Followers

Berdusta dalam urusan agama

Monday, June 22, 2009



Berdusta/berbohong bukan sifat orang yang beriman. Ini satu dari sifat munafiq. Berbohong dalam urusan dunia hatta walaupun ketika bergurau memang satu sifat yang tercela namun yang PALING TERCELA…. paling paling tercela adalah berdusta dalam perkara agama, berdusta tentang syariat Islam iaitulah berdusta terhadap Allah dan RasulNya. Firman Allah: Al-An’aam ayat 21

Siapakah yang terlebih zalim daripada orang-orang yang mengadakan kedustaan terhadap Allah atau orang-orang yang mendustakan ayat-ayatNya? Sesungguhnya tiadalah berjaya orang-orang yang zalim itu


Pernah bayang cmne klu kite jadi mangsa penipuan? Aku de bce kt satu blog…satu family tu anak dia nk msuk u, satu hari si ayah ni dpt panggilan tipon ckp si anak dpt scholarship tp si ayah ni kna bank in sejumlah duit kt akaun institut ni dulu, bayaran2 yuran pe sume. Alhamdulillah si ayah ni keja kt bank, means dia tau ar selok belok tipu menipu bab2 financial ni. bla dia nk bank in duit tu, dia dpt tau akaun tu bkn atas nama institute tsb tp personal akaun. Lps2 diorang buat repot polis. Selamat la kluarga ni dari hangusnye duit tu, tp bg org yg xtau…buta2 dpt kt si mamat penipu tu ribu2. ni just penipuan dlm urusan dunia…



Cmne klu pembohongan tu dlm urusan agama? Agama ni jalan menuju redha Allah, supaya selamat kita kat kehidupan yang satu lagi dan jalan ni…ada satu jalan je, xde banyak2 jalan. Klu silap jalan, dia xkan smpi pd redha Allah, dia akan bawa kpd redha setan…means kita xkan dapat keselamatan di akhirat nanti tapi kesengsaraan. Pembohongan dlm urusan agama ni ade banyak bentuk banyak rupa dan samada kita sedar atau tidak, ramai yg telah menjadi mangsa pendustaan pembohongan ini….dan kita juga mungkin salah seorang mangsanya.



Contoh2 pendustaan dalam urusan agama.

1. Pendustaan atas nama Rasulullah saw, mereka-reka hadis palsu.

Nabi saw xkata mcm2 tp dia kata Nabi kata. Nabi saw xbuat mcm2 tp dia kata Nabi buat. Ade orang nak bagi laris niaga, so dia mereka-reka hadis palsu. Dia nak bagi laku bisnes sayur terung dia, dia reka la hadis ttg kelebihan makan terung. Ada orang yg nak bagi kamcing ngan geng orang besar orang berpengaruh atau dia jenis taksub pada sesuatu perkumpulan...maka direka2 hadis palsu dlm bab tu. Ada orang yg bersungguh2 nak mengajak orang lain ke arah kebaikan/amal ma’ruf maka direka-reka hadis dlm bab tu…kononnya Nabi saw bersabda tapi sebenarnya Nabi saw xkata mcm2 pun. Ini adalah contoh2 pendustaan dlm agama.



Contoh hadis palsu, kebohongan atas nama Rasul saw:

1. Perselisihan umatku satu rahmat

2. Bertawassullah dengan kemegahan dan kemuliaanku kerana sesungguhnya jah-ku di

sisi Allah adalah agung. (Albani: Tiada asalnya)

3. Barangsiapa yang tidur selepas Asar maka akan terganggulah akalnya. Maka

janganlah dia mencela melainkan kepada dirinya sendiri. (Ibnu al-Jauzi di al-

Maudhu'aat, al-Sayuthi di al-la'ali al-Masnu'ah & al-Zahabi di Tartib al-Maudhu'aat)

4. Boleh refer gak link ni....http://drmaza.com/ kategori ibadat, Hadis palsu Rejab, Syaaban


Pengajaran: Kena pastikan dulu hadis yg kita dengar atau kita baca sememangnya drpd Nabi saw.... pastikan dulu riwayatnya (siapa yang meriwayatkan hadis tu) dan darjatnya (sahih, hasan, lemah atau palsu), klu hadis tu darjatnya sahih atau hasan, bleh kita terima. Klu yg berdarjat lemah, ada perbahasan ulama dlm bab ni, kna on hold dulu. Klu hadis tu palsu atau disebut gak sbg hadis maudhu’ maka wajib reject.



Bla ia berkaitan dgn hadis Nabi saw, ia membabitkan urusan syara’… so xleh men trima je, asal dengar orang kata ‘ni hadis Nabi’, bulat2 kita trima tanpa periksa....buang jauh2 habit yg xelok nih. Walaupon dia tu ustaz atau ulama besar bukan tanda dia perfect sume…aku bukan kata ustaz atau ulama bsar tu reka hadis palsu tapi sbb hadis palsu ni memang banyak, bukan sume ulama dapat mencakup pengetahuannya dlm bab ni. Ada ulama yg arif dlm sekian2 bab tapi kurang dlm bab2 lainnya, masing2 ada kekurangan dan kelebihan.



Jadi, klu kita dgr sesuatu hadis….xkira la kita dengar drpd membe kita ke, atau kita dengar drpd ustaz/ustazah atau mana2 ulama, pastikan dulu siapa yang meriwayatkan hadis ni dan apa darjatnya....tnya ustaz tu siapa perawinya. Ni bkn makna kita xcaye kt ust tapi memang inilah manhaj ulama ahli ilmu…para ulama ahli hadis begitu berhati-hati dan bersungguh-sungguh menentukan kebenaran sesuatu perkhabaran drpd Rasulullah saw supaya syariat Islam itu terpelihara dari penyelewengan, supaya syariat Islam itu terpelihara ketulenannya.



Cam2 gak klu kita nk smpikan sesuatu hadis dr Nabi saw, make sure btul2 riwayat dan darjatnya. klu kita masih blom pasti, jgn cite lg bab tu….tangguhkan dulu. Satu peringatan daripada Rasulullah saw: Riwayat Tirmizi

Awaslah meriwayat hadits dariku kecuali yang kamu ketahui kerana barangsiapa berdusta ke atasku dengan sengaja maka bersedialah tempat duduknya di neraka



So berjaga2lah dlm menyampaikan hadis Nabi, ni bkn bermaksud nak bagi takut atau nak discourage dari menyampaikan hadis Nabi saw cuma skadar peringatan…pastikan kebenaran perkhabaran yg kita nak smpikan…..of course kita xnak tergolong dlm golongan yang berdusta ke atas Rasulullah saw kan?!!! Kita bimbang tanpa kita sedar, kita mungkin telah menyampaikan satu kebohongan atas nama Rasulullah saw.



2. Pengamal perubatan alternatif bertopengkan islam

Pengamal2 perubatan alternative xkira la dia tu imam ke, bilal ke, atau memang die tu bomoh, dukun atau sape2, samada digelar dgn gelaran ust atau ustazah…..mereka mengiklankan perubatan islam tp sebenarnya pengamalan die bercanggah dgn islam…khidmat kebal, susuk, pelaris, pendinding dari sihir, tangkal, azimat, pemanis muka…. ni sume amalan2 syirik. Golongan ni memang power ayat dia, pandai berbahasa ‘kita hanya berikhtiar Allah yg tentukan’, mereka lazim membaca ayat2 quran dan berselawat dlm perubatan mereka…..org awam akan beranggapan ‘ni la cara perubatan Islam’. Ada yg mendakwa diberikan batu hikmat/keris kecil dlm mimpi, mendakwa berjumpa dgn orang yg berjubah dlm mimpi, mereka dikehendaki beramal dgn zikir2 tertentu, dilarang bersikap riya’..…org awam sangkakan ni perubatan islam tp sebenarnya ni perubatan yg kebanyakannya mengandungi amalan syirik.



Newborn baby lazim dililitkan dgn benang hitam di pergelangan tangan dia atau di pinggangnya dgn tujuan menghalang dari gangguan syaitan, menghalang dari kembung perut dan sebagainya, benang hitam ini telah dibacakan ayat2 quran atau jampi padanya. Minyak senyonyong, minyak dagu dll…ni minyak utk dicalit pd badan seseorang supaya bertambah kasih sayang atau menimbulkan rasa benci pd seseorang…ni adalah amalan2 syirik.

Dari Ibnu Mas’ud. katanya: Aku dengar Rasulullah saw. bersabda: Mentera, tangkal dan guna-guna adalah syirik.

Riwayat Abu Daud dan Ahmad



Memang si bomoh/imam/ustaz tu….dia doa kt Allah tp kaedah pengubatan dia tu kaedah yg dilarang agama. Mentera atau jampi2 yg mengandungi unsur syirik (menyeru memohon pd selain Allah), tangkal2 atau azimat (benang hitam ke, cincin/gelang penolak sihir, ayat seribu dinar yg digantung sbg pelaris perniagaan), guna2 (minyak dagu/minyak senyonyong)….ni sume amalan syirik. Walaupon niat dia baek, walaupon dia bergantung harap pd Allah tp sbb jln yg dia guna tu jalan yg haram (forbidden method) maka ttp ianya satu kesalahan. Kita niat nk tlg org miskin, so kita g rompak umah org kaya, mcm cite robin hood…sedekah tu xdtrima Allah. Niat yg baek tetap xdapat menghalalkan jalan yang haram.



Khidmat air penerang hati utk budak2 skolah, bagi mudah paham pelajaran bagi cemerlang utk jwb peksa, khidmat air penawar utk mengubah sikap seseorang tu supaya jadi baek .…ni sume ngarut, tp xde la smpi tahap syirik yg ni (selagi ianya tidak melanggar batas2 tauhid). Penyakit xpandai atau susah nk terima pelajaran, lambat phm….ubat bg penyakit ni hanyalah dgn blaja dan trus blaja, bkn minum air penerang hati. Hati xterang dgn air tp dgn ketaqwaan kpd Allah. Taqwa jln dibukakan ilmu. (Refer Al-Baqarah 282, Al-Hadid 28, Al-Anfaal 29). Same gak nk bg org jd baek bkn dgn air penawar. Klu leh cam2, xyah la Nabi saw susah payah nk ajak org kafir quraisy msuk islam, xyah la susah2 Nabi saw g perang lwn org kafir, bg ja la abu jahal abu lahab minum air tu…org arab ni dorunk punya level kras kpala, degil, ego, tahap gaban punya klu nk dibanding ngan org melayu, org mlayu ni kira lembut byk lg. Klu sememangnya ada dlm Islam kaedah bg air penawar tuk jd baek peribadi, Nabi saw dah buat awal2 lg dah. Nak bg baik peribadi, nak bg akhlak elok, xdpt tidak dgn didikan agama. Tanpa agama, manusia mmg confirm dlm genggaman setan.



Pengajaran;

Kna blaja bab2 agama btul2 supaya kita paham apa yg dilarang syara’ dan apa yg dibenarkan. Ilmu dunia sggp berpening2 smpi migraine bersengkang mata siang malam nk bg lulus nk bg dpt sume A, pesal bab agama amik mudah sgt, amik cincai je?

2 comments:

nz June 22, 2009 at 9:57 PM  

air penerang hati.........
yg jual kismis kate leh jd terer jawap exam, cam ne lak.. hohohoho..

chipsey June 24, 2009 at 6:46 AM  

makan ape2 IQ supplement, kismis ke ape ke yg sememangnya diketahui ada khasiat utk kuatkan daya ingatan, mencerdaskan pengaliran darah ke otak atau apa2 jua la yg mmg bermanfaat utk perkembangan otak....ni sume xde masalah ape. Cuma xyah la nak buat dgn jampi2 tuk bg terang hati sbb hati ti xkan terang klu kita xtunduk pd Allah...hehe. Supplement tuk otak ni just cam sampingan la, yg pnting usaha kita tuk blaja dan trus blaja, mntk Allah bg ilmu yg bermanfaat kt kita....paham cik nas? hik2

tetamu

About This Blog

Lorem Ipsum

aku suka ikan2 nih..bg mkn sat, klik ja dlm akuarium tu

monyet aku

dolphin aku

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP