Followers

Berdusta dalam urusan agama - Part 2

Monday, June 22, 2009




3. Pembohongan ttg syariat Islam, ajaran Islam

Islam xperintah mcm2 pun, dia ajar Islam suh buat sekian2. Pembohongan ini berlaku dgn cara memutarbelit maksud kandungan ayat Al-Quran dan hadis Rasulullah saw. Dia mentafsir Al-Quran dgn pendapatnya yg xbersandarkan tafsiran Rasulullah saw dan para sahabat. Dia mentafsirkan hadis Rasulullah dengan hawanafsunya tanpa ia meneliti keseluruhan hadis2 dlm bab tersebut. Ringkasnye…dia mempergunakan ayat Al-Quran dan hadis Nabi tidak sebagaimana yg dicontohkan oleh Rasulullah saw dan para sahabat. Dia mempergunakan ayat2 Al-Quran dan hadis Nabi saw sekadar utk menguatkan fahaman dan alirannya, bukan utk mencari kebenaran agama. Kesannya….aqidahnya, pengamalannya bertentangan dgn contoh Rasulullah saw, amalan yg demikian adalah tertolak xditerima Allah.

Bersabda Rasulullah saw: Muslim

Di kalangan umatku yang terakhir akan muncul manusia-manusia dajjal pendusta. Mereka akan mengatakan kepada kalian hal-hal yang kalian belum pernah dengar dan juga orang-orang tua kalian tidak pernah mendengarnya. Hendaknya kalian hati-hati dan waspada terhadap mereka agar mereka tidak dapat menyesatkan kalian dan tidak dapat menjerumuskan kalian ke dalam bencana.



Si pendusta tidak akan mengaku dia berdusta, dajjal-dajjal pendusta ini tidak akan mengakui mereka berdusta atas syariat Allah bahkan mereka akan mengatakan merekalah pendokong kebenaran yang sebenar. Di kala inilah, di kala kejahilan berleluasa, zaman kita skang ni la….semua golongan mendakwa merekalah yang benar. Umat Islam akan terpecah kepada 73 golongan. Masing-masing mendakwa merekalah yang benar, masing-masing mempunyai hujah mereka sendiri, mereka teguh mempertahankan kata-kata imam mereka, mereka gah mengangkat golongan mereka. Akan tetapi, dalam 73 golongan manusia yang mengaku Islam ini, hanya satu golongan sahaja yang benar, hanya satu golongan sahaja ahli syurga manakala golongan selebihnya 72 golongan lagi tempatnya adalah neraka.



SIAPAKAH GOLONGAN YANG BENAR ITU?

Hanyalah golongan yang benar itu, mereka yang berpegang pada Al-Quran dan Sunnah Rasulullah. Biar siapa pun dia, walau setinggi mana ilmu di dada, walau sebesar mana pangkat dan darjatnya, walau seluas mana pengaruhnya, sekiranya dia tidak tunduk pada syariat Allah maka dia bukan orang yang benar sungguhpun dia seorang yang ternama dan mulia di mata masyarakat. Bersabda Rasulullah: Ibnu Majah

Sesungguhnya pasti umatku akan berpecah belah kepada 73 golongan, hanya satu ke syurga dan 72 lagi ke neraka. Baginda ditanya: Siapa mereka yang ke syurga wahai Rasulullah? Baginda bersbda: Al-Jamaah.



SIAPAKAH AL-JAMAAH?

Iaitulah mereka yang mengikut sunnah Rasulullah dan sunnah Khulafa’ Ar-Rasyidin yang mendapat pentunjuk. Rasulullah bersabda: Tirmizi

(Al-Jamaah) ialah sesiapa yang seperti aku sekarang dan para sahabatku.



Renungkanlah sabda Rasulullah: Ahmad, Abu Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah

Aku wasiatkan kepada kamu agar tetap bertaqwa kepada Allah, sentiasa mendengar dan taat / patuh walau yang memimpin kamu adalah seorang hamba Habsyi. Sesungguhnya sesiapa di kalangan kamu yang hidup selepasku maka dia akan melihat perselisihan yang banyak, maka hendaklah kamu mengikut sunnahku dan sunnah Khulafa’ Ar-Rasyidin yang mendapat petunjuk. Peganglah ia dan gigitlah ia dengan gigi geraham. Awaslah terhadap perkara-perkara baru (dalam urusan agama) kerana setiap yang baru itu bid’ah dan setiap bid’ah itu sesat dan setiap yang sesat itu tempatnya adalah neraka.



Tidak cukup sekadar kita rasa /sangka amal soleh kita betul menurut syara’ tanpa kita buktikan dengan ilmu, tidak cukup sekadar yakin pada pengamalan segolongan besar manusia untuk membuktikan mereka adalah benar. Bukanlah kebenaran itu dinilai mengikut neraca akal manusia, akan tetapi kebenaran itu dinilai menurut syariat Allah, hanya Dia yang menentukan kebenaran. Firman Allah: Al-Baqarah ayat 147

Kebenaran itu adalah daripada Tuhanmu maka janganlah sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu.



Sekiranya kita nilaikan kebenaran itu pada pengamalan manusia yang banyak (banyak orang yang melakukan sedemikian) maka renungkan peringatan daripada Allah: Al-An’aam ayat 116

Dan jika engkau turut kebanyakan manusia di muka bumi nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka itu tiada lain hanya mengikut persangkaan mereka dan mereka tiada lain hanya berdusta



Yang banyak bukan menandakan benar, yang sikit bukan menandakan salah. Kebenaran itu adalah apa yang bertepatan dengan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw. Bersabda Rasulullah saw: Riwayat Ibnu Abdil Barr

Telah aku tinggalkan pada kamu sekalian dua perkara, sekali-kali kamu tidak akan sesat selama berpegang pada keduanya iaitu Kitab Allah dan Sunnah NabiNya



Berhati-hatilah terhadap pendusta agama, pastikanlah apa yang kita amalkan benar-benar berada di atas syariat Islam. Sesungguhnya manusia itu tidak sunyi dari kekurangan dan kesilapan. Tiada siapa yang sempurna. Dalam urusan agama, janganlah dinilai kebenaran kata-kata itu berdasarkan gelaran dan nama, pangkat dan darjat, usia dan status tapi nilaikanlah menurut neraca Al-Quran dan Sunnah. Apa-apa perkara yang bertepatan dengan keduanya maka itulah yang wajib menjadi pegangan kita manakala apa-apa yang menyalahi keduanya, maka wajib kita tinggalkan. Sesungguhnya pengiktirafan ulama itu hanya daripada Allah dan sesungguhnya hanyalah yang disebut ulama itu mereka yang takut pada Allah, sentiasa tunduk pada syariatNya, sentiasa patuh pada ajaran RasulNya.

Firman Allah: Fathir ayat 28

Hanya yang takut kepada Allah di kalangan hamba-hambaNya adalah para ulama.



Dan hanyalah orang-orang yang beriman itu, mereka yang tunduk dan patuh pada syariat Allah. Bukan mereka yang meragui, memperdebatkan atau membantah perintah Allah dan Rasul. Firman Allah: An-Nur ayat 51

Hanyalah ucapan orang-orang yang beriman apabila diseru kepada Allah dan Rasul untuk diberi hukum di antara mereka adalah “Kami dengar dan kami patuh”. Dan merekalah orang-orang yang berjaya.



Tiada siapa yang dapat membantah, membangkang, membatasi atau mengatasi perintah Allah. Rasulullah saw selama hidupnya hanyalah tunduk dan patuh pada perintah Allah, oleh yang demikian sebagai umat Muhammad sewajarnya kita juga bersikap tunduk dan patuh pada Allah.



RENUNGKANLAH…..

Apakah kita sekarang berpedomankan syariat Islam yang sebenar?

Apakah tauhid, iman dan ibadah yang kita kerjakan betul sebagaimana terkandung dalam Al-Quran dan hadits Rasulullah saw?

Jika kita yakin bahawa aqidah dan ibadah yang kita kerjakan betul menurut syariat, maka apakah buktinya keyakinan kita tersebut?

Apakah keyakinan kita itu didasarkan atas ilmu yang berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah ataukah ia sekadar satu persangkaan (rasa betul, sangka benar) atau satu kepercayaan yang membuta tuli tanpa didasarkan atas keterangan?

Aku tidaklah bertujuan untuk saling salah menyalahkan dan bukan juga untuk membenarkan satu pihak dan menyalahkan pihak lain tetapi adalah untuk mengajak umat Islam kembali merenung; apakah kita sekarang berpegang pada syariat Allah atau kita telah menyimpang jauh dari jalanNya?!!

Read more...

Berdusta dalam urusan agama



Berdusta/berbohong bukan sifat orang yang beriman. Ini satu dari sifat munafiq. Berbohong dalam urusan dunia hatta walaupun ketika bergurau memang satu sifat yang tercela namun yang PALING TERCELA…. paling paling tercela adalah berdusta dalam perkara agama, berdusta tentang syariat Islam iaitulah berdusta terhadap Allah dan RasulNya. Firman Allah: Al-An’aam ayat 21

Siapakah yang terlebih zalim daripada orang-orang yang mengadakan kedustaan terhadap Allah atau orang-orang yang mendustakan ayat-ayatNya? Sesungguhnya tiadalah berjaya orang-orang yang zalim itu


Pernah bayang cmne klu kite jadi mangsa penipuan? Aku de bce kt satu blog…satu family tu anak dia nk msuk u, satu hari si ayah ni dpt panggilan tipon ckp si anak dpt scholarship tp si ayah ni kna bank in sejumlah duit kt akaun institut ni dulu, bayaran2 yuran pe sume. Alhamdulillah si ayah ni keja kt bank, means dia tau ar selok belok tipu menipu bab2 financial ni. bla dia nk bank in duit tu, dia dpt tau akaun tu bkn atas nama institute tsb tp personal akaun. Lps2 diorang buat repot polis. Selamat la kluarga ni dari hangusnye duit tu, tp bg org yg xtau…buta2 dpt kt si mamat penipu tu ribu2. ni just penipuan dlm urusan dunia…



Cmne klu pembohongan tu dlm urusan agama? Agama ni jalan menuju redha Allah, supaya selamat kita kat kehidupan yang satu lagi dan jalan ni…ada satu jalan je, xde banyak2 jalan. Klu silap jalan, dia xkan smpi pd redha Allah, dia akan bawa kpd redha setan…means kita xkan dapat keselamatan di akhirat nanti tapi kesengsaraan. Pembohongan dlm urusan agama ni ade banyak bentuk banyak rupa dan samada kita sedar atau tidak, ramai yg telah menjadi mangsa pendustaan pembohongan ini….dan kita juga mungkin salah seorang mangsanya.



Contoh2 pendustaan dalam urusan agama.

1. Pendustaan atas nama Rasulullah saw, mereka-reka hadis palsu.

Nabi saw xkata mcm2 tp dia kata Nabi kata. Nabi saw xbuat mcm2 tp dia kata Nabi buat. Ade orang nak bagi laris niaga, so dia mereka-reka hadis palsu. Dia nak bagi laku bisnes sayur terung dia, dia reka la hadis ttg kelebihan makan terung. Ada orang yg nak bagi kamcing ngan geng orang besar orang berpengaruh atau dia jenis taksub pada sesuatu perkumpulan...maka direka2 hadis palsu dlm bab tu. Ada orang yg bersungguh2 nak mengajak orang lain ke arah kebaikan/amal ma’ruf maka direka-reka hadis dlm bab tu…kononnya Nabi saw bersabda tapi sebenarnya Nabi saw xkata mcm2 pun. Ini adalah contoh2 pendustaan dlm agama.



Contoh hadis palsu, kebohongan atas nama Rasul saw:

1. Perselisihan umatku satu rahmat

2. Bertawassullah dengan kemegahan dan kemuliaanku kerana sesungguhnya jah-ku di

sisi Allah adalah agung. (Albani: Tiada asalnya)

3. Barangsiapa yang tidur selepas Asar maka akan terganggulah akalnya. Maka

janganlah dia mencela melainkan kepada dirinya sendiri. (Ibnu al-Jauzi di al-

Maudhu'aat, al-Sayuthi di al-la'ali al-Masnu'ah & al-Zahabi di Tartib al-Maudhu'aat)

4. Boleh refer gak link ni....http://drmaza.com/ kategori ibadat, Hadis palsu Rejab, Syaaban


Pengajaran: Kena pastikan dulu hadis yg kita dengar atau kita baca sememangnya drpd Nabi saw.... pastikan dulu riwayatnya (siapa yang meriwayatkan hadis tu) dan darjatnya (sahih, hasan, lemah atau palsu), klu hadis tu darjatnya sahih atau hasan, bleh kita terima. Klu yg berdarjat lemah, ada perbahasan ulama dlm bab ni, kna on hold dulu. Klu hadis tu palsu atau disebut gak sbg hadis maudhu’ maka wajib reject.



Bla ia berkaitan dgn hadis Nabi saw, ia membabitkan urusan syara’… so xleh men trima je, asal dengar orang kata ‘ni hadis Nabi’, bulat2 kita trima tanpa periksa....buang jauh2 habit yg xelok nih. Walaupon dia tu ustaz atau ulama besar bukan tanda dia perfect sume…aku bukan kata ustaz atau ulama bsar tu reka hadis palsu tapi sbb hadis palsu ni memang banyak, bukan sume ulama dapat mencakup pengetahuannya dlm bab ni. Ada ulama yg arif dlm sekian2 bab tapi kurang dlm bab2 lainnya, masing2 ada kekurangan dan kelebihan.



Jadi, klu kita dgr sesuatu hadis….xkira la kita dengar drpd membe kita ke, atau kita dengar drpd ustaz/ustazah atau mana2 ulama, pastikan dulu siapa yang meriwayatkan hadis ni dan apa darjatnya....tnya ustaz tu siapa perawinya. Ni bkn makna kita xcaye kt ust tapi memang inilah manhaj ulama ahli ilmu…para ulama ahli hadis begitu berhati-hati dan bersungguh-sungguh menentukan kebenaran sesuatu perkhabaran drpd Rasulullah saw supaya syariat Islam itu terpelihara dari penyelewengan, supaya syariat Islam itu terpelihara ketulenannya.



Cam2 gak klu kita nk smpikan sesuatu hadis dr Nabi saw, make sure btul2 riwayat dan darjatnya. klu kita masih blom pasti, jgn cite lg bab tu….tangguhkan dulu. Satu peringatan daripada Rasulullah saw: Riwayat Tirmizi

Awaslah meriwayat hadits dariku kecuali yang kamu ketahui kerana barangsiapa berdusta ke atasku dengan sengaja maka bersedialah tempat duduknya di neraka



So berjaga2lah dlm menyampaikan hadis Nabi, ni bkn bermaksud nak bagi takut atau nak discourage dari menyampaikan hadis Nabi saw cuma skadar peringatan…pastikan kebenaran perkhabaran yg kita nak smpikan…..of course kita xnak tergolong dlm golongan yang berdusta ke atas Rasulullah saw kan?!!! Kita bimbang tanpa kita sedar, kita mungkin telah menyampaikan satu kebohongan atas nama Rasulullah saw.



2. Pengamal perubatan alternatif bertopengkan islam

Pengamal2 perubatan alternative xkira la dia tu imam ke, bilal ke, atau memang die tu bomoh, dukun atau sape2, samada digelar dgn gelaran ust atau ustazah…..mereka mengiklankan perubatan islam tp sebenarnya pengamalan die bercanggah dgn islam…khidmat kebal, susuk, pelaris, pendinding dari sihir, tangkal, azimat, pemanis muka…. ni sume amalan2 syirik. Golongan ni memang power ayat dia, pandai berbahasa ‘kita hanya berikhtiar Allah yg tentukan’, mereka lazim membaca ayat2 quran dan berselawat dlm perubatan mereka…..org awam akan beranggapan ‘ni la cara perubatan Islam’. Ada yg mendakwa diberikan batu hikmat/keris kecil dlm mimpi, mendakwa berjumpa dgn orang yg berjubah dlm mimpi, mereka dikehendaki beramal dgn zikir2 tertentu, dilarang bersikap riya’..…org awam sangkakan ni perubatan islam tp sebenarnya ni perubatan yg kebanyakannya mengandungi amalan syirik.



Newborn baby lazim dililitkan dgn benang hitam di pergelangan tangan dia atau di pinggangnya dgn tujuan menghalang dari gangguan syaitan, menghalang dari kembung perut dan sebagainya, benang hitam ini telah dibacakan ayat2 quran atau jampi padanya. Minyak senyonyong, minyak dagu dll…ni minyak utk dicalit pd badan seseorang supaya bertambah kasih sayang atau menimbulkan rasa benci pd seseorang…ni adalah amalan2 syirik.

Dari Ibnu Mas’ud. katanya: Aku dengar Rasulullah saw. bersabda: Mentera, tangkal dan guna-guna adalah syirik.

Riwayat Abu Daud dan Ahmad



Memang si bomoh/imam/ustaz tu….dia doa kt Allah tp kaedah pengubatan dia tu kaedah yg dilarang agama. Mentera atau jampi2 yg mengandungi unsur syirik (menyeru memohon pd selain Allah), tangkal2 atau azimat (benang hitam ke, cincin/gelang penolak sihir, ayat seribu dinar yg digantung sbg pelaris perniagaan), guna2 (minyak dagu/minyak senyonyong)….ni sume amalan syirik. Walaupon niat dia baek, walaupon dia bergantung harap pd Allah tp sbb jln yg dia guna tu jalan yg haram (forbidden method) maka ttp ianya satu kesalahan. Kita niat nk tlg org miskin, so kita g rompak umah org kaya, mcm cite robin hood…sedekah tu xdtrima Allah. Niat yg baek tetap xdapat menghalalkan jalan yang haram.



Khidmat air penerang hati utk budak2 skolah, bagi mudah paham pelajaran bagi cemerlang utk jwb peksa, khidmat air penawar utk mengubah sikap seseorang tu supaya jadi baek .…ni sume ngarut, tp xde la smpi tahap syirik yg ni (selagi ianya tidak melanggar batas2 tauhid). Penyakit xpandai atau susah nk terima pelajaran, lambat phm….ubat bg penyakit ni hanyalah dgn blaja dan trus blaja, bkn minum air penerang hati. Hati xterang dgn air tp dgn ketaqwaan kpd Allah. Taqwa jln dibukakan ilmu. (Refer Al-Baqarah 282, Al-Hadid 28, Al-Anfaal 29). Same gak nk bg org jd baek bkn dgn air penawar. Klu leh cam2, xyah la Nabi saw susah payah nk ajak org kafir quraisy msuk islam, xyah la susah2 Nabi saw g perang lwn org kafir, bg ja la abu jahal abu lahab minum air tu…org arab ni dorunk punya level kras kpala, degil, ego, tahap gaban punya klu nk dibanding ngan org melayu, org mlayu ni kira lembut byk lg. Klu sememangnya ada dlm Islam kaedah bg air penawar tuk jd baek peribadi, Nabi saw dah buat awal2 lg dah. Nak bg baik peribadi, nak bg akhlak elok, xdpt tidak dgn didikan agama. Tanpa agama, manusia mmg confirm dlm genggaman setan.



Pengajaran;

Kna blaja bab2 agama btul2 supaya kita paham apa yg dilarang syara’ dan apa yg dibenarkan. Ilmu dunia sggp berpening2 smpi migraine bersengkang mata siang malam nk bg lulus nk bg dpt sume A, pesal bab agama amik mudah sgt, amik cincai je?

Read more...

Dari kcik smpi bsar asik menipu je….

Wednesday, June 10, 2009



Tiap2 hari ade je org yg kna tipu, xkira la samada yg tua yg muda, yg educated yg uneducated, masing2 xlepas dr 2 kategori… either msuk dlm kategori penipu atau yg kna tipu.


Surah Al-Ahzab ayat 70-71

Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar, niscaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.


Allah perintahkan kita berkata benar, jujur dlm kata2, jgn tipu. Bila kita bercakap benar, Allah akan perbaikkan amalan kita dan Allah akan ampunkan dosa-dosa kita. Mudahkan?.....Syaratnya JANGAN TIPU JANGAN BOHONG.


Tapi ttp dunia ni penuh dgn penipuan pembohongan…pembohongan dlm urusan dunia…yg lg bahaya iaitulah pembohongan dlm urusan berkaitan agama. Tapi utk n3 kali ni, aku just statekan pembohongan dlm urusan dunia. Tipu ni xsemestinya membabitkan perkara2 yg penting atau besar, even kadang2 perkara yg kita pandang remeh pon, bila ianya satu pembohongan maka ttp ianya satu pembohongan.


Contoh2

1. Banyak ibu bapa tok tokwan skrg ni yg lazim menipu anak cucu. Xmo bagi bdk tu nangis, kita janjikan nk bli coklat kt die tp sbnrnya xde niat nk g bli pon…skadar nk bg bdk tu diam. Bdk2 merab mak ayah suh bli mainan, mak ayah xmo bli mainan tp dijanjikan pd anak ‘Jom kite g tgk kt kdai lain, kite bli yg lg hebat’ padahal trick je tu. Bdk2 yg nangis kita takutkan ngan hantu…. ‘nangis la, kang datang si mata merah tu’…ni sume perkara2 yg ditulis sbg satu kebohongan.


Pernah di zaman Rasulullah: Riwayat Abu Daud

Daripada Abdullah b. A’mir: Pada suatu hari ibuku memanggil-manggil aku dan ketika itu Rasulullah sedang duduk di rumahku. Ibuku mengatakan kepadaku: Mari ke sini, engkau akan ku beri. Mendengar itu Rasulullah bertanya kepada ibu: Apa yang hendak kau berikan kepada anak itu? Ibuku menyahut: Akan ku beri buah kurma. Jawapan ibuku itu ditanggapi oleh Rasulullah dengan ucapan: Bila engkau tidak memberikan sesuatu kepadanya tercatat suatu dosa kebohongan atas dirimu.


2. Berbohong ketika bergurau. Kita mereka-reka cite bohong semata-mata utk menimbulkan suasana lucu. Kita nmpk cam remeh je bab ni tp ape Nabi kata….

Dalam sepotong hadis Rasulullah bersabda: Riwayat Tirmizi

Celakalah orang yang kerana ingin ditertawakan orang lalu berbicara bohong, celakalah orang itu celakalah dia.


Dan sabdanya lagi: RiwayatAhmad b. Hanbal

Iman seseorang hamba tidak akan sempurna sehinggalah dia meninggalkan kebohongan dalam bergurau.

Sama ada kita berdusta atas perkara-perkara yang penting/besar atau kita berdusta atas perkara-perkara yang remeh/kecil, dusta tetap dusta. Ia akan tetap tercatat sebagai satu kebohongan. Asma bt Yazid bertanya: Riwayat Muslim

Ya Rasulullah jika salah seorang di antara wanita kita menginginkan sesuatu tetapi ia mengatakan, ‘saya tidak ingin’ apakah itu dianggap kebohongan? Rasulullah menjawab: Kebohongan tetap tercatat sebagai kebohongan sehingga kebohongan kecil pun tercatat sebagai kebohongan kecil.


Sorang isteri window shopping ngan suaminya… isteri nak bli satu benda tp dia tau suami die xbyk duit masa tu. Si suami yg perasan tingkahlaku isterinya bertanya ‘nak bli ke baju ni’. Si isteri mmg nak bli tp dia ckp xnak bli….sbb xnak susahkan si suami. Ini pon msuk dlm kebohongan. SEPATUTNYA si isteri bercakap jujur…sy nk bli tp memandangkan kita skang kesulitan duit, lain kali la kita bli. Klu masih ada baju ni, kita bli. Klu dah dijual, kita tgk yg lain je la.


Berbohong berdusta ckp tipu….ni bkn sifat org yg beriman tp sifat golongan munafiq. Sabda Rasulullah: Ahmad b. Hanbal

Tabiat seorang beriman biasa terkena kekurangan apa saja kecuali khianat dan dusta.


Klu la kita dpt melihat hitamnya hati kita disebabkan berbohong sebagaimana kita dapat lihat kotornya kain baju kita yg berlumpur…klu la kita dpt melihat dosa-dosa dan azabnya siksa akibat berbohong, pasti kita xkan berani tuk berbohong. Tapi malangnya kita xkan dpt melihat semua itu. Siapa yg percaya pd janji Allah dan RasulNya, mengamalkan sebagaimana yg diperintah maka selamatlah ia. Siapa yg mengabaikannya, sengaja mengabaikannya, maka bersedialah akan habuan di akhirat nnt.

Read more...

Detail about jangkitan penyakit

Wednesday, June 3, 2009


1st thing, makaseh pd sume yg sudi dan sabo bce post2 aku yg pjg, xreti ar nk bg ringkas. there's few ppl requested for details bab jangkitan penyakit...so aku try la xplain sejelas mgkn.....

1. Wajib ats umat Islam percaya dan yakin hnya Allah b'kuasa bg mnfaat dan mudharat, xde yg dpt bg mnfaat dan mudharat selain Allah. Refer Al-An'aam ayat 17:

Dan jika Allah menimpakan sesuatu kemudharatan kepadamu, maka tidak ada yang menghilangkannya melainkan Dia sendiri. Dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepadamu, maka Dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.



Penyakit adlah mudharat, pening kpala ke, demam, sakit gigi, heart attack...ni sume mudharat. Main bola terseliuh kaki….tu mudharat pd kaki, xleh nk jln. Kite gaduh d skolah, darah kpala…tu mudharat. Sume jnis mudharat ni hnya Allah berkuasa timpakan ats kite tp ia dtg lazimnya dgn bersebab.



Sakit kpala...mgkn disebabkan stress atau cuaca yg panas terik atau perut kosong pas2 msuk angin dlm perut then Allah uji kite dgn kemudharatan di kpala which known as pening kpala. Bergaduh d skolah, kna tumbuk kna sepak lalu bengkak muka, retak rusuk….kemudharatan pd bdn itu, effect die atau kesannya…ni drpd Allah tp bersebab dgn pukulan yg kita trima. dgn sbb tumbukan atau sepak tsb, Allah izinkan mudharat pd bdn kite. Bkn mamat tu yg bg mudharat tp Allah. Tumbukan mamat tu skada sbb aje yg xdpt memberi kesan melainkan dgn izin Allah.



Same gak dlm bab manfaat….hnya Allah b'kuasa bg manfaat dan xde yg dpt bg manfaat kecuali Allah, tp manfaat Allah dtg lazimnya dgn sbb. Dua org yg menderita skit yg sama tp mgkn berbeza kaedah penyembuhan. Ada org yg skit kpala, mkn panadol 4-6 biji xbaik lg, tampal koyok pon xlega lg, sapu mnyk cap kapak still skit kpala lg, bla dipicit2 kpala, Allah bg ilang skit tu. Ade yg ckup skada mkn panadol dah ilang skit kpala, ada yg kna apply 2-3 method bru Allah bg ilang skit kpala. Bila kena ubat dgn penyakitnya maka sembuhlah dgn izin Allah. Means bkn ubat atau method yg ade kuasa penyembuhan tp Allah, hnya Allah b’kuasa bg sembuh.



Dari Jabir ra dari Rasulullah saw sabdanya:“ Setiap penyakit ada ubatnya. Apabila tepat ubat suatu penyakit, tentu penyakit itu sembuh dengan izin Allah ‘Azza wa jalla.” Riwayat Muslim



manfaat tsb, ilangnya mudharat dr tubuh kita….hnya Allah b'kuasa melakukannya tp Allah berikan dgn sbb2 yg tertentu dan sbb2 ini sedikitpun xbermanfaat tanpa izin Allah. kerana itu perlu stiap umat islam jelas, bkn panadol yg ilangkan skit kpala tp Allah yg ilangkan skit kpala, panadol tu skada ubat yg kita ikhtiar dgn khasiat yg ade pd panadol tsb. bkn ubat yg menyembuhkan penyakit tp Allah yg berkuasa sembuhkan penyakit, ubat skada satu sbb atau ikhtiar yg xmempunyai kuasa tuk memberi kesembuhan. Kita amik ubat dr specialist ke atau klinik kampung atau just berubat dgn air Fatihah, ini sume skada satu kaedah pengubatan di mana kesembuhannya hnya pd Allah, bla Allah izinkan. Bla skit kpala kita mkn panadol, kita sapu koyok di kpala, kita sapu mnyk cap kapak di kpala….kita berikhtiar merawat dgn khasiat yg ade pd ubat2 tsb – kesembuhannya hnya bla Allah izin. Kita picit kpala urut kpala yg skit, kita guna kaedah urutan tuk melancarkan aliran darah, tuk buang angin2 dlm kpala…kesembuhannya bla Allah izinkan. Berubat dgn membaca Al-Fatihah, surah Al-Fatihah juga adalah ubat d mana dgn sbb membacanya, Allah brikan kesembuhan.



2. Islam adalah agama yg menggalakkan umatnya berusaha dan berikhtiar di dalam hidup, then kita berserah pd Allah. Jgn semata-mata berharap dan menyerah diri kepada Allah. Surah Asy-Syua’raa’ ayat 79-80

Dan Tuhanku, Yang Dia memberi makan dan minum kepadaku, dan apabila aku sakit, Dialah Yang menyembuhkan aku



Mmg hanya Allah yg berkuasa bg mudharat dan penyakit, hnya Allah jua berkuasa ilangkan mudharat dan penyakit tp kita diperintah tuk berusaha berikhtiar merawat penyakit. Dlm satu riwayat Ahmad, hadits Usamah bin Syarik:

Orang desa datang kepada Nabi saw dan bertanya: Ya Rasulullah saw, apakah kami harus berubat? Rasulullah menjawab: Ya, hai hamba Allah, berubatlah kamu sekalian sebab Allah Azza wa Jalla tidak meletakkan satu penyakit kecuali Dia tempatkan juga ubat penawarnya kecuali satu penyakit (yakni) penyakit tua (nyanyuk/pikun)



Ade stgh org phm, klu dh Allah yg bg penyakit dan sembuhkan penyakit, apsal kite kna susah payah g berubat….abih beribu tuk byr kos perubatan, doa je la kt Allah bg sembuh. ni phm yg slh….mmg hnya Allah b'kuasa bg sembuh tp kesembuhan Allah itu lazimnya Allah turunkan dgn sbb usaha manusia. klu mnusia xikhtiar berubat pun, mmg Allah b'kuasa bg sembuh tp sunnah atau peraturan yg lazim Allah berikan pd umat Muhammad, kite kna usaha, doa pdNya, tawakkal pdNya.


cth yg len...hnya Allah yg bg rezeki, xde yg dpt bg rezeki selain Allah. klu demikian, knp tidak kita just goyang kaki d umah dan berdoa pd Allah supaya diberikan rezeki? mmg Allah b'kuasa bg rezeki pd kita walaupon kita just goyang kaki d umah tp sunnah/ketetapan ini Allah xberikan kpd umat Muhammad. Sunnah yg Allah tetapkan ke atas umat Muhammad….rezeki xturun dr langit. Kita kna usaha then dgn sbb itu, Allah berikan rezeki.



Kaedah pemberian rezeki sbgmana diberikan kpd Maryam ibu Nabi Isa, xdiberikan pd umat Muhammad. Disebut dlm tafsir Ibnu Katsier, Maryam yg spjg hidupnya mengabdikan diri kpd Allah dilimpahkan rezeki hingga takjub Nabi Zakaria ttg hal tsb…diberikan buah-buahan yg hnya keluar di musim panas kpd Maryam sdg ketika itu musim sejuk, diberikan buah-buahan yg kuar di musim sejuk kpd Maryam sdg ketika itu musim panas (refer Ali Imran ayat 37)…..ini suatu hal yg diluar adat kebiasaan mnusia. Rezeki yg diturunkan dr langit kpd umat Nabi Isa xdiberikan kpd umat Muhammad (refer Al-Maidah ayat 112-115). Allah b'kuasa bg kemenangan kpd Rasulullah dlm stiap peperangan malah tanpa peperangan pon, Allah mampu binasakan golongan yg kafir namun ttp Allah menyuruh Rasulullah dan umat Islam berusaha melengkapkan diri dgn segala kekuatan dan kemahiran berperang, mesti persiapkan diri sebaik mungkin dan bkn hnya berdoa pd Allah.



ini yg dpt aku respon ttg jangkitan penyakit, bahawa penyakit tu sememangnya xberjangkit, penyakit xdpt berpindah dr satu jasad ke jasad yg lain lalu memudharatkan the next person. penyakit tu adlh mudharat yg Allah timpakan ke ats mnusia, tp ia dtg dgn bersebab dan sbb ini hanya skada satu sbb yg xkan memberi kesan tanpa izin Allah. Kite g ziarah org skit, penyakit dia xkan dpt berpindah pd kita, penyakit tu xkan dpt memudharatkan kite tp kita diperintah berikhtiar menjaga dan mencegah dr penyakit tsb….klu kite ziarah org yg btuk tb, kite kna pkai mask, spaya jgn disebabkan kuman yg tersebar dr batuk si pesakit dpt memudharatkan kite dgn izin Allah.



3. Ttg hadis larangan msuk ke kawasan dilanda taun….Taun atau berlakunya sesuatu wabak penyakit adlh bala yg Allah timpakan ke atas sesuatu kaum dan bala ini ditimpakan ke ats org yg soleh dan org yg berbuat maksiat…but still bkn sume org yg kna. Ada yg kna ada yg xkena. Wabak influenza yg tersebar di satu2 kawasan, ada yg kna ada yg slamat. Hadis ttg larangan msuk ke kawasan yg terkena penyakit taun bknlah menunjukkan ttg jangkitan penyakit tp adlh precaution dlm mencegah penyakit.

Dan cth yg plg jelas bg aku, doktor2 dan nurse2 yg hari2 merawat pelbagai jenis penyakit, berdepan bersentuhan berkomunikasi dgn pelbagai pesakit….mereka ttp sht dan dpt meneruskan tugas harian tanpa terkesan dgn penyakit2 yg ade di spital tu.



Refer kitab Aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah oleh Dr Ahmad Farid, cetakan Maktabah Fayyadh pd Bab Larangan I’tiqad ttg jangkitan penyakit dan tathayyur (ramalan)


CONCLUSION


1. Penyakit mmg xberjangkit. ini jelas dinyatakan syara' dgn dalil yg qath'ie, wajib kita beriman dgnnya. Makna penyakit xberjangkit - iaitulah sesuatu penyakit itu xdpt berpindah dr satu jasad ke jasad yg lainnya lalu memudharatkan jasad yg kedua. Penyakit adalah mudharat yg Allah uji pd manusia dan hanya Allah berkuasa menimpakannya dan menghilangkannya.



2. Memang Allah yg memberikan mudharat/penyakit tp kemudharatan ini lazimnya datang dgn sebab. Hadis ttg larangan msuk ke kawasan yg ditimpa penyakit taun dan larangan kluar dr kawasan penyakit taun bkn menunjukkan pd jangkitan ttp merujuk pd langkah pencegahan, mengambil kira sbb2 yg boleh menyebabkan kita ditimpa mudharat dgn izin Allah.



2.1 Klu kita syer tuala/personal belonging ngan org yg sakit kulit, then kita pon dgn izin Allah menderita skit kulit...ini bersebab kita gunakan tuala si pesakit yg dh kena ngan kuman/virus penyakit tsb lalu kuman yg ada di tuala tu dgn izin Allah membuatkan kita turut skit kulit. Kite ziarah org yg btuk kring tp kita xpkai mask...udara yg tercemar dgn kuman kesan dr batuk si pesakit dgn izin Allah dpt memudharatkan kita. Ini bkn jangkitan jangkitan....penyakit tu xberpindah dr satu jasad ke satu jasad dan sememangnya ia xmampu berpindah tp environment yg xsehat, unawareness kita pd pencemaran environment yg berlaku menyebabkan kita turut ditimpa mudharat yg sama dgn izin Allah.



2.2 Bukti yg jelas, doktor2 dan nurse yg merawat penyakit2 yg dianggap jangkitan ini (taun, influenza dll), doktor2 dan nurse yg merawat pesakit2 yg dikuarantin....ttp mereka sehat dan mampu bertugas saban hari tanpa terkesan sedikitpun dgn penyakit2 ini. Ini membuktikan penyakit xberjangkit tp langkah pencegahan yg kurang, mengabaikan sbb atau mengapa atau bagaimana seseorang itu boleh menghidap sekian2 penyakit, faktor kebersihan, pencemaran udara atau persekitaran dan sebagainya.



Pk2 la.....

Read more...

Bab Keimanan - Part 3

Monday, June 1, 2009



Ujian keimanan – Sains vs Wahyu

Sape yg xbce part sblmnye, g bce dulu ek…kang kot korang xphm maksud aku.

Jom pk keadaan umat Islam skang apakah benar mereka itu golongan yg beriman? Kita amik satu skop utk dijadikan penilaian. Pertentangan antara sains dan perkhabaran wahyu…..yg mne kita percaya? 1st thing…wahyu tu adalah perkhabaran dr Al-Quran atau hadis Rasulullah yg shahih. Sains ni lak ilmu logika hasil dr pengkajian manusia, based on experiment ape sume la.



Dulu2 di awal kemunculan sains, Darwin ckp mnusia dr beruk hinggakan waktu aku di umo sek rendah dulu, disebarkan dlm ensiklopedia2 ditunjukkan asal cmne manusia jd dr evolusi beruk. Rata2 org terkesan dgn phm Darwin nih. Al-Quran ckp mnusia nih iaitu anak cucu Adam dijadikan dr titisan mani. Slps beberapa lama, ilmu sains makin berkembang, bru mnusia jmpa dr segi sains kbnrn ape yg Al-Quran sebut…mnusia jd dr titisan air mani. Skang phm Darwin nih sume org dh tau xbtul, yg Al-Quran ckp tu yg btul. Klu dulu, ramai gak yg konpius, xtau nk caye yg mne. 2nd part….bab penyakit berjangkit.



Bersabda Nabi saw: Riwayat Muslim

Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Tidak ada jangkitan penyakit, tidak ada mayat yang menjadi hantu kubur, tidak ada bintang yang menyebabkan hujan dan tidak ada sial pada bulan Safar.



Sabdanya lagi: Riwayat Bukhari dan Muslim

Daripada Abu Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda: Tidak ada jangkitan, tidak ada mayat yang menjadi hantu kubur dan tidak ada sial pada bulan Safar.



Dua hadits shahih menegaskan xde jangkitan bahawa penyakit itu tidak berjangkit, tetapi di zaman skang, rata2 diajarkan penyakit tu jangkit. Ini yg diajarkan dari sains barat. Ini yg jd kepercayaan dan keyakinan sebilangan besar umat Islam bermula dr peringkat kanak-kanak hingga ke peringkat dewasa, sama ada dari golongan profesional atau tidak. Kepercayaan ini sebati dgn darah daging mereka di mana mereka mempercayai teori sains barat ini tanpa menilai kebenarannya terlebih dahulu. Realitinya sekarang, mereka lebih meyakini apa yg disampaikan melalui teori sains daripada meyakini apa yang telah dijelaskan oleh Allah dan Rasul. Maka dimanakah kepercayaan seorang umat kepada Rasulnya? Sesungguhnya teori sains itu sekadar satu kajian manusia dgn ilmu yg serba kekurangan padanya di mana kajian ini terkadang benar terkadang salah akan tetapi Al-Quran dan Sunnah Rasul itu adalah satu pedoman yg pasti xkan salah. Bersabda Nabi saw: Shahih riwayat Al-Hakim, Malik dan Baihaqi.

Aku telah tinggalkan kepada kamu dua perkara yang tidak sekali kali akan menyesatkan kamu dengannya iaitu Kitab Allah dan Sunnahku.



Perkataan Nabi saw itu bukan senda gurau, bukan teori saintis dan bukan pendapat yg boleh didebatkan, tetapi wahyu Allah yg wajib ditaati. Apakah wajar mempercayai teori atau pendapat atau keputusan yang dicipta oleh manusia, sehingga membelakangkan ketetapan Allah dan Rasul? Apakah manusia yg xmampu membuat sehelai rambut yg setanding dgn ciptaan Allah itu, lebih hebat pengetahuannya dari Allah? Sememangnya Nabi saw bukan seorang doktor, beliau tidak mempelajari ilmu perubatan moden sebagaimana dunia kita skang akan tetapi ilmu yg disampaikannya adalah ilmu yg langsung drpd Allah, maka apakah kita mengatakan Allah tersilap dalam menyampaikan wahyuNya? Kita pohon perlindungan Allah dr sikap yg demikian. Tidaklah Rasulullah saw itu berdusta kepada kita apabila ia mengatakan tidak ada jangkitan, walaupun ia bukan seorang saintis atau doktor tetapi ia seorang Rasul yang diberi wahyu oleh Allah. Firman Allah: Surah An-Najm ayat 3-4

Dan tiadalah yang diucapkan itu menurut kemahuan nafsunya. Ucapan itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan.



Ingatlah! Manusia itu sememangnya makhluk yang bijak akan tetapi kebijaksanaan manusia itu tidak akan dapat menandingi kebijaksanaan Allah. Ilmu manusia itu tidak akan dapat mengatasi ilmu Allah. Tidak ada seorang manusia yang berilmu, walau setinggi mana pun ilmunya yang dapat mengubah ketentuan Allah. Allah itu Maha Mengetahui, Maha Bijaksana dan Maha Agung, tidak dapat ditandingi oleh manusia yang menggelarkan diri mereka sebagai “mahasiswa/cendekiawan/professor/saintis”, malah menyamainya pun tidak. Janganlah kerana ilmu yang kita miliki kita menjadi angkuh sehingga sanggup menentang Allah. Jadilah manusia yang patuh dan tunduk kepada yang Maha Pencipta, sesungguhnya itulah jalan yang benar.



Bersabda Rasulullah saw: Shahih riwayat Muslim

Daripada Abu Hurairah ketika Rasulullah s.a.w. bersabda : “Tidak ada jangkitan, tidak ada sial bulan Safar dan tidak ada mayat yang menjadi hantu kubur”, maka bertanya seorang Arab dusun: Ya Rasulullah, bagaimana seandainya sekelompok unta yang sihat di padang pasir kemudian didatangi oleh seekor unta yang berkudis kemudian unta yang sihat itu semuanya berkudis ? Berkata Rasulullah: Siapakah penular yang pertama-tama?



Dlm satu umah, ade sorang sakit mata, pas2 xlama kemudian, pakat2 sume sakit mata. Akal manusia mengatakan ni tanda penyakit tu jangkit tp apa Nabi kata?...Siapa yg menjangkiti org yg pertama? Sesungguhnya penyakit itu tidak berjangkit, penyakit itu tidak boleh berpindah dari seseorang ke seseorang melainkan penyakit itu adalah daripada Allah. Renungkan firman Allah dalam surah Al-An’aam ayat 17

Dan kiranya Allah menimpakan kemudharatan padamu maka tiada yang (berkuasa) menghilangkannya melainkan Dia



Pk la tgk, klu btul penyakit tu berjangkit…spatutnya sume doktor2 dan nurse2 yg kna penyakit dulu sbb mereka dok dlm spital, bercampur bersentuh dgn org yg sakit kulit, batuk kering, influenza apa sume bala lg tp doktor2 dan nurse2 sht pon. Xde la doktor2 dan nurse2 ni telan mcm2 jnis ubat sblm nk msuk spital tuk nk protect dr penyakit jangkit.



Islam adalah agama yang menggalakkan umatnya berusaha dan berikhtiar di dalam hidupnya, tidak semata-mata berharap dan menyerah diri kepada Allah. mmg penyakit itu tidak berjangkit tp Islam suruh umatnya berikhtiar di dalam menghadapi penyakit, ikhtiar dlm mencegah penyakit. Satu yg aku nmpk apsal doktor2 dan nurse xkna penyakit sdg mereka slalu in contact ngan pesakit….iaitulah langkah precaution yg diambil, diaorang jaga kebersihan, always basuh tgn ngan sabun, pkai mask klu merawat org yg btuk kering ke apa ke, rebus alatan2 perubatan sblm guna, nk bg xde kuman….ini langkah2 dia. Bersabda Rasulullah saw: Shahih riwayat Muslim

Kalau kamu mendengar penyakit Taun menyerang sesuatu daerah, jangan kamu memasuki daerah itu dan kalau kamu berada di daerah yang terserang penyakit taun itu, janganlah kamu keluar dari daerah itu.



Hadits ini bukan menerangkan bahawa penyakit itu berjangkit akan tetapi satu ikhtiar dalam menghadapi penyakit tersebut. Begitulah jalan yang dianjurkan oleh Islam yang diwahyukan oleh Allah Yang Bijaksana lagi Maha Mengetahui.



Aku bkn student medik dan aku zero knowledge bab2 medik nih. Tp klu bercanggah ilmu manusia ngan perkhabaran langit, aku percaya perkhabaran langit. Bab yg aku cite nih, mgkn ade yg bangkang tp satu je yg aku nk TEGASKAN, bab ni termsuk bab keimanan. Rukun Iman ade 6, termasuk dlm rukun iman bab percaya pd Allah, pd kitab, pd rasul. Org beriman must have faith pd setiap rukun iman, klu ade la satu rukun yg kita xcaye atau kita ragu2, maka ko blum jd org beriman.

Aku skadar sampaikan…apa yg btul ngan syariat Islam, we accept. Apa yg xbtul ngan syariat Islam, of course la kna reject. Ni bab iman ek…sgt2 penting, klu kita sume nk slamat bla mati nnt.

Read more...

Bab Keimanan - Part 2



Ujian keimanan

Korang kna bce dulu bab keimanan, bru leh bce bab ujian keimanan sbb ni kesinambungan dia….slamat membce.

Org yg beriman itu adalah mereka yg percaya sepenuhnya tanpa ada keraguan atau kesangsian pd setiap yg dinyatakan dan diperintahkan Allah dan RasulNya. Dlm surah Al-Hujuraat ayat 15:

Hanyalah orang-orang yang beriman itu mereka yang beriman pada Allah dan RasulNya kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjuang di jalan Allah dengan harta dan diri mereka, mereka itulah orang-orang yang benar.



Blum dinamakan beriman klu masih ade walau sekelumit kesangsian atau keraguan pd apa yg didatangkan Allah dan RasulNya. Keimanan itu adalah keyakinan kepercayaan yg teguh (bulat, tekad, sepenuhnya) dgn diperlihatkan keimanan tersebut walau ianya bertentangan dgn fahaman atau pengamalan orang lainnya.



Iman itu bkn sesuatu yg dpt dirungkai melalui logik akal atau pendapat malah jika direnungkan, ianya adalah suatu yg bertentangan dgn logika fikiran manusia (akan dihuraikan pada bab selanjutnya). Iman itu xdpt diterima oleh logik akal fikiran tetapi ianya adalah sesuatu yg dinilai kebenarannya oleh hati. Cth;


Di zaman masyarakat arab jahiliyah, sembah patung sembah berhala tu mmg biasa la, satu yg normal d zaman tsb. Patung2 berhala dijadikan sbg Tuhan yg disembah dan dipohon pertolongan padanya. Then Nabi saw diutuskan sbg Rasul Allah, Nabi ajar jgn sembah berhala, sembahlah hanya Allah yg Esa, nnt leh msuk syurga. Klu ingkar, neraka balasannya. Walaupon Nabi saw terkenal di kalangan masyarakat Arab dgn kejujurannya, kebenarannya, amanahnya tp bla Nabi saw smpikan ajaran Islam, byk masyarakat Arab tolak seruan Nabi walau ia seorang yg terpercaya. Hanya segelintir kecil yg menerimanya di mana antara yg menerima seruan Nabi Muhammad adalah sorang hamba iaitu Bilal bin Rabah. Bilal yakin pd apa yg disampaikan oleh Muhammad saw dan dia tetap berpegang dan mempertahankan keyakinannya, walau ia disiksa dan disakiti tetap Bilal tidak akan kembali kpd agama menyembah berhala. Walau apa jua siksaan yg dilakukan terhadapnya, ttp dia mempertahankan tauhidnya dgn mengesakan Allah sebagaimana yg diajarkan Muhammad saw. Apa yg ingin disampaikan di sini bahawa Bilal, dia bkn prnh tgk Allah, dia pon xprnh tgk Jibril, dia xprnh tgk syurga dan neraka tapi dia percaya dan yakin pd apa yg dinyatakan oleh Muhammad saw dan tetap dipertahankan keimanannya sedang kebanyakan masyarakat arab lainnya mencemuh dan memperolokkan Muhammad saw. Demikian untuk kita lebih memahami tentang keimanan.



Kita lihat cth lainnya bagaimanakah yg dikatakan beriman? Dlm surah Al-Isra' ayat 1 Allah menerangkan ttg diperjalankan Muhammad saw dari Masjidil Haram (Mekah) ke Masjidil Aqsha (Palestin) dgn hanya satu malam. Ayat yg bermaksud:

Maha Suci (Allah) yang memperjalanlan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsha yang telah Kami berkati sekelilingnya supaya Kami perlihatkan kepadanya sebahagian ayat-ayat (tanda-tanda kekuasaan) Kami. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.



Ketika Rasulullah saw diperjalankan dr Masjidil Haram (Mekah) ke Masjidil Aqsa (Palestin) hanyalah dlm satu satu mlm…… satu mlm je beliau pergi dan pulang semula ke Mekah sedang perjalanan dari Mekah ke Palestin (pd mase tu la) sekurang-kurangnya amik masa 40 hari dgn naik kuda atau berjalan kaki. Peristiwa ni Nabi saw citekan kat masyarakat arab quraisy, maka berkumpullah mereka tuk perolok-olokkan kisah yg diceritakan oleh Nabi saw. Nabi bkn xtau yg org kafir kemungkinan besarnya akan perolokkan perbodohkan kisah isra’ ini tp sbb ianya adalah satu kbnrn, satu tanda keagungan Allah, satu wahyu drpd Tuhan yg ciptakan manusia dan alam ini, maka Nabi saw smpikan kpd umat manusia. Berita ini kemudiannya disampaikan kpd Abu Bakar utk dilihat pandangannya dr hal yg demikian, Abu Bakar nk sokong Nabi ke tak. Maka berkata Abu Bakar: Jika itulah yg dikatakan oleh Muhammad maka itulah kebenaran. Satu jwpn yg tegas dan yakin tanpa wujudnya keraguan atau kesangsian pd apa yg dibawakan oleh Muhammad saw. Ini dijelaskan dalam beberapa riwayat, antaranya riwayat Jabir bin Abdullah: Telah berkata Abu Salamah bin Abdur Rahman bahawa orang-orang Arab Quraisy datang menemui Abu Bakar lalu mereka berkata:



……….. Bagaimanakah pendapat engkau tentang sahabatmu (Muhammad) bahawa dia mendakwa dia telah pergi ke Baitul-Maqdis kemudiannya pulang ke Mekah dalam satu malam sahaja? Berkata Abu Bakar: Apakah dia mengatakan demikian? Mereka (Arab Quraisy) menjawab: Ya. Berkata Abu Bakar: Maka aku mengaku/bersaksi jika benar dia mengatakan demikian maka sesungguhnya dia berkata benar. Mereka (Arab Quraisy) berkata: Maka engkau mengatakan benar (sungguh) bahawa dia pergi ke Syam dalam satu malam kemudian pulang semula ke Mekah sebelum Subuh? Berkata Abu Bakar: Ya. Aku membenarkan malah yang lebih jauh dari itu, aku membenarkan perkhabaran langit. Berkata Abu Salamah: Maka dengan itulah dinamakan Abu Bakar dengan Ash-Shiddiq.

Rujuk Tafsir Al-Quranul Adzim karangan Ibnu Katsier pada tafsiran surah Al-Isra' ayat 1 disebut juga kisah yang hampir semakna dengannya daripada riwayat Aisyah dan Ummu Hani' binti Abi Thalib.



Abu Bakar memberi jwpn yg yakin dan tegas, tiada walau 1% keraguan pd jwpnnya. Tidak dia mengatakan mungkin betul/boleh jadi betul tapi ia memberikan jwpn yg meyakinkan. Abu Bakar nih bkn calang2 org di kalangan masyarakat arab, dia org yg kaya, berpengaruh tp dia xtakut klu org Arab kata dia bodoh atau gila krn membenarkan perkhabaran yg xmsuk di akal. dgn tegas ia menjawab ‘Aku membenarkan perkhabaran langit”. Perlu kita jelas bahawa di zaman Rasulullah saw dulu mana da kpl trbg, helicopter. Mana da bas ekspres, komuter, kereta atau motor. Klu yg kaya leh nek kuda atau unta, yg xmampu jln kaki je la. Mmg xmsuk akal pon klu jika di zaman Rasulullah saw itu hanya satu malam pergi dan balik dari Mekah ke Palestin namun ianya diyakini oleh Abu Bakar.



Inilah keimanan yg perlu ada pd setiap manusia yg inginkan keredhaan Allah iaitu dia mempercayai sepenuhnya pd apa yang dibawakan oleh Muhammad saw walau ianya bertentangan dengan logika akal fikiran atau fahaman manusia kebanyakan. Demikian yang dinamakan beriman.

Read more...

tetamu

About This Blog

Lorem Ipsum

aku suka ikan2 nih..bg mkn sat, klik ja dlm akuarium tu

monyet aku

dolphin aku

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP