Bab Keimanan - Part 2
Monday, June 1, 2009
Ujian keimanan
Korang kna bce dulu bab keimanan, bru leh bce bab ujian keimanan sbb ni kesinambungan dia….slamat membce.
Org yg beriman itu adalah mereka yg percaya sepenuhnya tanpa ada keraguan atau kesangsian pd setiap yg dinyatakan dan diperintahkan Allah dan RasulNya. Dlm surah Al-Hujuraat ayat 15:
Hanyalah orang-orang yang beriman itu mereka yang beriman pada Allah dan RasulNya kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjuang di jalan Allah dengan harta dan diri mereka, mereka itulah orang-orang yang benar.
Blum dinamakan beriman klu masih ade walau sekelumit kesangsian atau keraguan pd apa yg didatangkan Allah dan RasulNya. Keimanan itu adalah keyakinan kepercayaan yg teguh (bulat, tekad, sepenuhnya) dgn diperlihatkan keimanan tersebut walau ianya bertentangan dgn fahaman atau pengamalan orang lainnya.
Iman itu bkn sesuatu yg dpt dirungkai melalui logik akal atau pendapat malah jika direnungkan, ianya adalah suatu yg bertentangan dgn logika fikiran manusia (akan dihuraikan pada bab selanjutnya). Iman itu xdpt diterima oleh logik akal fikiran tetapi ianya adalah sesuatu yg dinilai kebenarannya oleh hati. Cth;
Di zaman masyarakat arab jahiliyah, sembah patung sembah berhala tu mmg biasa la, satu yg normal d zaman tsb. Patung2 berhala dijadikan sbg Tuhan yg disembah dan dipohon pertolongan padanya. Then Nabi saw diutuskan sbg Rasul Allah, Nabi ajar jgn sembah berhala, sembahlah hanya Allah yg Esa, nnt leh msuk syurga. Klu ingkar, neraka balasannya. Walaupon Nabi saw terkenal di kalangan masyarakat Arab dgn kejujurannya, kebenarannya, amanahnya tp bla Nabi saw smpikan ajaran Islam, byk masyarakat Arab tolak seruan Nabi walau ia seorang yg terpercaya. Hanya segelintir kecil yg menerimanya di mana antara yg menerima seruan Nabi Muhammad adalah sorang hamba iaitu Bilal bin Rabah. Bilal yakin pd apa yg disampaikan oleh Muhammad saw dan dia tetap berpegang dan mempertahankan keyakinannya, walau ia disiksa dan disakiti tetap Bilal tidak akan kembali kpd agama menyembah berhala. Walau apa jua siksaan yg dilakukan terhadapnya, ttp dia mempertahankan tauhidnya dgn mengesakan Allah sebagaimana yg diajarkan Muhammad saw. Apa yg ingin disampaikan di sini bahawa Bilal, dia bkn prnh tgk Allah, dia pon xprnh tgk Jibril, dia xprnh tgk syurga dan neraka tapi dia percaya dan yakin pd apa yg dinyatakan oleh Muhammad saw dan tetap dipertahankan keimanannya sedang kebanyakan masyarakat arab lainnya mencemuh dan memperolokkan Muhammad saw. Demikian untuk kita lebih memahami tentang keimanan.
Kita lihat cth lainnya bagaimanakah yg dikatakan beriman? Dlm surah Al-Isra' ayat 1 Allah menerangkan ttg diperjalankan Muhammad saw dari Masjidil Haram (Mekah) ke Masjidil Aqsha (Palestin) dgn hanya satu malam. Ayat yg bermaksud:
Maha Suci (Allah) yang memperjalanlan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsha yang telah Kami berkati sekelilingnya supaya Kami perlihatkan kepadanya sebahagian ayat-ayat (tanda-tanda kekuasaan) Kami. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.
Ketika Rasulullah saw diperjalankan dr Masjidil Haram (Mekah) ke Masjidil Aqsa (Palestin) hanyalah dlm satu satu mlm…… satu mlm je beliau pergi dan pulang semula ke Mekah sedang perjalanan dari Mekah ke Palestin (pd mase tu la) sekurang-kurangnya amik masa 40 hari dgn naik kuda atau berjalan kaki. Peristiwa ni Nabi saw citekan kat masyarakat arab quraisy, maka berkumpullah mereka tuk perolok-olokkan kisah yg diceritakan oleh Nabi saw. Nabi bkn xtau yg org kafir kemungkinan besarnya akan perolokkan perbodohkan kisah isra’ ini tp sbb ianya adalah satu kbnrn, satu tanda keagungan Allah, satu wahyu drpd Tuhan yg ciptakan manusia dan alam ini, maka Nabi saw smpikan kpd umat manusia. Berita ini kemudiannya disampaikan kpd Abu Bakar utk dilihat pandangannya dr hal yg demikian, Abu Bakar nk sokong Nabi ke tak. Maka berkata Abu Bakar: Jika itulah yg dikatakan oleh Muhammad maka itulah kebenaran. Satu jwpn yg tegas dan yakin tanpa wujudnya keraguan atau kesangsian pd apa yg dibawakan oleh Muhammad saw. Ini dijelaskan dalam beberapa riwayat, antaranya riwayat Jabir bin Abdullah: Telah berkata Abu Salamah bin Abdur Rahman bahawa orang-orang Arab Quraisy datang menemui Abu Bakar lalu mereka berkata:
……….. Bagaimanakah pendapat engkau tentang sahabatmu (Muhammad) bahawa dia mendakwa dia telah pergi ke Baitul-Maqdis kemudiannya pulang ke Mekah dalam satu malam sahaja? Berkata Abu Bakar: Apakah dia mengatakan demikian? Mereka (Arab Quraisy) menjawab: Ya. Berkata Abu Bakar: Maka aku mengaku/bersaksi jika benar dia mengatakan demikian maka sesungguhnya dia berkata benar. Mereka (Arab Quraisy) berkata: Maka engkau mengatakan benar (sungguh) bahawa dia pergi ke Syam dalam satu malam kemudian pulang semula ke Mekah sebelum Subuh? Berkata Abu Bakar: Ya. Aku membenarkan malah yang lebih jauh dari itu, aku membenarkan perkhabaran langit. Berkata Abu Salamah: Maka dengan itulah dinamakan Abu Bakar dengan Ash-Shiddiq.
Rujuk Tafsir Al-Quranul Adzim karangan Ibnu Katsier pada tafsiran surah Al-Isra' ayat 1 disebut juga kisah yang hampir semakna dengannya daripada riwayat Aisyah dan Ummu Hani' binti Abi Thalib.
Abu Bakar memberi jwpn yg yakin dan tegas, tiada walau 1% keraguan pd jwpnnya. Tidak dia mengatakan mungkin betul/boleh jadi betul tapi ia memberikan jwpn yg meyakinkan. Abu Bakar nih bkn calang2 org di kalangan masyarakat arab, dia org yg kaya, berpengaruh tp dia xtakut klu org Arab kata dia bodoh atau gila krn membenarkan perkhabaran yg xmsuk di akal. dgn tegas ia menjawab ‘Aku membenarkan perkhabaran langit”. Perlu kita jelas bahawa di zaman Rasulullah saw dulu mana da kpl trbg, helicopter. Mana da bas ekspres, komuter, kereta atau motor. Klu yg kaya leh nek kuda atau unta, yg xmampu jln kaki je la. Mmg xmsuk akal pon klu jika di zaman Rasulullah saw itu hanya satu malam pergi dan balik dari Mekah ke Palestin namun ianya diyakini oleh Abu Bakar.
Inilah keimanan yg perlu ada pd setiap manusia yg inginkan keredhaan Allah iaitu dia mempercayai sepenuhnya pd apa yang dibawakan oleh Muhammad saw walau ianya bertentangan dengan logika akal fikiran atau fahaman manusia kebanyakan. Demikian yang dinamakan beriman.
3 comments:
salam..cara nta menyampaikn risalah kurang klembutnnya..sedangkn dlm bab2 penting spt ni, prlu dgn hikmah dan lembut krn spatutnya ssrn bkn kpd mrka2 yg dh fhm agma..sbliknya u smua..trutama yg msh lalai dgn fatamrgna dunia..skdr tgurn dn nshh...jg u dri ana sndri...salam
thx anonymous...appreciate that. bdk bru blaja..hehe
kena lembut lg eh...?
mmg ponnnn.... hey awk. guna bahse mendayu-dayu sikit..
Post a Comment