Followers

Showing posts with label cheer up ur life. Show all posts
Showing posts with label cheer up ur life. Show all posts

Jangan cepat mengalah

Monday, May 4, 2009




Bersabda Rasulullah saw:

Orang mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada orang mukmin yang lemah, dan pada masing-masing ada kebaikannya. Berusahalah meraih apa-apa yang bermanfaat bagimu dan pohonlah pertolongan Allah dan jangan sekali-kali bersikap lemah. Jika engkau ditimpa sesuatu maka jangan engkau mengatakan “Seandainya aku melakukan (ini dan itu) tentu akan terjadi begini dan begitu” tetapi katakanlah “Allah telah mentaqdirkan dan apa yang dikehendakiNya pasti terjadi” kerana (ucapan) ‘seandainya/kalau/jika’ itu membuka perbuatan syaitan
Hadits shahih riwayat Muslim

Setiap manusia lazimnya mempunyai pelbagai impian yang ingin dikecap .….. ingin berjaya, ingin hidup bahagia dan pelbagai lagi kehendak dan keinginan kita sebagai seorang manusia. Namun, tidak semua keinginan dan impian kita akan tercapai. Ada ketikanya kita berhasil mendapat apa yang dihajatkan dan ada ketikanya kita gagal. Kegagalan sememangnya pahit tetapi ia bukanlah satu titik akhir. Kegagalan adalah satu ilmu dalam mendewasakan seseorang itu menempuh perjuangan hidupnya.

Ajaran Islam mendidik manusia supaya berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai sesuatu yang bermanfaat tanpa mengenal erti putus asa dan hendaklah kita memohon pada Allah kerana hanya Dialah yang dapat menjadikan impian kita satu kenyataan. Dan hasil yang diperoleh dengan sebab usaha dan perbuatan kita itu, hendaklah kita terima sepenuhnya kerana demikianlah taqdir Allah.

Sekiranya Allah berikan kejayaan, bersyukurlah padaNya dan berusahalah ke arah yang lebih baik. Sekiranya gagal, jangan kita berputus asa dan bersikap lemah. Terimalah ketentuanNya dengan lapang dada. Jangan ada walau sekelumit nada-nada menafikan qadarNya. Sesungguhnya itulah bisikan syaitan dalam menyimpangkan anak Adam dari kebenaran. Teruslah berusaha bersungguh-sungguh, selidik kelemahan, kekurangan, belajar dari kesilapan yang lalu dan panjatkanlah permohonan padaNya. Sesungguhnya doa itu dapat mengubah taqdir. Telah bersabda Rasulullah saw:

Barangsiapa dibukakan pintu doa untuknya bererti telah dibukakan pula untuknya segala pintu rahmat. Dan tiada dimohonkan kepada Allah yang lebih disukaiNya selain dimohonkan a’fiyah. Doa itu memberi manfaat terhadap yang telah diturunkan dan yang belum diturunkan. Dan tidak ada yang dapat menolak ketetapan Allah kecuali (dengan sebab) doa. Sebab itu, berdoalah kamu sekalian.
Riwayat Tirmizi.

Apabila kita ditimpa sesuatu musibah, kemalangan atau kegagalan maka wajib atas kita redha akan ketentuan yang telah Allah tetapkan kepada kita. Redha itu bukan sekadar mengucapkan “Aku redha atas ujian Allah ini” atau “Aku pasrah” akan tetapi kemudiannya kita menuturkan kata-kata yang berbaur penafian kepada taqdir Allah …… seolah-olah seandainya kita dapat mengundurkan kembali masa dan mengubah tindakan kita, keadaan akan menjadi sebaliknya.


Lazim kita mendengar ayat-ayat sebegini;
“Kalau dulu aku belajar bersungguh-sungguh, tak lah aku jadi begini.”
“Kalaulah aku buat macam ni tadi, tak la jadi begini.”
“Kalau bukan sebab anjing ni tadi, rumah aku tentu dah dimasuki pencuri.”

Renungkan firman Allah: Al-Hadid ayat 22-23 [57:22-23]:

Tiadalah malapetaka (musibah) di bumi dan tiada pula pada dirimu melainkan (telah termaktub) dalam kitab (lauh-mahfuz) sebelum Kami mengadakannya. Sungguh demikian itu mudah bagi Allah. (Kami katakan demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita/berputus asa atas sesuatu yang telah luput daripadamu dan supaya jangan kamu bersukaria kerana sesuatu yang kamu peroleh. Allah tiada mengasihi tiap-tiap orang yang sombong dan bermegah-megah

Janganlah kita menyalahkan takdir apabila sesuatu perkara buruk berlaku atau meletakkan tanggungjawab kepada takdir dan kita hanya berserah sahaja tanpa usaha. Sesungguhnya kita diberi akal dan kita diberikan agama untuk menjadi pedoman dalam menentukan arah tuju kehidupan di dunia ini. Takdir itu sesungguhnya satu ketetapan yang telah ditetapkan oleh Allah tetapi Allah memberikan kita pilihan untuk memilih jalan-jalan yang kita sukai. Firman Allah: Surah Al-Insaan ayat 2-3 [76:2-3]

Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari setitis mani yang bercampur yang Kami hendak mengujinya kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat. Sesungguhnya Kami telah menunjukkan padanya jalan, sama ada menjadi orang yang bersyukur atau orang yang kafir

Seorang yang melarat hidupnya maka perlulah dia berusaha ke arah kehidupan yang lebih baik akan tetapi jalan usahanya itu mestilah dengan menurut perintah Allah bukan dengan melanggar perintahNya. Jika kita mencuri untuk mengubah hidup dari susah kepada senang maka itu juga adalah takdir Allah tapi kitalah yang memilih jalan tersebut. Sememangnya tanpa ikhtiar itu pun adalah takdir tetapi ia tidak melaksanakan sunnah Rasulullah saw dalam menerima takdir. Maka jika jalan yang ia lalui itu salah, salah jugalah pegangannya. Allah akan memudahkan mengikut takdirNya, jika takdirnya ahli neraka maka dimudahkan jalan-jalan ke arah neraka. Oleh itu berusahalah berikhtiar untuk mencari jalan syurga dan berdoalah agar kita diselamatkan olehNya. Sesungguhnya itu baru taqdir sahaja, yang masih boleh diubah menurut kehendak Allah. Firman Allah: Al-Anfal ayat 53 [8:53]:

Demikian itu sebabnya kerana Allah sekali-kali tidak mengubah nikmat yang dianugerahkanNya kepada suatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar Maha Mengetahui

Tiada manusia di dunia ini yang mengetahui taqdirnya dan kerana itulah manusia diperintahkan untuk berusaha – berusaha mencari redha Allah dan mohonlah padaNya supaya diberikan ketentuan yang baik di dunia dan di akhirat. Tidak perlulah kita mencari-cari rungkaian atau tafsiran di sebalik qadar dengan menggunakan akal fikiran kita, cukuplah kita beriman sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Rasulullah saw. Elakkanlah perdebatan tentang qadar kerana itu adalah larangan Rasulullah saw, apa yang lebih baik adalah kita belajar memahami qadar ini berpandukan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw dan bercakaplah sekadar ilmu pengetahuan yang kita peroleh sahaja manakala yang kita tidak faham, kita berdiam diri. Inilah yang dianjurkan oleh Islam atas bab beriman pada qadar.

Ingatlah! Sesungguhnya kehidupan dunia sememangnya satu ujian, ada yang hidup dalam kemiskinan penuh penderitaan, ada pula yang hidup bermandikan kekayaan kesenangan, ada yang berhempas-pulas siang malam untuk mencari sesuap nasi namun tetap berkesudahan dengan kemiskinan, ada pula yang hanya bersenang-lenang di rumah namun semakin hari semakin bertambah kekayaannya. Firman Allah: Surah Al-Anbiyaa’ ayat 35 [21:35]
Tiap-tiap yang bernyawa pasti merasai mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan/ujian. Dan hanya kepada Kami kamu dikembalikan

Telah bersabda Rasulullah saw.:

Siapa yang Allah berkehendakkan limpahkan kebaikan padanya maka ia akan diberi cubaan
Riwayat Bukhari dan Muslim


Read more...

cheer up

Sunday, May 3, 2009




…… either way, u win

Sabda Rasulullah saw.:

Sungguh ajaib perihal seorang Mukmin itu! Bagaimana juga keadaannya semuanya baik - dan ini tidak didapati kecuali pada orang Mukmin. Jika ia mendapat kegembiraan, ia bersyukur dan itu merupakan kebaikan baginya, dan jika ia ditimpa kemalangan, ia bersabar dan itu juga merupakan kebaikan baginya.
Riwayat Muslim

Dlm hadis ni, nabi saw cite ttg keistimewaan khusus buat org beriman – klu dia dpt sesuatu yg menyenangkan dia, lalu dia bersyukur maka itu merupakan kebaikan bagi dirinya. Allah akan tambahkan lagi rahmat kepadanya.

Dan jika ia ditimpa suatu musibah lalu ia bersabar maka itu juga merupakan kebaikan bagi dirinya. Allah suka pada org yg sabar. Allah akan berikan rahmatNya pd mereka yg sabar.

Inilah satu didikan yg sepatutnya kita ajar pd diri kita sendiri.
Kesenangan, keselesaan, kebahagiaan yg kita kecapi, semua ini adalah pemberian Allah dan Allah berkuasa menariknya kembali dari kita. Tiada jaminan kesenangan yg kita kecap skrg akan berkekalan hingga akhir hayat kita. Kesenangan dan kebahagiaan ini juga adalah satu ujian….apakah kita akan terus bersyukur dan mentaati Allah atau kita mula lupa tanggungjawab pada Pencipta.

Demikian juga bila ditimpa musibah, kesakitan, kesempitan hidup, kesedihan…ini semua adalah ujian Allah untuk menilai keimanan dan kesabaran seseorang hamba.

Firman Allah dalam Surah Al-Ankabut ayat 2-3 [29:2-3]
Adakah manusia menyangka bahwa mereka akan dibiarkan saja berkata: Kami telah beriman tanpa mereka mendapat cubaan. Sesungguhnya telah Kami uji orang-orang sebelum mereka, supaya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan mengetahui orang-orang yang dusta (dengan terang dan nyata)

Ujian Allah bkn utk menganiaya/menzalimi manusia tp untuk menguji keimanan kita padaNya. Pedih…mmg pedih. Perit….mmg perit. Sukar….mmg sukar. Tp inilah namanya ujian. Klu mudah untuk dihadapi maka ianya tidak dinamakan ujian. Tp walau seberat mana suatu ujian itu bagi kita, namun sebenarnya ia sesuai dengan taraf kita. Allah xmenguji seseorang itu melainkan sekadar kemampuannya. Bagi seorang rasul maka ujiannya sesuai dengan taraf seorang rasul. Bagi seorang pendakwah, ujiannya sesuai dengan tarafnya. Demikian juga bagi masyarakat awam. Ujian yg diberikan itu sesuai dgn taraf dan kedudukannya. Hebat darjatnya di sisi Allah maka hebat lagilah ujian yang diterimanya.

Biarlah apa jua ujian Allah pada kita bersabarlah kerana bukan Allah ingin menzalimi kita tapi itulah ujiannya dan apabila kita menerima dengan sabar dan redha, kita berikhtiar dengan usaha-usaha yang tidak menyalahi syara' maka kita akan peroleh ganjaran atas kesabaran kita. Jangan disebabkan kesengsaraan dunia yang sementara kita sanggup korbankan kebahagiaan akhirat yang berkekalan. Ingatlah! Apabila kita diuji, itu bermakna Allah ingin limpahkan kebaikan pada kita. Telah bersabda Rasulullah saw.:

“Siapa yang Allah berkehendakkan limpahkan kebaikan padanya maka ia akan diberi cubaan”
Riwayat Bukhari dan Muslim

Telah bersabda Rasulullah saw:

Sesungguhnya besarnya pahala adalah beserta besarnya bala (ujian) dan sesungguhnya Allah apabila mencintai suatu kaum maka Dia memberi cubaan kepada mereka, barangsiapa yang redha (terhadap ujian) maka Dia (Allah) pun redha (padanya) dan barangsiapa yang marah (tidak redha atas ujian) maka Dia (Allah) pun murka
Riwayat At-Tirmidzi dengan darjat hasan

Sabda Rasulullah saw.:
“Tidak satu musibah pun yang menimpa diri seorang Muslim baik yang berupa kesusahan dan penderitaan, kesedihan dan kedukaan, mahupun penyakit, bahkan kerana sepotong duri yang mencucuk anggotanya, kecuali dihapuskan Allah dengan itu sebahagian dari kesalahan kesalahannya.”
Riwayat Bukhari dan Muslim.

Ummul A’la’ meriwayatkan sebuah hadits sebagaimana berikut:
Di saat aku sedang sakit Rasul Allah saw memanggilku kemudian beliau berkata: ‘Bergembiralah engkau, di saat seorang muslim menderita sakit Allah akan menghilangkan dosa kesalahannya, seperti api menghilangkan karat besi dan perak.’
Riwayat Abu Dawud

Jangan kita merungut dan mengeluh apabila diuji Allah. Peliharalah perlakuan agar tetap sabar menetapi perintah dan laranganNya dan janganlah sekali-kali kita menggunakan jalan yang dilarangNya. Peliharalah hati agar tetap teguh bergantung dan berharap padanya tanpa kita berputus asa dari rahmatNya. Ingatlah! Walau seluruh umat manusia berusaha untuk memberikan sesuatu yang bermanfaat untuk kita namun yang demikian itu tidak diizinkan Allah maka ianya tidak akan bermanfaat pada kita. Bergantung dan berharaplah pada Allah sedang usaha sesama manusia itu sekadar satu usaha/ikhtiar yang tidak memberi bekas/kesan. Kita berusaha dgn jln2 yg dibenarkan syara’ lalu kita gantungkan sepenuh pengharapan kepada Allah, pohon limpah rahmat dan pertolonganNya.

Daripada Ibnu Abbas ia berkata: Aku berada di belakang Nabi saw pada suatu hari lalu beliau saw bersabda: Hai anak muda, sungguh aku mengajarkan engkau beberapa kalimat: Jagalah Allah (pelihara batas-batas Allah) nescaya Dia menjagamu/memeliharamu, jagalah (hak/batas-batas) Allah nescaya kamu mendapatkan Dia di hadapanmu. Apabila kamu meminta maka mintalah kepada Allah dan apabila kamu memohon pertolongan maka pohonlah pertolongan Allah dan ketahuilah bahawa seandainya satu umat bersatu untuk memberi manfaat kepadamu dengan sesuatu, maka mereka tidak mampu memberi manfaat kepada engkau kecuali dengan sesuatu yang telah ditetapkan Allah bagimu dan jika mereka bersatu untuk memudharatkanmu dengan sesuatu maka mereka tidak akan dapat memudharatkanmu kecuali dengan sesuatu yang telah ditetapkan Allah atasmu, pena telah diangkat dan kertas telah kering
Riwayat At-Tirmidzi dengan darjat hasan shahih

Read more...

tetamu

About This Blog

Lorem Ipsum

aku suka ikan2 nih..bg mkn sat, klik ja dlm akuarium tu

monyet aku

dolphin aku

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP