Followers

Showing posts with label panduan. Show all posts
Showing posts with label panduan. Show all posts

Sambungan; Membenteng dr gangguan syaitan

Thursday, May 7, 2009




Jgn berasa lekeh dengan doa krn ia senjata ampuh org beriman

Dlm suasana diganggu syaitan, ada kwn yg kna rasukan atau kita sendiri berasa sesuatu gangguan aneh, di ketika panik atau kelam kabut, di waktu kita hendak membacakan jampi2 dr Al-Quran atau sunnah Rasul saw, kadang2 timbul di benak fikiran ‘jadi ka tak jadi ni’, ‘boleh ke ni?’…….dibisikkan dlm hati sedikit keraguan apakah akan berjaya/berhasil atau tidak? Lari ka tak lari syaitan ni?

Inilah bisikkan keraguan yg ditimbulkan syaitan. Berdoa dgn kalimat2 Allah drpd Al-Quran atau hadis Rasul saw sememangnya adalah satu senjata paling ampuh namun persoalannya…..apakah kita yakin dgn senjata yg kita ada?

Dua pihak yg bertempur, satu mempunyai segala kelengkapan dan senjata yg canggih, satu pihak yg lain sekadar senjata biasa namun pihak kedua ini menggunakan kaedah psikologi, goyahkan keyakinan pihak pertama, timbulkan ketakutan dan keraguan pd pihak yg pertama….maka secanggih manapun senjata ianya xbermanfaat bilamana keyakinan dalaman mula goyah.

Pencuri yg bersenjatakan keberanian dan bengis mukanya dpt mengalahkan tuan rumah yg bersenjatakan pisau tetapi hatinya takut untuk berlawan, hatinya diselubungi ketakutan pd pencuri.

Mcm tu la yg aku nk gambarkan…kita baca jampi2 dr Al-Quran/Sunnah tp dlm hati wujud ketakutan pd syaitan, wujud keraguan pd senjata yg kita gunakan iaitu permohonan pd Allah, kita berdoa dlm keadaan ragu2 maka syaitan akan mengalahkan kita. Cuba kita baca ayat Al-Quran di bawah: Surah Al-Hasyr ayat 21
Kalau sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan ketakutannya kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir.

Gunung yang besar dan keras sifatnya akan hancur jika ia memahami maksud kandungan isi Al-Quran, kerana ia menyedari keagungan dan kekuasaan Allah. Demikian juga Iblis dan anak cucu keturunannya (syaitan), mereka menyedari keagungan Allah namun tetap mereka ingkar. Tetap mereka meneruskan sumpah mereka untuk menyesatkan anak Adam.

Ketika perang Badar, Iblis merupa dlm bentuk manusia dan memberi semangat kpd tentera kafir Quraisy namun bilamana waktu pertempuran, ia melarikan diri sebaik melihat tentera dr kalangan malaikat menolong Rasulullah dan orang yang beriman. Surah Al-Anfaal ayat 48
Dan ketika syaitan menjadikan mereka memandang baik pekerjaan mereka dan mengatakan: "Tidak ada seorang manusiapun yang dapat menang terhadapmu pada hari ini, dan sesungguhnya saya ini adalah pelindungmu." Maka tatkala kedua pasukan itu telah dapat saling lihat melihat (berhadapan), syaitan itu balik ke belakang seraya berkata: "Sesungguhnya saya berlepas diri daripada kamu, sesungguhnya saya dapat melihat apa yang kamu sekalian tidak dapat melihat; sesungguhnya saya takut kepada Allah." Dan Allah sangat keras siksa-Nya.

Iblis dan syaitan menyedari tempat mereka adalah neraka, mereka menyedari mengakui keagungan Allah. Firman Allah: Ibrahim ayat 22

Dan berkata syaitan tatkala perkara (yakni hisab) telah diselesaikan: Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kepadamu janji yang benar dan aku pun telah menjanjikan kepadamu tetapi aku menyalahinya. Sekali-kali tidak ada kekuasaan bagiku terhadapmu melainkan sekadar aku menyeru kamu lalu kamu mematuhi seruanku, oleh sebab itu janganlah kamu mencerca aku akan tetapi cercalah dirimu sendiri. Aku sekali-kali tidak dapat menolongmu dan kamu pun sekali-kali tidak dapat menolongku. Sesungguhnya aku tidak membenarkan perbuatanmu mempersekutukan aku (dengan Allah) sejak dahulu. Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu mendapat siksaan yang pedih

Malangnya manusia yg diberikan akal fikiran, diturunkan kitab petunjuk, diutuskan Rasul kepada mereka, kebanyakannya tidak dapat menyedari hakikat keagungan kekuasaan Allah.

Sedarlah! Walau kita membaca Bismillah, A’udzu billah, ini sudah cukup untuk membenteng dari syaitan. Bersabda Rasulullah saw:
Apabila seseorang kamu masuk ke rumahnya lalu ia menyebut (nama) Allah di ketika masuk dan di ketika makan….maka berkata syaitan: Tiada tempat bermalam dan tiada makan malam untuk kamu. Dan jika seseorang itu masuk ke rumahnya tetapi ia tidak menyebut (nama) Allah di ketika masuk….berkata syaitan: Kamu ada tempat bermalam. Dan apabila seseorang itu tidak menyebut (nama) Allah ketika makan….syaitan berkata: Kamu dapat bermalam dan makan malam.
Shahih Muslim

Ucapan Bismillah…ungkapan yang mudah namun agung fadhilatnya.
Mengucapkan Bismillah bermakna dengan nama Allah aku lakukan sekian sekian, dengan memohon pertolongan dan rahmat Allah aku melakukan sekian sekian….maka syaitan tak akan dapat berkongsi dengan kita.

Masuk rumah keluar rumah, masuk toilet, waktu nak makan, waktu nak bersama dgn isteri, dengan berdasarkan hadis2 yg khusus dan umum dlm bab menyebut nama Allah, ulama memandang dianjurkan memulakan sesuatu pekerjaan dgn nama Allah. Biasakanlah diri dgn pengucapan Bismillah.

Jgn berasa lekeh dgn kalimat Bismillah atau A’udzu billah, kalimat yg mudah namun dgn sbb kalimat tsb Allah menurunkan rahmat/pertolonganNya/perlindunganNya kpd hambaNya. Hal yg sama kita aplikasikan pd bacaan ruqyah yg lain drpd Al-Quran dan hadits Rasul saw.

Ayat Al-Quran adalah petunjuk, penawar, rahmat bg mereka yg percaya akan keagungan Allah. Tiada senjata yg lebih ampuh selain dr Al-Quran dan bacaan yg shahih drpd Rasulullah saw. Surah Al-Fatihah itu syifa’, penawar bg penyakit2 namun ia memerlukan keyakinan dan kesungguhan pembacanya. Dgn sbb bacaan Al-Fatihah, Allah hilangkan kemudharatan yg diuji pd hambaNya. Tiada yg berkuasa memberi mudharat dan manfaat hanyalah Allah.

Bacalah ayat2 ruqyah berulang2 dgn jelas diperdengarkan pd diri kita, baca berulang2 dengan kekuatan jiwa/keberanian/semangat utk menolak gangguan syaitan hingga kita merasa tenang, kuat….hingga kita merasakan hilang gangguan tsb. Minta pd Allah kekuatan diri, minta pd Allah pertolonganNya. Ingatlah…dlm apa jua keadaan, di ketika ramai atau bersendirian, Allah sentiasa mengetahui apa yg berlaku pd kita, Dialah yg mengizinkan semuanya sbg ujian pd kita dan hanya pd Allah kita pohonkan keselamatan.

Surah Al-Anfaal ayat 49
(Allah berfirman): "Barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, maka sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."

Read more...

Bagaimana membenteng diri dari gangguan makhluk halus?

Wednesday, May 6, 2009


Gangguan syaitan itu sememangnya wujud. Namun bagaimanakah untuk kita menghadapinya? Manusia tidak dapat melawan gangguan syaitan dengan kekuatan fizikal tetapi manusia mampu melawannya dengan kekuatan jiwa yang bergantung teguh pada Allah.


Kepada pembaca sekalian khususnya golongan hawa……

Ajar jiwa untuk jadi kuat

Ajar jiwa untuk jadi berani

Dengan binatang syaitan ni aku xleh kalah, sekali-kali aku xleh kalah.

Aku mesti sentiasa menang sbb dia makhluk yg dilaknat, kerja dia nk sesatkan manusia supaya pakat2 masuk neraka dgn dia.


Kekuatan jiwa adalah satu senjata melawan gangguan syaitan namun sekadar kekuatan jiwa belum cukup untuk menangkis serangannya. Mesti disertai doa dan penggantungan kepada Allah kerana tiada pertolongan/kemenangan melainkan hanya di sisi Allah, Pencipta sekalian alam.

Sepotong doa yang diajarkan Rasulullah saw bagi menjaga diri dari segala jenis kejahatan (meliputi yang ghaib dan yang zahir). Bersabda Rasulullah saw:

مَنْ نَزَلَ مَنْزِلاً فَقَالَ اَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ لَمْ يَضُرُّهُ شَيْءٌ حَتَّى يَرْحَلَ مِنْ مَنْزِلِهِ ذَلِكَ



Barangsiapa yang singgah di satu rumah (tempat) maka ia ucapkan (bermaksud) “Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari kejahatan yang Allah ciptakan”, tidak akan memudharatkannya suatu pun sehingga ia meninggalkan tempat itu

Riwayat Muslim


Boleh juga dibacakan surah Al-Falaq, An-Naas (kedua-dua surah ini mengandungi permohonan perlindungan Allah dari kejahatan2) atau dibacakan Ayatul Kursi. Boleh juga dibacakan Istia’dzah


اَعُوْذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ

Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam

Yang penting, apabila kita merasakan seakan ada gangguan atau merasakan suatu perasaan yang aneh dalam badan maka pohonlah perlindungan Allah dengan membaca bacaan2 di atas dengan disertai kekuatan jiwa/keberanian untuk menolak gangguan syaitan. Lawan gangguan tersebut dengan kekuatan jiwa yang disertai mohon perlindungan Allah dari gangguannya. Tiada yang dapat menyelamatkan kita dari gangguannya melainkan Allah.


Bacalah bacaan2 ini berulang2, jgn baca dlm hati tp bacalah dengan jelas dan berusaha menghayati maksud setiap bacaan atau paling kurang hadirkan dalam diri penggantungan pada Allah….means kita bkn baca buta2 ja tp baca dgn penuh penghayatan, untuk diri kita menyedari keagungan Allah dan supaya syaitan yang mengganggu itu sedar kedudukannya sebagai makhluk yang dilaknat.


Sekiranya berlaku otak kita blank, langsung xdpt ingat apa pun bacaan maka berdoalah pada Allah walau dalam bahasa melayu sbg cth Ya Allah, lindungilah aku, ulanglah berkali2 pohon agar Allah selamatkan kita dari gangguan syaitan.


Ingin dijelaskan, zikir2 atau bacaan ayat Al-Quran ini tidak mempunyai apa2 kuasa sakti sebagaimana lazim digambarkan dlm filem2 tetapi ianya adalah permohonan doa kepada Allah, memohon agar Allah memberikan pertolongan dan perlindungan kepada kita. Jgn berasa lekeh dgn doa krn ianya senjata ampuh org beriman.


Ringkasnya, ini adalah battle, pertempuran antara manusia dan syaitan. Pertempuran yang sepatutnya kita melangkah dengan keberanian, jgn biarkan walau sekelumit ketakutan pada hantu/syaitan wujud dalam diri, tepis perasaan tersebut dengan bergantung berserah sepenuhnya pada Allah. Senjata syaitan adalah bisikkannya - bisikkan yang dpt mempengaruhi jiwa yang lemah. Bisikan ini dpt ditepis dgn penggantungan pada Allah.


Syaitan tu skdr nk gempaq ja, nk bagi havov. Dia xleh ganggu kita unless kita buka pintu untuk dia. Anjing yg menyalak xkan menggigit, dia skdr nk gempaq, tp klu kita lari.....abih le kite. Syaitan pun cm2 gak....nk gempaq, nk tunjuk kemas. So jgn biarkan wujud walau sekelumit ketakutan pd dia. Halau dia dgn kehinaan. Apalah sangat kudrat yg ada pd makhluk yg dilaknat sdg kita ini sebaik2 ciptaan Allah, hamba yg berada dlm rahmat Allah?!!


Klu kita berlawan sesame manusia atau mempertahankan diri dari binatang buas, kita berlawan dengan menggunakan fizikal, akal dan semangat/kekuatan hati. Kita panjatkan doa pada Allah. Berlawan dgn makhluk yg kita xnampak maka kita tentangnya dengan kekuatan hati/jiwa dengan penggantungan pada Allah.



Semoga bermanfaat untuk semua.

Read more...

Petua kebahagiaan umah tangga…..Kawen ni sonok…caye la

Friday, May 1, 2009




Setiap org yg bekawen lazimnya dia nk perkahwinan dia tu bahagia, pelik sket r klu ade org yg kawen tp xnk bahagia.


Kawen ni sbnrnye sonok tp ade gak org yg kawen tp xsonok, xdpt rasa kebahagiaan/ketenangan….berceretek/bercambah org yg kawen pas2 cerai. Nih… nk kongsi cmne nk bg sonok….hehe…(aku xde r tere sgt nk bg motivasi ke hape ke tp kowang bce la tgk, mna tau bleh dpt idea sket.


Bla kite kawen means kite dh msuk satu fasa bru dlm idup kite. Dulu sensowang kite bebas buat ape pun, leh kuar mlm2 kul 1-2 pg bru blk. Bla dh kawen pun still leh lg nk kuaq mlm2 tp ada batas la sket…ye la..dh ade tanggungjawab. Baik yg laki atau yg pompuan, bla dh kawen ni, masing2 kna blaja…yg laki blaja jd suami, buat la perangai tu mcm sorang suami. Yg pompuan lak blaja la jd sorang isteri, jlnkan la tanggungjawab sbg isteri.


Awal2 perkahwinan slalu sume ok, sume sonok, tp lps 5-6 bln…kdg2 mula timbul sket2 yg krg sonok. Nih la name dia badai di alam perkahwinan. Ujian…menguji ketelusan cinta, kesabaran, actually it’s a learning process, how these two loving couples handle their marriage life.


But of course la, cube pikir2 tgk, 2 org yg saling berbeza background, mgkn berbeza attitude, mgkn berbeza intelligence start living together, tinggal sebumbung, sebilik, tidur sekatil. Mna de yg perfect kan...

Kt cni la setiap pasangan kna blaja trima baik buruk pasangan masing2, blaja give and take (tolak ansur r), masing2 kna saling memperbaiki kelemahan diri…jgn asik tuding jari kt org lain je. Bg masa, bg peluang kpd pasangan utk perbaiki diri dia. Ade yg amik masa lama utk phm kelemahan diri dan brubah, ada yg cpat nmpk kelemahan diri. Ada yg RAM 2gig, ada yg 256mb je. Kita yg pilih nk kawen ngan si dia so we’ve got to learn, to accept as he/she is, baik dan buruk dia. Masing2 ade la kelebihan kekurangan…manusia bkn mcm computer….installkan je trus leh pkai.


Hah…ni petua pertama klu nk bahagia bla kawen. Aspek plg penting skali; carik la pasangan yg beragama….beragama ni bkn maknanya kna nikah dgn ust2 atau ustazah je…nikah ngan businessman, penternak moden, penoreh getah, pekerja kilang….nikah la ngan sape pun xkira dia kerja apa (janji halal) tp dia tu mesti ikut ajaran agama. Dia blaja ugama, tau tauhid (cmne esakan Allah), solat xtinggal…ini plg penting nih.


Klu kita pilih dia semata2 sbb dia cun, hensem, pergh…ni xjamin lg leh bahagia. Bape byk artis2 yg cun dh cerai, bape byk aweks2 yg cun kt luar tu tp cerai. Setakat rupa cun/hensem xmenjamin kebahagiaan. Awai2 sonok r….pas2 dh jd xsonok.


Jgn silap phm ek…xsalah cri bini yg cun, suami yg ensem tp yg aku nk highlight kt cni, klu skdr awek tu cun, balak tu ensem tp agama xdak/xnk ikut ajaran agama…reject je la. Cun/ensem tu criteria kedua. Priority utama; dia kna ikut ajaran agama. Even klu sensowang tu dh terlanjur skalipun, tp dia kembali ke jln yg bnr, he or she is better than org yg xterlanjur tp xikut ajaran agama.


Cm2 gak klu kita pilih sbb si dia tu anak lord, anak org kaya…ni pun xjamin kebahagiaan. Kita mgkn dpt kesenangan tp hati lom tentu merdeka. Klu kita pilih sbb dia ni dr keturunan yg baik pun…ini pun lom tentu leh bahagia…sbb bape byk anak2 ust skang, yg si bapa ust..si anak kutu rayau, xketahuan hala. Yg baik tu mgkn bapa mak dia, si anak lom tentu lg.


Ape2 pun, priority utama dia, kna ikut ckp Allah. Pas2 la kita follow dgn kriteria2 lain yg kita nak. Caye la ckp aku..klu nk pilih pasangan, amik yg ada agama. Nabi suh kita pilih pasangan yg beragama. Ni criteria plg ideal…sbb agama la nnt yg nk jd guidance bla kowang dlm kebuntuan dilanda badai.

2b continued

Feel free 2 comment

Read more...

tetamu

About This Blog

Lorem Ipsum

aku suka ikan2 nih..bg mkn sat, klik ja dlm akuarium tu

monyet aku

dolphin aku

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP