Followers

Licik xlicik setan nih.....

Wednesday, February 17, 2010

Al-Hijr ayat 39 [15:39]

Berkata (iblis): Ya Tuhan! Oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, maka sesungguhnya akan aku hiasi (dengan kejahatan) di dunia dan akan aku sesatkan mereka semuanya.



Setan dah sumpah pada Allah, dia pasti dan sesungguhnya akan berusaha sesatkan para manusia. Setan akan jadikan manusia ni ingkar pada Allah, namun manusia itu tetap dengan keingkarannya.Tipu daya setan ni byk dan licik, tanpa ilmu agama yang benar, pasti seseorang itu akan terjatuh dlm noda hasutan setan



Contoh kelicikan setan



1. Setan akan berusaha tuk menjauhkan manusia dari ilmu agama. Dibisikkan dlm hati supaya merasa malas tuk belajar ilmu agama, rasa boring, rasa berat kaki nk melangkah ke kelas2 agama, mcm kita tau dah pelajaran agama tu, agama ni senang ja, buat apa nk blaja2 lg.....pelajaran agama bkn leh jamin kesenangan dunia.


Ulasan: Mmg byk org yg ngaku Islam msuk perangkap pertama nih. Awal2 da kantoi



2. Klu sesorang tu berjaya lepasi halangan pertama ni, iaitu dia tetap melangkah ke kelas agama, tetap menghadiri melazimi kelas agama, xpernah miss....setan akan guna teknik kedua. Iaitu setan akan kaco konsentrasi tumpuan si pelajar - rasa gatal tgn nk kaco org, tak pon org len yg gatal tgn kaco kita, rasa gatal mulut nk sembang tnya yg tu tanya yg ni, rasa berat mata ngantuk - waktu blaja ilmu agama ni la rasa nk buat yg tu nk buat yg ni, waktu lain xsibuk2 pon....ni la antara tipu daya setan tuk alihkan perhatian kita dr blaja ilmu agama. Walaupon sememangnya kita dh berada dlm majlis ilmu, tp dia akan kaco supaya fokus kita terganggu dan kita xakan dpt manfaat dr majlis ilmu tsb.


Ulasan: Perati2 la diri senirik, ade ke xde gangguan ni



3. Klu sensorang tu dpt teguhkan fokus dia pd pelajaran agama, dia xhirau pd gangguan2 setan, dia tumpu untuk cuba memahami dan amik istifadah (amik manfaat) pd ilmu yg dia dgr, tetap setan akan teruskan usaha tuk sesatkan manusia. Setelah seseorang tu tau kbnrn agama, apa yg diperintah apa yg dilarang, setan akan ganggu dia dr segi pengamalan. Betapa byk di kalangan cerdik pandai agama yg menyalahi perintah agama setelah dia mengetahui kbnrn tsb. Kita dh tau tp kita xbuat sebagaimana yg kita tau. Ini tipudaya setan yg ketiga. Apabila halangan pertama dan kedua berjaya kita lepasi, inilah halangan ketiga. Mampukah kita berpegang dan beramal dgn kbnrn agama atau kita hanyut dlm arus dunia - tuk jaga periuk nasi, jaga adat masyarakat setempat walau ianya menyalahi syariat dsb.


Ulasan: Jgn ingt ust2 ulama agamawan betoi sume, byk gak yg bawak penyelewengan dlm urusan agama. Dan bkn ulama je yg terkena tipudaya nih, org awam pon byk yg msuk dlm perangkap nih



4. Jika halangan ketiga berjaya kita lepasi, kita tetap teguh dan beramal dgn kbnrn walau ianya menyalahi kehendak dan pengamalan org kebanyakan - setan akan datangkan gangguan yg ke 4 iaitu ditimbulkan rasa riya' dlm diri, rasa diri bagus, alim, warak, merasakan diri mulia dr org kebanyakan - setan akan hasut supaya amalan kebaikan yg kita lakukan dicampuri dgn riya' di mana akhirnya akan sia2 amal soleh yg kita kerjakan. Jika kita tepis noda riya' (beramal bkn krn Allah, dicampurkan ikhlas pd Allah dgn kehendak supaya dipuji, tuk jaga reputasi, jaga standard, takut org kata, takut nmpk lekeh) maka mudah2an ianya satu amal yg diterima Allah. Tp klu kita biarkan rasa riya' itu berkembang mekar tanpa kita balikkan segala puji bg Allah, bimbang hancus amalan kita.


Ulasan: Yg ni diri seniri kna amik perhatian. Org len xtau kita ikhlas ke tak...tnya hati senirik



Sia2 amalan walau stlh kita berkorban segalanya tuk beramal dgn kbnrn agama. Rugi la klu dah berpenat lelah mengharung badai tetap bertahan dgn jln Allah, tiba2 kita seniri yg rosakkan amal kita dgn riya' - sekutukan Allah dlm beribadah

0 comments:

tetamu

About This Blog

Lorem Ipsum

aku suka ikan2 nih..bg mkn sat, klik ja dlm akuarium tu

monyet aku

dolphin aku

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP