Kenapa takut pada hantu?
Wednesday, May 6, 2009
Istilah hantu/cite2 hantu lazim mengundang perasaan ‘seram sejuk’ dikalangan sesetengah orang. Perasaan ini lazimnya lebih kuat apabila kita keseorangan di waktu malam, feel unsafe unsecure, rasa seolah-olah ada yang memerhatikan kita. Rasa cam ade makhluk yg nk attack kite dr blkg.
Tapi pikir2 balik, xpernahnya aku dgr masuk paper ade org yg mati kna gigit ngan vampire, ade org yg mati kna cekik ngan jembalang. So….sbb apa kita takut pd hantu? Aspek mana yg kita takut padanya?
- Takut dia isap darah kita ke?
- Takut dia cekik?
- Takut dia masuk dalam badan kita?
Kita xpernah tgk hantu, ianya lebih kepada cite dari mulut ke mulut tp kita takut padanya, malah lbh dr kita takut pd Allah. Ada yg sampai takut nk ke toilet mlm2 semata2 krn takutkan hantu. Pantang walau sket je dgr bab hantu2 nih tp terus subur mekar dlm jiwa kesan dia.
Kepercayaan ttg hantu ini bertambah2 lg dgn acuan filem2 hantu cina, hantu india dan hantu omputeh hinggakan bila hantu cina itu disifatkan takut pada tangkal2 azimat, hantu omputeh takut pada salib maka hantu melayu takut pada kitab suci Al-Quran….maka betapa anak-anak muda melayu yang beragama Islam (pada lazimnya) mengambil Al-Quran lalu diletakkan ditepi bantal atau bawah bantal sebagai pendinding dari dihampiri hantu.
Ade ke hantu kt dunia ni?
Makhluk ghaib mmg wujud dan kewujudan makhluk ghaib ini dijelaskan Allah dlm Al-Quran, Allah cite ttg makhluk ghaib ni ada dua jenis ja; malaikat dan jin. Iblis itu dari kalangan jin. Disebut dalam Surah Al-Kahfi ayat 50:
Dan ketika Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah pada Adam maka mereka bersujud kecuali Iblis, adalah ia dari kalangan jin maka ia menderhakai perintah Tuhannya…..
Syaitan itu pula boleh terdiri samada dari kalangan manusia atau jin (rujuk surah An-Naas). So…kt mne cite ttg hantu?
Kenapa takut pada hantu lebih terkesan pada jiwa kita dari takut pada Allah? Memadai hanya sekali kita dgr cite hantu dah membuatkan kita terbayang2 teringat2 terbawa2 kisah itu sepanjang hayat kita? Kenapa cite ttg amat pedih azab Allah tidak memberi apa2 kesan dlm hati kita? Seorang budak kecil yang ditakutkan dengan kisah hantu dan pada masa yang sama ditakutkan dengan azab Allah maka ketakutan pada hantu itu nyata lebih terkesan dalam jiwa dari ketakutan pada Allah. Have u ever noticed it?
Inilah salah satu kerja syaitan…antara tugas syaitan ialah membisik-bisikkan kepada anak Adam, ada yg dibisikkan untuk murtad masuk agama kristian, byk yg dibisikkan dengan ketakutan kpd hantu. Dalam surah An-Naas ayat 4, Allah mengajar untuk kita berlindung denganNya dari kejahatan syaitan yang membisik.
Inilah usaha syaitan untuk menyesatkan anak Adam. Dibisikkan dihasut dipengaruh jiwa anak Adam supaya takut pada yang ghaib selain Allah, agar timbul keyakinan kepercayaan dalam jiwa anak Adam bahawa selain Allah, ada makhluk yang tak dapat dilihat dengan mata kasar dapat memberi kemudharatan dan keburukan kepada manusia.
Rasa takut kepada urusan ghaib seperti ini adalah syirik besar yang boleh menyebabkan seseorang Islam terkeluar dari lingkaran Islam. Namun sebahagian besar umat Islam kini memandang sepi kejadian yang demikian. Firman Allah: Surah Az-Zumar ayat 36
Bukankah Allah cukup untuk melindungi hamba hamba-Nya. Dan mereka mempertakuti kamu dengan (sembahan-sembahan) yang selain Allah?
Ketakutan kepada jin, hantu, jembalang, saka dan lain-lain jenis yang semakna dengannya adalah terlarang di dalam Islam. Sebagai seorang Islam kita hendaklah menumpahkan ketakutan kita kepada Allah dan tidak memalingkan ketakutan kepada apa yang ditegah-Nya. Jalan-jalan ketakutan kepada makhluk ghaib selain Allah ini adalah jalan yang dibawa oleh syaitan di bawah pimpinan ketuanya Iblis. Disebut dalam surah Shaad ayat 82-83:
Iblis berkata: Demi kekuasaan Engkau, aku pasti akan sesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hambaMu yang mukhlis di antara mereka
Manusia yang mukhlis bermaksud manusia yang ikhlas dan memiliki tauhid yang murni, inilah golongan manusia yang tidak dapat digoda dan disesatkan oleh Iblis. Maka bisikan-bisikan syaitan ini tidak akan memberi kesan kepada mereka kerana mereka ini meyakini kekuasaan Allah. Orang beriman meyakini tiada yang dapat memberi manfaat atau mudharat tanpa izin Allah.
Bahawa setiap makhluk di alam ini berada di bawah kekuasaan Allah, mereka bergerak, mereka hidup dan mati semuanya dengan izin Allah. Semuanya tidak terlepas dari pemerhatian dan ilmu Allah. Maka apakah kudrat makhluk yang dilaknat terhadap manusia yakni sebaik-baik makhluk ciptaan Allah?!! Tidak sepatutnya manusia yang Allah muliakan di muka bumi ini untuk takut pada makhluk yang telah jauh dari rahmat Allah.
Ringkasnya, takut kepada yang ghaib selain Allah adalah dilarang syara’ tetapi ketakutan kepada ular, harimau, pemerintah yang zalim, musuh, dan lainnya yang tidak ditegah syarak adalah dibolehkan. Ini merupakan fitrah yang Allah berikan pada jiwa manusia. Ini berdasarkan firman Allah: Al-Qashash ayat 21
Maka keluarlah Musa dari kota itu dengan rasa takut menunggu-nunggu dengan khuatir
Ayat yang menerangkan darihal kisah Nabi Musa bahawa pembesar-pembesar Mesir bercadang untuk membunuhnya lalu keluarlah Nabi Musa dengan perasaan takut. Inilah dalil yang digunakan oleh para ulama menunjukkan bahawa rasa takut terhadap musuh atau binatang buas adalah perasaan yang dibenarkan.
Jadi…berhentilah dari takut kpd hantu. Berhentilah menakut-nakutkan anak-anak kecil dgn kisah hantu krn ini satu didikan yang menyalahi syara’. Ajarlah anak-anak kecil untuk takut pada Allah, kuat keyakinan pada Allah, ajar mereka bagaimana untuk berlindung dari gangguan syaitan, bukan untuk takut pada syaitan.
0 comments:
Post a Comment