Followers

Pilihan anda….

Wednesday, May 13, 2009




Bersabda Rasulullah saw: Riwayat Bukhari, Muslim dan lain-lainnya.
Seorang manusia apabila diletakkan dia di kuburnya dan sahabatnya berpaling pulang – sedang dia dengar bunyi kasut mereka – akan datang kepadanya dua malaikat lalu keduanya mendudukkan dia dan keduanya berkata: Apa yang dahulunya kamu katakan tentang lelaki itu yang dipanggil Muhammad padanya? Adapun orang mukmin ia akan berkata: Aku mengaku bahawa dia ialah hamba Allah dan RasulNya. Maka dikatakan kepadanya: Lihatlah tempat dudukmu di neraka telah ditukarkan Allah dengan tempat kedudukan di syurga. Maka ia dapat melihat kedua-dua tempat tersebut. Adapun bagi orang munafiq dan orang kafir, ditanya padanya: Apa yang dulunya kamu katakan tentang lelaki ini? Maka ia menjawab: Aku tidak tahu. Dulunya aku berkata apa yang dikatakan manusia lainnya. Dikatakan padanya: Engkau tidak tahu dan engkau tidak membaca. Lalu dipukul ia dengan pemukul dari besi satu pukulan hingga dia berteriak satu teriakan yang didengar oleh semua yang berada di sekelilingnya kecuali manusia dan jin.


Kna pukul dgn pemukul dr besi, sume yg ade di sekeliling dpt dgr teriakannya kecuali manusia dan jin….terketuk ibu jari dgn hammer pun xdpt nk bayang sakitnye, apatah lg yg mcm Nabi cite. Sadis…azab Allah amat pedih. Percaye la.


Aku blom mati, aku blom rasa suasana yg Nabi cite nih. Kowang yg bce blog aku pun of course la blom mati. Kita same2 blom hadap suasana yg dicitekan Nabi saw. Tp percayalah…saat itu akan tiba. Once ruh dh kuar dr badan, bila jasad dh disimpan dlm tanah, pasti kita akan merasakan detik peristiwa sebegini.


Ada 2 je possibility; selamat atau hancus….dengan kata lain; dpt nikmat atau dpt azab. Yg beriman – slamat. Yg xberiman, phm2 je la. Mane yg kita pilih? Klu tnya mana yg kita nk pilih, sume nk yg selamat. Mana da yg sanggup kna punish.


Tp tu r…Skali lg masalah plg kronik anak Adam….ade mata, telinga, ada akal tp cam xde manfaat…..kbnrn petunjuk xdapat nk terjah masuk. Ayat2 quran, hadis2 nabi, dgr mcm xdgr je, endah xendah. Diberi khabar gembira….mcm biasa je. Diberi ancaman dan pedihnya azab….xnmpk tanda takut pun, biase je, xde apa perubahan. Mcm dh kna seal.


Pikir2 sket….Kita nak msuk syurga tp hari2 kita ikut jln menuju ke neraka, kita abaikan peringatan2 Allah, kita ikut hasutan setan. Mulut ngaku setan tu musuh tp still berdampingan dgn dia, still mkn minum ngan dia, still kita terima nasihat2 dia.
Kita baca quran tp slalu menyalahi ajaran quran. Semata2 atas alasan mencari rezeki, ada yg sampai mengorbankan solat 5 waktu. How come?


Nak jadi org yg beriman, nk dpt syurga, nk dpt kehidupan yg baik yg diberkati di dunia dan di akhirat, tak cukup sekadar angan-angan atau impian. tak cukup sekadar berharap nk mati dlm iman lalu akan beroleh bahagia di akhirat tanpa kita iringkan usaha untuk meningkatkan amalan kita baik yg fardhu atau sunat yg berupa solat, puasa atau pun sedekah jariah.


Ilmu agama kna blaja btul2, detail dgn dalil dan hujahnya supaya kita jelas kedudukan sesuatu perkara. Supaya dpt dipastikan kita berada di atas jalan yg dibawa Rasul saw. Klu kita ikut ajaran Nabi dgn berdasarkan dalil2 yg shahih, gerenti kita selamat. Inilah satu2nye jln supaya kita xtertipu dgn kepalsuan kebatilan yg dihiaskan syaitan. Ingt ek….btul pedoman ilmu agama yg kite blaja, insyaallah bawa kpd kbnrn. Salah pedoman ilmu agama yg kita blaja, bawa kpd kesesatan.


Simple punya contoh nk bg: Org yg silap acuan dlm masak, lazimnya xmenjadi masakan tu spt yg diharapkan. Ko ngaji pomen laptop tp tersilap phm dia punya setting sume, mau ke idup laptop tu. Ilmu dunia pun klu salah panduan…. lazimnya xberhasil. Ni apatah lg urusan agama, yg berkaitan bahagia atau sengsara kita di kehidupan yg abadi, selama2nya, xde mati2 dah. Jgn amik mudah.


Bab soalan kubur ni, xde org yg boleh ngelat tuk jwb soalan kubur. Jika seseorang itu bkn dr golongan yg beriman di ketika hidupnya maka ia xkan dpt menjawab soalan tsb. Surah Ibrahim ayat 27

Allah meneguhkan (iman) orang-orang yang beriman dengan ucapan yang teguh itu dalam kehidupan di dunia dan di akhirat


Diriwayatkan oleh Al-Bukhari Rasulullah saw bersabda:
Orang muslim bila ditanya di kubur, ia mengakui bahawa tiada Tuhan yang disembah selain Allah dan bahawa Muhammad adalah Rasul Allah, itulah firman Allah; Allah meneguhkan (iman) orang-orang yang beriman dengan ucapan yang teguh di kehidupan dunianya dan akhiratnya


Jgn kita termasuk dlm golongan org2 yg lalai/ingkar di dunia ini, janji Allah itu benar. Kita percaya kehidupan akhirat tapi kita masih lalai akannya. Di dunia ni kita abaikan perintah dan larangan Allah maka nnt kita yg akan menanggung akibatnya. Jangan nnt kita menyesal yg tidak sudah di akhirat akibat apa yg telah kita lakukan. Surah Al-Fajr ayat 23-26
Pada hari itu diperlihatkan neraka; pada hari itulah manusia ingat (akan perkataan Rasul di waktu hidup di dunia), tetapi apakah gunanya peringatan itu baginya * Ia berkata: Aduhai sekiranya, aku beramal untuk hidupku yang sekarang (akhirat) * Maka pada hari itu tidak ada seorang juga yang menyiksa seperti siksaan Allah * Dan tidak ada seorang juga yang mengikat dengan rantai seperti ikatan Allah


Jgn terpedaya dgn bisikan setan….rasa aku bleh lepas ni, aku leh msuk syurga, klu aku msuk neraka pun, nnt2 lps abih dosa, leh msuk syurga….inilah bisikan2 setan nk bg sedap ati, nk bg lalai, nk bg xde rasa bimbang akan kehidupan akhirat. Betul ke mcm yg kita sangka? Bace tengok hadis di bawah, hadits riwayat Tirmizi
Daripada Abdullah bin Mas’ud katanya: Kami bersama-sama Nabi saw dalam satu khemah, kami berada seramai lebih kurang 40 orang. Maka Rasulullah bersabda kepada kami: Adakah kamu redha bahawasanya satu perempat daripada kamu ahli syurga? Mereka menjawab: Ya. Sabdanya lagi: Adakah kamu redha sekiranya satu pertiga daripada kamu ahli syurga? Mereka menjawab: Ya. Sabdanya lagi: Adakah kamu redha jika sekiranya setengah daripada kamu ahli syurga? Sesungguhnya syurga itu tidak boleh dimasuki ke dalamnya melainkan orang yang Islam (orang yang menyerah dirinya pada Allah, tunduk dan patuh padaNya), adalah nisbah kamu dalam orang yang berlaku syirik seperti sehelai bulu putih di atas kulit lembu hitam atau seperti sehelai bulu hitam di atas kulit lembu merah.


Sket sgt nisbah orang yg dpt msuk syurga dan nilai yg amat sedikit ni umpama bulu putih pada sapi hitam, hanyalah segelintir sebilangan yg amat kecil. Kite bce lg hadits Nabi: Hadits riwayat Bukhari
Bersabda Rasulullah saw: Sesungguhnya umatku akan masuk syurga kecuali orang yang enggan. Para sahabat bertanya: Ya Rasulullah, siapa yang enggan? Beliau bersabda: Barangsiapa yang mentaatiku ia pasti masuk syurga dan barangsiapa menderhakaiku maka sungguh ia telah enggan


Bukan sume yg ngaku islam leh msuk syurga. Hanyalah mereka yg patuh perintah Allah, tunduk pd perintahNya dan perintah RasulNya yg akan dpt masuk syurga. Kerana itu, berusahalah tuk jadi seorang muslim yg benar, bukan seorang yg sekadar ngaku Islam tp jahil tentang Islam, atau mengabaikan atau meninggalkan syariat Islam itu sendiri. Setakat pandai dlm ilmu dunia tp jahil dlm ilmu agama. Surah Ar-Ruum ayat 6-7

Tetapi kebanyakan menusia tidak mengetahui. Mereka hanya mengetahui yang lahir (saja) dari kehidupan dunia, sedang mereka tentang (kehidupan) akhirat adalah lalai.


Kite boleh mengaburi pandangan manusia lainnya tp kite xkan dpt mengaburi Allah. Manusia leh mengaku sebagai seorang Islam dan ia memperlihatkan amalan-amalan yg diperintahkan Islam namun hakikatnya Allah yg Maha Mengetahui apakah keislamannya keislaman yang sebenar atau sekadar lakonan atau umpama tin kosong. Betapa banyak di kalangan umat Islam, yang membaca Al-Quran, bersolat, berpuasa tetapi melakukan perbuatan-perbuatan syirik dan betapa banyak pula di kalangan umat islam yang mengaku Islam akan tetapi menentang syariat Islam itu sendiri?!! Jgn tipu diri sendiri kerana akhirnya kitalah yang akan rugi. Suke xsuke, kita ttp hamba Allah yg hidup, bernafas, leh mkn minum dgn nikmat yg Allah bg. Blaja la tundukkan jiwa pd Pencipta.


Ringkasnye.....
Blaja la ttg Islam, berusaha tuk jadi seorang Islam yg sebenar sebagaimana dikehendaki syara' serta ikhlaskan amalan semata-mata kerana Allah. Inilah satu2nye jln tuk slamat bila mati nnt. Firman Allah dalam surah Yunus ayat 7-8
Sesungguhnya orang-orang yang tidak mengharapkan pertemuan dengan Kami dan merasa puas dengan kehidupan dunia serta tenteram dengan kehidupan itu dan orang-orang yang melalaikan ayat-ayat Kami * mereka itu tempatnya ialah neraka disebabkan apa yang telah mereka kerjakan

Jangan silap pilih.

2 comments:

amu mejie May 14, 2009 at 8:09 PM  

innaddeena 'indaAllahilislam.. teruskan berkarya bro.. xskema xper..jnji isi ada..teruskan berkarya..mantop..he~

nz May 15, 2009 at 12:49 AM  

sakit jantung ah sy baca post nih. wahhh sikit nye nisbah masuk syurgaaa...

"Allah SWT memberikan kita dua telinga, dua mata, satu mulut dan otak di tengah antaranya, mesti bersebab. Dengar dan lihat lah kanan kiri, dan timbang lah dengan otak.."

tetamu

About This Blog

Lorem Ipsum

aku suka ikan2 nih..bg mkn sat, klik ja dlm akuarium tu

monyet aku

dolphin aku

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP