Followers

Dari kcik smpi bsar asik menipu je….

Wednesday, June 10, 2009



Tiap2 hari ade je org yg kna tipu, xkira la samada yg tua yg muda, yg educated yg uneducated, masing2 xlepas dr 2 kategori… either msuk dlm kategori penipu atau yg kna tipu.


Surah Al-Ahzab ayat 70-71

Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar, niscaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.


Allah perintahkan kita berkata benar, jujur dlm kata2, jgn tipu. Bila kita bercakap benar, Allah akan perbaikkan amalan kita dan Allah akan ampunkan dosa-dosa kita. Mudahkan?.....Syaratnya JANGAN TIPU JANGAN BOHONG.


Tapi ttp dunia ni penuh dgn penipuan pembohongan…pembohongan dlm urusan dunia…yg lg bahaya iaitulah pembohongan dlm urusan berkaitan agama. Tapi utk n3 kali ni, aku just statekan pembohongan dlm urusan dunia. Tipu ni xsemestinya membabitkan perkara2 yg penting atau besar, even kadang2 perkara yg kita pandang remeh pon, bila ianya satu pembohongan maka ttp ianya satu pembohongan.


Contoh2

1. Banyak ibu bapa tok tokwan skrg ni yg lazim menipu anak cucu. Xmo bagi bdk tu nangis, kita janjikan nk bli coklat kt die tp sbnrnya xde niat nk g bli pon…skadar nk bg bdk tu diam. Bdk2 merab mak ayah suh bli mainan, mak ayah xmo bli mainan tp dijanjikan pd anak ‘Jom kite g tgk kt kdai lain, kite bli yg lg hebat’ padahal trick je tu. Bdk2 yg nangis kita takutkan ngan hantu…. ‘nangis la, kang datang si mata merah tu’…ni sume perkara2 yg ditulis sbg satu kebohongan.


Pernah di zaman Rasulullah: Riwayat Abu Daud

Daripada Abdullah b. A’mir: Pada suatu hari ibuku memanggil-manggil aku dan ketika itu Rasulullah sedang duduk di rumahku. Ibuku mengatakan kepadaku: Mari ke sini, engkau akan ku beri. Mendengar itu Rasulullah bertanya kepada ibu: Apa yang hendak kau berikan kepada anak itu? Ibuku menyahut: Akan ku beri buah kurma. Jawapan ibuku itu ditanggapi oleh Rasulullah dengan ucapan: Bila engkau tidak memberikan sesuatu kepadanya tercatat suatu dosa kebohongan atas dirimu.


2. Berbohong ketika bergurau. Kita mereka-reka cite bohong semata-mata utk menimbulkan suasana lucu. Kita nmpk cam remeh je bab ni tp ape Nabi kata….

Dalam sepotong hadis Rasulullah bersabda: Riwayat Tirmizi

Celakalah orang yang kerana ingin ditertawakan orang lalu berbicara bohong, celakalah orang itu celakalah dia.


Dan sabdanya lagi: RiwayatAhmad b. Hanbal

Iman seseorang hamba tidak akan sempurna sehinggalah dia meninggalkan kebohongan dalam bergurau.

Sama ada kita berdusta atas perkara-perkara yang penting/besar atau kita berdusta atas perkara-perkara yang remeh/kecil, dusta tetap dusta. Ia akan tetap tercatat sebagai satu kebohongan. Asma bt Yazid bertanya: Riwayat Muslim

Ya Rasulullah jika salah seorang di antara wanita kita menginginkan sesuatu tetapi ia mengatakan, ‘saya tidak ingin’ apakah itu dianggap kebohongan? Rasulullah menjawab: Kebohongan tetap tercatat sebagai kebohongan sehingga kebohongan kecil pun tercatat sebagai kebohongan kecil.


Sorang isteri window shopping ngan suaminya… isteri nak bli satu benda tp dia tau suami die xbyk duit masa tu. Si suami yg perasan tingkahlaku isterinya bertanya ‘nak bli ke baju ni’. Si isteri mmg nak bli tp dia ckp xnak bli….sbb xnak susahkan si suami. Ini pon msuk dlm kebohongan. SEPATUTNYA si isteri bercakap jujur…sy nk bli tp memandangkan kita skang kesulitan duit, lain kali la kita bli. Klu masih ada baju ni, kita bli. Klu dah dijual, kita tgk yg lain je la.


Berbohong berdusta ckp tipu….ni bkn sifat org yg beriman tp sifat golongan munafiq. Sabda Rasulullah: Ahmad b. Hanbal

Tabiat seorang beriman biasa terkena kekurangan apa saja kecuali khianat dan dusta.


Klu la kita dpt melihat hitamnya hati kita disebabkan berbohong sebagaimana kita dapat lihat kotornya kain baju kita yg berlumpur…klu la kita dpt melihat dosa-dosa dan azabnya siksa akibat berbohong, pasti kita xkan berani tuk berbohong. Tapi malangnya kita xkan dpt melihat semua itu. Siapa yg percaya pd janji Allah dan RasulNya, mengamalkan sebagaimana yg diperintah maka selamatlah ia. Siapa yg mengabaikannya, sengaja mengabaikannya, maka bersedialah akan habuan di akhirat nnt.

12 comments:

Aisyah Shams June 10, 2009 at 8:50 AM  

"Sorang isteri window shopping ngan suaminya.."
mnde ni pun kire gak ke? huhu.. neway, nice post~

nz June 12, 2009 at 12:40 AM  

yg bab isteri tu kan nak jaga hati je... x kan salah gak kot.

ade masa kita terpaksa bohong.. tu cam ne lak. bohong utk menyelamatkan diri hehhe..

chipsey June 12, 2009 at 4:23 AM  

nabi ckp bohong yg kcik pon kira bohong...dan bohong tu sifat yg mmg xpatut ade bg sorang yg beriman...actually ade 3 perkara yg Nabi bg bohong tp yg tu kna pospon jap...kna refer kitab balik, lame dah bce xingat sgt xplanation die

Mrs.Bunga June 13, 2009 at 5:11 AM  

baguslah blog ni.ingat mengingatkan yang ingat tapi buat2 tak ingat dan yang memang langsung tak ingat atau yg bukan tak ingat tapi taktau...

jangan bohong.

nampak mcm mudah.tapi mampukah kita?
tepuk dada tanya iman.
thanks sudi singgah page sy,kalau tak,rugi tak jumpa blog informatif ni.

Misshy Innz June 13, 2009 at 8:33 PM  

yg window sopink tuh...
nmpk nyer kene ckp direct r erk.
nk baju tuh la
:)

DilOt June 13, 2009 at 9:50 PM  

bohong..

nmpk mcm mudah..pendek je perkataan tu...

tp hakikatnya...bohong itu byk padahnya...malah bertmbh dosanya...

Anonymous June 14, 2009 at 7:45 PM  

salam elaik..penerangan bg surah al-ahzab.adekah ianya sababunnuzul?

chipsey June 15, 2009 at 12:32 AM  

to anonymous

tu just penerangan ttg 'qaulan sadida'...perkataan yg benar, ia merangkumi samada dlm urusan harian atau perkara agama

DzuLagiL June 18, 2009 at 11:00 AM  

Salam 'alaik...
perkongsian yg baik...

btw, entri nie ada sambungan lagi x?

persatuanibuseduniaakhiratsyurga.net June 20, 2009 at 10:48 AM  

lapar ke??jangan lupa makan kelapa bersabut:)sihat mungkin??

persatuanibuseduniaakhiratsyurga.net June 20, 2009 at 10:50 AM  

anak2 nih,buat blog jer pandai,bab masak?perut dorang gak bohong taim puasa,,kesian dorang,musafir jejauh,lapar lagi menaip..kita bagi je makan,lam majalah ke blog je la tapi,blog resepi..hahahah:!!

Unknown August 25, 2016 at 3:48 AM  

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

tetamu

About This Blog

Lorem Ipsum

aku suka ikan2 nih..bg mkn sat, klik ja dlm akuarium tu

monyet aku

dolphin aku

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP