Followers

The Unseen Enemy

Tuesday, May 12, 2009



Dia sentiasa bersama2 kita, dia berada di sekeliling kita, mkn dan minum dgn kita (bila kita xbace Bismillah), bermalam di umah kita (bla kita msuk umah xbace Bismillah) menyimpan dendam yg xpernah padam tidak akan terpadam….dendam akibat dilaknat Allah. Bilamana Allah memerintahkan dia sujud pada Adam, dia ingkar dengan alasan dia lebih baik dari Adam lalu Allah laknat dia. Sejak itu, dia bersumpah dia akan mencelakakan Adam dan anak2 Adam, tanpa mengenal putus asa dia berusaha siang malam dengan kroni2nya, anak cucu keturunannya untuk menyesatkan anak Adam supaya mereka juga jauh dari rahmat Allah.



Tp tu r….yg si dia tu dh bersumpah dgn Allah, mati-matian akan menjahanamkan anak Adam, menggelongkan (menyesatkan) anak Adam dr jln kbnrn tp si anak Adam nih…masih lg relek2 tenang2 tak aware ape pun. Ni la masalah plg kronik anak adam..ade mata, telinga, ada akal tp sume ni mcm dh kna block, xdpt menerima cahaya kebenaran. Al-Hijr ayat 39

Berkata (iblis): Ya Tuhan! Oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, maka sesungguhnya akan aku hiasi (dengan kejahatan) di dunia dan akan aku sesatkan mereka semuanya.



Sape die ni?

Dia ialah Iblis, adalah ia dr kalangan jin.

Sifat jin; dijadikan dr api, mereka juga mkn dan minum spt manusia, perlu tpt tinggal, mereka berzuriat, fizikal mereka lbh kuat dr manusia. Iblis ni dipanjangkan usianya hingga hari kiamat.

Al-Kahfi ayat 50

Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam, maka sujudlah mereka kecuali Iblis. Dia adalah dari golongan jin, maka ia mendurhakai perintah Tuhannya. Patutkah kamu mengambil dia dan turanan-turunannya sebagai pemimpin selain daripada-Ku, sedang mereka adalah musuhmu? Amat buruklah iblis itu sebagai pengganti (dari Allah) bagi orang-orang yang zalim.



Matlamat mereka; utk menyesatkan manusia dr jln kbnrn supaya manusia yg asalnya dimuliakan Allah menjadi hina tercela sepertinya. Dialah musuh sbnr anak Adam. Jgn dipandang rendah tipu dayanya…amat licik dan halus strateginya hinggakan org yg cerdik dlm agama pun terpedaya dgn tipudayanya – yg mendustakan dan menyelewengkan ajaran para rasul terdahulu xlain xbukan ahli kitab dr yahudi dan nashara, mereka ni org yg alim dlm urusan agama, mcm syekh2 ust2 la ni. Jadi amik perhatian, alim ulama kita pun xterkecuali, boleh terpedaya dgn helah iblis.



Mengetahui kbnrn satu bab, beramal dgn kbnrn satu bab yg len plak dan bkn sume org mampu bertahan dgn jln kbnrn. Dan org yg dpt bertahan dgn jln kbnrn ni xsemestinya ulama, org kg, penoreh getah, bdk belasan thn, sape2 je boleh asalkan jiwanya berpegang teguh dgn jln Allah tanpa ia berkompromi dgn jln2 kesesatan. Jadi pastikan la btul2 ape yg kita amalkan, apa yg kita yakini bnr2 ada dalil yg sahih drpd Nabi saw. Xleh main trima bulat2 je. Klu kita bkn dr pljr aliran agama sekalipun, kita tnya la pd ust2 mintak penerangan dgn detail, tnya abih2 bg phm btul2.



Setan ni ade byk teknik tuk sesatkan kite dan sume teknik2 die ni yg sbnrnye Allah dh cite dlm quran…tp bape kerat sgt la yg amik pengajaran dr isi kandungan quran tu? dan 2 tell de truth la…sume teknik2 setan ni mmg telah membuahkan hasil yg produktif. Teknik2 setan ni sepatutnye kita amik tahu supaya dpt kite counter attack die blk.



Kerja setan/teknik setan: Ajak mengatakan ttg Allah tanpa ilmu

Al-Baqarah 169

Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui.



Rata2 umat Islam kini mengambil Islam berdasarkan acuan masing2, apa yg difikirkan sesuai dengan akalnya, apa yg dirasakan bertepatan dengan nalurinya maka itulah Islam baginya. Apa yg dirasakan kurang bertepatan dengan nalurinya/perasaannya…..buat endah xendah je walaupun telah terang ianya satu ketetapan syara’. Malah ada yang mempertahankan bermatian-matian pandangannya walau jelas ia menyalahi syara’. Inilah sikap manusia yg dh kna racun setan…die plak yg lebih tahu drpd Allah. Allah ckp xleh die plak kata boleh.



Inilah satu tipudaya syaitan, menghiasi kejahatan itu supaya manusia memandangnya satu kebaikan. Halal atau haram, baik atau buruk, boleh dilakukan atau tidak….semuanya ditimbang mengikut neraca akal tanpa dipastikan dengan teliti kedudukannya di sisi syara’ .



Inilah satu perkara yg perlu kita jelas. Islam tidak mengikut selera atau acuan kita tapi ianya mengikut ketetapan yg telah Allah gariskan dalam Al-Quran dan Sunnah Rasul saw. Samada kita suka atau tidak, kita merasakan ianya sesuai atau tidak maka itulah ketetapannya. Barangsiapa yg tunduk jiwanya pd ketetapan Tuhannya maka ia beroleh ganjaran. Barangsiapa yg ingkar maka ia beroleh siksaan. Bila kita berbicara ttg Islam, Islam adalah syariat Allah. Boleh atau tidak sesuatu perkara, benar atau salah ditentukan dgn ketetapan Allah dan Rasul. Syariat Islam xberdiri atas sangkaan tp atas dalil yg jelas. Jadi bila kita nk berbicara ttg Islam, pastikan kita ada dalilnya.



Kita bebas memilih untuk menjadi seorang muslim tulen atau muslim celup, atau seorang muslim sekadar tin kosong. Ada yg ngaku muslim tp g jumaat je, yg 5 waktu tu lingkup. Ade yg ngaku muslim tp melakukan amalan syirik. Ade yg ngaku muslim tp langsung xtahu menahu ttg ajaran islam…hancus.


Islam pentingkan kualiti…ada piawaiannya dan hanya piawaian Allah yg digunapakai. Di dunia ini, kita boleh mengaku islam tapi di akhirat sana nanti adalah penilaiannya…apakah kita benar2 seorang Islam atau sekadar seorang hipokrit/seorang yang berlakon. Xde yg leh kecoh Allah, stlh Allah berikan kita akal tuk berfikir, Allah berikan kitab Al-Quran sbg pedoman, Allah utuskan rasul sbg penunjuk jln….there’s no more excuses. Yg taat akan slamat, yg ingkar yg lalai…go to hell.


Of course la kita manusia serba kekurangan, lemah. Kna belawan dgn hasutan setan, kna belawan dgn kehendak nafsu kita sendiri, always make mistake. Tp yg plg penting di sini, sungguhpun kita xterlepas dr kesilapan tp kita mesti sentiasa berusaha perbaiki diri kita utk taat pd Allah. Ada hari kita tergelincir, ade hari terbabas tp deep in our heart, we always struggle to follow de right path. Mmg xmudah sbb setan xkan bediam diri. Tp itulah perjuangan menuju redha Allah.



Ade umat islam kita skang lbh cintakan adat drpd syariat. Hukum adat….hish, mana leh tinggal, kna buat ni. Hukum syariat….ala, xper la, kita niat baik. Cuba tgk satu ayat: Al-Baqarah ayat 170

Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Ikutilah apa yang telah diturunkan Allah," mereka menjawab: "(Tidak), tetapi kami hanya mengikuti apa yang telah kami dapati dari (perbuatan) nenek moyang kami". "(Apakah mereka akan mengikuti juga), walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui suatu apapun, dan tidak mendapat petunjuk?.



Ada yg menganggap belanja hantaran wang perkahwinan adalah suatu kemestian walau ramai mengakui ianya membebankan pasangan pengantin khususnya si lelaki dengan anggapan ianya sebagai satu tanda kesungguhan si lelaki untuk mengahwini wanita idamannya dan sebagai satu tanda penghargaan kepada si wanita.

Apa pun alasan yang diberikan, yang jelas adat ini membebankan pasangan yang ingin berkahwin. Ada yang terpaksa berhutang begadai puluhan ribu, ada yang terpaksa menangguhkan perkahwinan kerana duit belanja masih belum cukup.



Kenduri itu adalah ibadah, lakukanlah sekadar kemampuan. Bagi yang kaya dengan kemampuannya, bagi yang kurang dengan kemampuannya. Jika keluarga lelaki dari keluarga yang berkemampuan, mmg tiada salahnya untuk memberi hadiah kpd pihak perempuan tp realitinya kini….belanja itu diminta oleh pihak perempuan dan mahu atau tidak, rela atau terpaksa, pihak lelaki perlu menunaikan kehendak keluarga perempuan. Ye la…..klu tidak, tertangguh la nk kawen.



Jauhilah dari perbuatan riak, menunjuk nunjuk, membazir dan berhutang di sana sini, janganlah kita menurut rentak semasa sehingga bergolok bergadai. Sesungguhnya jika termasuk sifat riak, menunjuk nunjuk dan keinginan di puji orang dan malu dipandang tidak berkemampuan sedangkan sebenarnya kita sememangnya tidak berkemampuan maka semua itu adalah jalan jalan kebencian Allah.



Pekahwinan itu adalah amalan yang mulia dan Islam itu datang untuk memberi kemudahan kepada umat manusia. Jadi jika kita hiasi perkahwinan itu dengan urusan yang sukar dengan wang belanja yang beribu ribu, hantaran dan berbagai adat yang akhirnya menyebabkan tertangguh dan menjadi kesukaran kepada pihak yang lainnya, itu semua adalah adat yang perlu dipinggirkan, biarlah kenduri itu walau sederhana namun penuh dgn keberkatan Allah dari meriah dgn berbagai acara yg grand namun dicela Allah. sabda Rasulullah saw.: Riwayat Bukhari.

Sesungguhnya agama itu adalah mudah. Dan tidaklah seseorang itu keterlaluan dalam amalan agama melainkan dia akan mengalah (tidak sanggup meneruskannya). Maka tutup menutup (kedhaifan), dekat mendekat (menurut kadar kemampuan) dan berikan khabar gembira (terhadap ganjaran baik)”



Ade yg beranggapan belanja hantaran ni adalah nilaian seseorang wanita….pergh….murah sungguh klu benar demikian. Bagi wanita yang bekerja kilang cukup dengan 5-6 ribu wang hantaran, xleh letak banyak sangat sbb nnt org xmo kawen…awk tu kerja kilang ja. Klau seorang wanita itu lulusan ijazah maka up kan lagi nilainya, 8ribu 9ribu…bangunlah wahai umat Islam.



Belanja hantaran ini bukan nilaian harga wanita. Jika wanita itu boleh dinilai dengan wang ringgit, walau sejuta diberikan ianya masih murah. Wanita itu amat berharga dan ia bukan sesuatu untuk dinilai dengan wang ringgit atau kekayaan. Pekerja kilang ke, cikgu tadika, lawyer, nilai wanita itu pd agamanya, pd akhlaknya dan ianya sgt berharga, xdpt dinilai dgn wang ringgit.



Disebabkan adat inilah, antara sebab berlakunya zina. Untuk berzina cukup dengan rm10, dah dapat pompuan. Tapi untuk melakukan ibadah, untuk mengelak dari maksiat maka berpuluh2 ribu diperlukan. Seseorang yg ingin melakukan ibadah, sepatutnya kita tolong. Kawan datang ke rumah, ingin tumpang bersolat…kita bentangkan sejadah untuknya, kita sediakan tempat yang bersih untuknya. Anak muda yg ingin berkahwin sepatutnya kita mudahkan urusan mereka bukan menyusahkan.



Di sinilah perkara yang perlu kita renungkan…apakah kita lebih menyintai Allah atau kita lebih menyintai adat yang diwarisi turun temurun ? Surah Zukhruf ayat 36

Barangsiapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah (Al-Quran), Kami adakan baginya syaitan (yang menyesatkan) maka syaitan itulah teman yang menyertainya.



Ingat ek….setan ni tukang hasut je. Kita yg pilih nk ikut die ke tak, dan kita bertanggungjawab atas pilihan kita masing2. Surah Ibrahim ayat 22

Dan berkata syaitan tatkala perkara (yakni hisab) telah diselesaikan: Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kepadamu janji yang benar dan aku pun telah menjanjikan kepadamu tetapi aku menyalahinya. Sekali-kali tidak ada kekuasaan bagiku terhadapmu melainkan sekadar aku menyeru kamu lalu kamu mematuhi seruanku, oleh sebab itu janganlah kamu mencerca aku akan tetapi cercalah dirimu sendiri. Aku sekali-kali tidak dapat menolongmu dan kamu pun sekali-kali tidak dapat menolongku. Sesungguhnya aku tidak membenarkan perbuatanmu mempersekutukan aku (dengan Allah) sejak dahulu. Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu mendapat siksaan yang pedih

2 comments:

chipsey May 13, 2009 at 7:55 AM  

boley komen ke ni?

nz May 13, 2009 at 9:53 PM  

eh eh diri sndri tny blog sndri laks.

hey, cepat bg idea cam ne nak ckp kat moommy supaya kurang kan hantaran utk sy nih..

sy tak nak kenduri mewah2 (malooo dok dpn org ramai)... x de nasik minyak.. mkn nasik lemak pon cukup je..

hohohoohhoho~

tetamu

About This Blog

Lorem Ipsum

aku suka ikan2 nih..bg mkn sat, klik ja dlm akuarium tu

monyet aku

dolphin aku

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP