170

Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Ikutilah apa yang telah diturunkan Allah," mereka menjawab: "(Tidak), tetapi kami hanya mengikuti apa yang telah kami dapati dari (perbuatan) nenek moyang kami". "(Apakah mereka akan mengikuti juga), walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui suatu apapun, dan tidak mendapat petunjuk?.



Ada yg menganggap belanja hantaran wang perkahwinan adalah suatu kemestian walau ramai mengakui ianya membebankan pasangan pengantin khususnya si lelaki dengan anggapan ianya sebagai satu tanda kesungguhan si lelaki untuk mengahwini wanita idamannya dan sebagai satu tanda penghargaan kepada si wanita.

Apa pun alasan yang diberikan, yang jelas adat ini membebankan pasangan yang ingin berkahwin. Ada yang terpaksa berhutang begadai puluhan ribu, ada yang terpaksa menangguhkan perkahwinan kerana duit belanja masih belum cukup.



Kenduri itu adalah ibadah, lakukanlah sekadar kemampuan. Bagi yang kaya dengan kemampuannya, bagi yang kurang dengan kemampuannya. Jika keluarga lelaki dari keluarga yang berkemampuan, mmg tiada salahnya untuk memberi hadiah kpd pihak perempuan tp realitinya kini….belanja itu diminta oleh pihak perempuan dan mahu atau tidak, rela atau terpaksa, pihak lelaki perlu menunaikan kehendak keluarga perempuan. Ye la…..klu tidak, tertangguh la nk kawen.



Jauhilah dari perbuatan riak, menunjuk nunjuk, membazir dan berhutang di sana sini, janganlah kita menurut rentak semasa sehingga bergolok bergadai. Sesungguhnya jika termasuk sifat riak, menunjuk nunjuk dan keinginan di puji orang dan malu dipandang tidak berkemampuan sedangkan sebenarnya kita sememangnya tidak berkemampuan maka semua itu adalah jalan jalan kebencian Allah.



Pekahwinan itu adalah amalan yang mulia dan Islam itu datang untuk memberi kemudahan kepada umat manusia. Jadi jika kita hiasi perkahwinan itu dengan urusan yang sukar dengan wang belanja yang beribu ribu, hantaran dan berbagai adat yang akhirnya menyebabkan tertangguh dan menjadi kesukaran kepada pihak yang lainnya, itu semua adalah adat yang perlu dipinggirkan, biarlah kenduri itu walau sederhana namun penuh dgn keberkatan Allah dari meriah dgn berbagai acara yg grand namun dicela Allah. sabda Rasulullah saw.: Riwayat Bukhari.

Sesungguhnya agama itu adalah mudah. Dan tidaklah seseorang itu keterlaluan dalam amalan agama melainkan dia akan mengalah (tidak sanggup meneruskannya). Maka tutup menutup (kedhaifan), dekat mendekat (menurut kadar kemampuan) dan berikan khabar gembira (terhadap ganjaran baik)”



Ade yg beranggapan belanja hantaran ni adalah nilaian seseorang wanita….pergh….murah sungguh klu benar demikian. Bagi wanita yang bekerja kilang cukup dengan 5-6 ribu wang hantaran, xleh letak banyak sangat sbb nnt org xmo kawen…awk tu kerja kilang ja. Klau seorang wanita itu lulusan ijazah maka up kan lagi nilainya, 8ribu 9ribu…bangunlah wahai umat Islam.



Belanja hantaran ini bukan nilaian harga wanita. Jika wanita itu boleh dinilai dengan wang ringgit, walau sejuta diberikan ianya masih murah. Wanita itu amat berharga dan ia bukan sesuatu untuk dinilai dengan wang ringgit atau kekayaan. Pekerja kilang ke, cikgu tadika, lawyer, nilai wanita itu pd agamanya, pd akhlaknya dan ianya sgt berharga, xdpt dinilai dgn wang ringgit.



Disebabkan adat inilah, antara sebab berlakunya zina. Untuk berzina cukup dengan rm10, dah dapat pompuan. Tapi untuk melakukan ibadah, untuk mengelak dari maksiat maka berpuluh2 ribu diperlukan. Seseorang yg ingin melakukan ibadah, sepatutnya kita tolong. Kawan datang ke rumah, ingin tumpang bersolat…kita bentangkan sejadah untuknya, kita sediakan tempat yang bersih untuknya. Anak muda yg ingin berkahwin sepatutnya kita mudahkan urusan mereka bukan menyusahkan.



Di sinilah perkara yang perlu kita renungkan…apakah kita lebih menyintai Allah atau kita lebih menyintai adat yang diwarisi turun temurun ? Surah Zukhruf ayat 36

Barangsiapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah (Al-Quran), Kami adakan baginya syaitan (yang menyesatkan) maka syaitan itulah teman yang menyertainya.



Ingat ek….setan ni tukang hasut je. Kita yg pilih nk ikut die ke tak, dan kita bertanggungjawab atas pilihan kita masing2. Surah Ibrahim ayat 22

Dan berkata syaitan tatkala perkara (yakni hisab) telah diselesaikan: Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kepadamu janji yang benar dan aku pun telah menjanjikan kepadamu tetapi aku menyalahinya. Sekali-kali tidak ada kekuasaan bagiku terhadapmu melainkan sekadar aku menyeru kamu lalu kamu mematuhi seruanku, oleh sebab itu janganlah kamu mencerca aku akan tetapi cercalah dirimu sendiri. Aku sekali-kali tidak dapat menolongmu dan kamu pun sekali-kali tidak dapat menolongku. Sesungguhnya aku tidak membenarkan perbuatanmu mempersekutukan aku (dengan Allah) sejak dahulu. Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu mendapat siksaan yang pedih

Read more...

Betul ke cinta….

Friday, May 8, 2009



Melafazkan cinta mmg mudah. Membuktikan cinta….tidak semua mampu melakukannya. Ramai yang gagal dalam menghadapi ujian cinta which means cinta dia bkn cinta yg tulus sejati. Yang aku cite ni…. aku maksudkan cinta pd Allah.



Cinta manusia sesame manusia…. bila kita sayang pd seseorang, dibuktikan kasih sayang itu dgn cara kita amik berat ttg dia, kita tunjukkan kasih sayang pada dia, kita sanggup bersusah payah kerananya, sanggup berkorban kerananya. Seorang ibu sanggup bersengkang mata tgh2 mlm untuk menjaga anak yg demam. Seorang ayah sanggup bekerja siang malam semata-mata untuk memberi nafkah pada anak isteri. Ringkasnye, apa pun akan kita usahakan utk kebahagiaan insan tersayang….xkira la mak ayah ke, suami isteri, sape2 pun la.



Tp ade gak yg berlakon bila bercinta….tjk mcm caring sungguh tp sbnrnya nk amik kesempatan je….nk kikis duit, nk puaskan nafsu, nk main2 je…so hati2 la bla nk bercinta. Mcm yg aku pernah sbut dlm bab “Petua kebahagiaan umah tangga”, nak cari yg cun, yg solid, yg ensem, yg kaya, xper…xdak masalah tp pastikan dulu kelayakan utama dia; dia org yg tunduk pd ajaran agama. That’s de real quality.



Ade setengah pompuan, si mamat tu bkn reti agama pun, suh ngaji agama xmo, suh blaja solat xmo, tp tetap syg gak kt laki cam ni. Alasannye, dia baik, dia jaga kita elok, caring. Setengah laki plak, pantang dpt marka/awek cun tp pompuan ni demand tinggi, sume branded, akhlak…pergh, sengal….tp still dok sayang lagi. Ikut je apa yg marka dia suh. Jangan jd mcm ni la ek…cian.



So, balik pd tajuk ‘Cinta pada Allah’, mudah ngaku tp nk tunjuk bukti ni yg berat. Byk yg dah tewas - failed. Cmne nak tunjuk cinta pada Allah?



Cinta pd Allah ada syarat2, xleh men ikut sdap ati je.


Syarat 1; Cinta pd Allah mesti berada di tpt yg paling utama, level atas skali. Mana leh cinta pd Allah dok ranking kedua atau ketiga.



Bab ranking cinta ni senang nak paham camni…klu seseorang tu dia sayang sungguh2 kt sorang ni, dia akan buat apa saja ikut kehendak org yg dia sayang, dia akan usaha xmo bg sedih org yg tersayang, nk bg happy manjang.… walau org len xpuas hati. Org yg syg sgt kt bini, dia ikut saja apa bini kata. Mak ayah dia kata apa pun dia tolak ke tepi. Org yg syg sgt kt anak, dia ikut saja apa yg anak tu nak, bini nasihat pun dia ignorekan je. Manusia ni lazimnya akan utamakan kehendak siapa yg dia paling sayang.



Klu kita betul2 cintakan Allah, sungguh2 cinta pd Allah, maka kita akan utamakan apa yg Allah suka, kita akan jauhi apa yg Allah benci/marah. Sume cinta2 yg len…cinta pd diri sendiri, pada mak ayah, suami isteri, anak pinak, duit kekayaan….sume ni kna dok bawah. Kena utamakan yg Allah, hak Allah yg paling penting skali. ….ini yg kita utamakan walau ia menyalahi kehendak mereka yg di sekeliling kita.



Setengah orang, dia berasa berat nak buat sebagaimana perintah Allah, rasa berat nak ikut tp disebabkan Allah perintah demikian, maka walau berat di hati, tetap dia terima dan tunduk patuh. Ini bukti cinta pada Allah. Seorang isteri dlm dilemma..suami suh jadi surirumah, mak lak suh kerja, kita pun mmg nk kerja…yg mana mesti kita dahulukan? Allah perintahkan pd isteri wajib taat pd suami selama perintah suami tidak menyalahi syara’. Maka wajib untuk kita ikut perintah suami walau ia menyalahi kehendak hati kita. Tiada lagi kewajipan taat pada ibu tetapi tetap kena berbuat baik la kt ibu, kna hormat, kna bergaul dgn baik…Cuma perintah sape yg kita kna ikut?....Perintah suami krn Allah perintah yg demikian.



Ini syarat 1 – mesti letakkan kecintaan pd Allah at top priority. Ini cinta orang beriman. Surah Al-Baqarah ayat 165

Dan di antara manusia ada orang-orang yang mengambil/menyembah tandingan-tandingan selain Allah, mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah.



Syarat 2; Kena ikut ajaran dan sunnah Nabi saw

Surah Al-Imran ayat 31

Katakanlah: Jika kamu menyintai Allah maka ikutlah aku nescaya Allah mengasihi kamu dan mengampuni dosamu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.



Apa yg Nabi saw perintah, kita lakukan dan apa yg dilarang maka kita tinggalkan. Jangan plak kita memandai-mandai, Nabi saw kata xleh, kita kata xpa xsalah. Cara untuk nak ikut Nabi….kena la kita ngaji ilmu agama. Biar paham sungguh2. ngaji agama ni tak mesti kna masuk u. Klu xngaji agama kt u pun, still leh ngaji agama. Selalu2 la hadir kelas2 agama kt masjid. Beli buku2 agama. Tanya ustaz2 ustazah klu xpaham. Blaja bagi jelas sesuatu bab…kenapa kena buat macam ni? kenapa xleh buat macam ni? apa dalilnya? Apa hujahnya? Yang mana pandangan yang kuat berdasarkan dalil? Biar kita ada satu kefahaman yg jelas dan teliti. Of course la ia bukan mudah. Siang dah g skolah, g kerja. Bila blk ptg dah penat. Lepas maghrib nak g klas kat masjid lak. Bukan satu kerja yg mudah.



Tp tu la…pikir2 balik, kita nak jadi kaya nak idup senang kat dunia ni pun bkn senang. Selalunya jalan untuk senang tu bermula dgn 1001 kesukaran. Abih tu…xkan nak dpt kesenangan idup akhirat yg berkekalan mudah2 je boleh datang bergolek?



Ilmu utk hidup kt dunia ni kita blaja start dr tadika, sek rendah, sek menengah, masuk u….plus minus Master Phd….it takes about 20 years. Ilmu dunia kita ngaji smpi level tinggi, sampai pening2 kpala...tak kan ilmu agama tu takat ceroi2 je?



Ok…itu syarat kedua; Kena ikut ajaran/perintah/sunnah Nabi saw. Barulah dengan demikian kita akan berhasil mendapat cinta Allah.


pikir2 la.....jgn bace je.....klo btul kowang cintakan Allah, then u've got 2 prove it - intellectual thinking

Read more...

Sambungan; Membenteng dr gangguan syaitan

Thursday, May 7, 2009




Jgn berasa lekeh dengan doa krn ia senjata ampuh org beriman

Dlm suasana diganggu syaitan, ada kwn yg kna rasukan atau kita sendiri berasa sesuatu gangguan aneh, di ketika panik atau kelam kabut, di waktu kita hendak membacakan jampi2 dr Al-Quran atau sunnah Rasul saw, kadang2 timbul di benak fikiran ‘jadi ka tak jadi ni’, ‘boleh ke ni?’…….dibisikkan dlm hati sedikit keraguan apakah akan berjaya/berhasil atau tidak? Lari ka tak lari syaitan ni?

Inilah bisikkan keraguan yg ditimbulkan syaitan. Berdoa dgn kalimat2 Allah drpd Al-Quran atau hadis Rasul saw sememangnya adalah satu senjata paling ampuh namun persoalannya…..apakah kita yakin dgn senjata yg kita ada?

Dua pihak yg bertempur, satu mempunyai segala kelengkapan dan senjata yg canggih, satu pihak yg lain sekadar senjata biasa namun pihak kedua ini menggunakan kaedah psikologi, goyahkan keyakinan pihak pertama, timbulkan ketakutan dan keraguan pd pihak yg pertama….maka secanggih manapun senjata ianya xbermanfaat bilamana keyakinan dalaman mula goyah.

Pencuri yg bersenjatakan keberanian dan bengis mukanya dpt mengalahkan tuan rumah yg bersenjatakan pisau tetapi hatinya takut untuk berlawan, hatinya diselubungi ketakutan pd pencuri.

Mcm tu la yg aku nk gambarkan…kita baca jampi2 dr Al-Quran/Sunnah tp dlm hati wujud ketakutan pd syaitan, wujud keraguan pd senjata yg kita gunakan iaitu permohonan pd Allah, kita berdoa dlm keadaan ragu2 maka syaitan akan mengalahkan kita. Cuba kita baca ayat Al-Quran di bawah: Surah Al-Hasyr ayat 21
Kalau sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan ketakutannya kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir.

Gunung yang besar dan keras sifatnya akan hancur jika ia memahami maksud kandungan isi Al-Quran, kerana ia menyedari keagungan dan kekuasaan Allah. Demikian juga Iblis dan anak cucu keturunannya (syaitan), mereka menyedari keagungan Allah namun tetap mereka ingkar. Tetap mereka meneruskan sumpah mereka untuk menyesatkan anak Adam.

Ketika perang Badar, Iblis merupa dlm bentuk manusia dan memberi semangat kpd tentera kafir Quraisy namun bilamana waktu pertempuran, ia melarikan diri sebaik melihat tentera dr kalangan malaikat menolong Rasulullah dan orang yang beriman. Surah Al-Anfaal ayat 48
Dan ketika syaitan menjadikan mereka memandang baik pekerjaan mereka dan mengatakan: "Tidak ada seorang manusiapun yang dapat menang terhadapmu pada hari ini, dan sesungguhnya saya ini adalah pelindungmu." Maka tatkala kedua pasukan itu telah dapat saling lihat melihat (berhadapan), syaitan itu balik ke belakang seraya berkata: "Sesungguhnya saya berlepas diri daripada kamu, sesungguhnya saya dapat melihat apa yang kamu sekalian tidak dapat melihat; sesungguhnya saya takut kepada Allah." Dan Allah sangat keras siksa-Nya.

Iblis dan syaitan menyedari tempat mereka adalah neraka, mereka menyedari mengakui keagungan Allah. Firman Allah: Ibrahim ayat 22

Dan berkata syaitan tatkala perkara (yakni hisab) telah diselesaikan: Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kepadamu janji yang benar dan aku pun telah menjanjikan kepadamu tetapi aku menyalahinya. Sekali-kali tidak ada kekuasaan bagiku terhadapmu melainkan sekadar aku menyeru kamu lalu kamu mematuhi seruanku, oleh sebab itu janganlah kamu mencerca aku akan tetapi cercalah dirimu sendiri. Aku sekali-kali tidak dapat menolongmu dan kamu pun sekali-kali tidak dapat menolongku. Sesungguhnya aku tidak membenarkan perbuatanmu mempersekutukan aku (dengan Allah) sejak dahulu. Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu mendapat siksaan yang pedih

Malangnya manusia yg diberikan akal fikiran, diturunkan kitab petunjuk, diutuskan Rasul kepada mereka, kebanyakannya tidak dapat menyedari hakikat keagungan kekuasaan Allah.

Sedarlah! Walau kita membaca Bismillah, A’udzu billah, ini sudah cukup untuk membenteng dari syaitan. Bersabda Rasulullah saw:
Apabila seseorang kamu masuk ke rumahnya lalu ia menyebut (nama) Allah di ketika masuk dan di ketika makan….maka berkata syaitan: Tiada tempat bermalam dan tiada makan malam untuk kamu. Dan jika seseorang itu masuk ke rumahnya tetapi ia tidak menyebut (nama) Allah di ketika masuk….berkata syaitan: Kamu ada tempat bermalam. Dan apabila seseorang itu tidak menyebut (nama) Allah ketika makan….syaitan berkata: Kamu dapat bermalam dan makan malam.
Shahih Muslim

Ucapan Bismillah…ungkapan yang mudah namun agung fadhilatnya.
Mengucapkan Bismillah bermakna dengan nama Allah aku lakukan sekian sekian, dengan memohon pertolongan dan rahmat Allah aku melakukan sekian sekian….maka syaitan tak akan dapat berkongsi dengan kita.

Masuk rumah keluar rumah, masuk toilet, waktu nak makan, waktu nak bersama dgn isteri, dengan berdasarkan hadis2 yg khusus dan umum dlm bab menyebut nama Allah, ulama memandang dianjurkan memulakan sesuatu pekerjaan dgn nama Allah. Biasakanlah diri dgn pengucapan Bismillah.

Jgn berasa lekeh dgn kalimat Bismillah atau A’udzu billah, kalimat yg mudah namun dgn sbb kalimat tsb Allah menurunkan rahmat/pertolonganNya/perlindunganNya kpd hambaNya. Hal yg sama kita aplikasikan pd bacaan ruqyah yg lain drpd Al-Quran dan hadits Rasul saw.

Ayat Al-Quran adalah petunjuk, penawar, rahmat bg mereka yg percaya akan keagungan Allah. Tiada senjata yg lebih ampuh selain dr Al-Quran dan bacaan yg shahih drpd Rasulullah saw. Surah Al-Fatihah itu syifa’, penawar bg penyakit2 namun ia memerlukan keyakinan dan kesungguhan pembacanya. Dgn sbb bacaan Al-Fatihah, Allah hilangkan kemudharatan yg diuji pd hambaNya. Tiada yg berkuasa memberi mudharat dan manfaat hanyalah Allah.

Bacalah ayat2 ruqyah berulang2 dgn jelas diperdengarkan pd diri kita, baca berulang2 dengan kekuatan jiwa/keberanian/semangat utk menolak gangguan syaitan hingga kita merasa tenang, kuat….hingga kita merasakan hilang gangguan tsb. Minta pd Allah kekuatan diri, minta pd Allah pertolonganNya. Ingatlah…dlm apa jua keadaan, di ketika ramai atau bersendirian, Allah sentiasa mengetahui apa yg berlaku pd kita, Dialah yg mengizinkan semuanya sbg ujian pd kita dan hanya pd Allah kita pohonkan keselamatan.

Surah Al-Anfaal ayat 49
(Allah berfirman): "Barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, maka sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."

Read more...

tetamu

About This Blog

Lorem Ipsum

aku suka ikan2 nih..bg mkn sat, klik ja dlm akuarium tu

monyet aku

dolphin aku

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP