Followers

Tulus dan telus dalam mencari kebenaran perkara khilafiyah

Tuesday, May 5, 2009





Syaitan sentiasa berusaha dalam segenap penjuru untuk menyesatkan umat manusia dari jalan keredhaan Allah. Sejarah menunjukkan betapa syaitan telah berjaya dalam usahanya di mana agama yahudi dan nashara/kristian yang pada asalnya merupakan jalan menuju redha Allah, telah diselewengkan ajarannya. Kitab-kitab sucinya telah diubah. Kebenarannya telah diselubungi dengan kebatilan dan kepalsuan.

Bagaimanakah halnya dengan ajaran Islam?
Syariat Islam terkandung dalam Al-Quran dan Sunnah RasulNya Muhammad saw. Inilah petunjuk untuk umat Islam menuju kejayaan dunia dan akhirat. Satu keistimewaan yang Allah berikan kepada umat Muhammad iaitulah kitab sucinya akan sentiasa dipelihara Allah dari kebatilan dan penyelewengan. Tiada yang akan dapat mengubah isi kandungan Al-Quran, kitab petunjuk ke atas umat Muhammad. Demikian juga sunnah RasulNya. Kita dapat melihat bagaimana Allah memelihara kesucian dan ketulenan syariat Islam ini bilamana Allah menggerakkan hati para ilmuwan Islam untuk meneliti kebenaran sesuatu riwayat/perkhabaran yang didakwa bersumberkan daripada Rasulullah saw – dan hasilnya alhamdulillah kita dapat membezakan antara riwayat yang shahih dan dhaif, yang benar dan dusta.

Sungguhpun syariat Islam itu terpelihara dari penyelewengan, ini tidak bermakna umat Muhammad bebas dari noda kesesatan. Syariat Islam tidak berubah tetapi……
• kefahaman tentang syariat ini boleh diselewengkan
• perbezaan dalam memahami maksud sesuatu dalil boleh berlaku
• kekeliruan dan kesilapan manusia boleh berlaku dalam memahami permasalahan agama

Kerana itu kita menyaksikan bagaimana umat Islam itu terpecah kepada pelbagai aliran dan fahaman, setiap mereka mendakwa sebagai pendokong kebenaran. Inilah persoalan yang ingin ditimbulkan…
Bagaimanakah ketelusan ketulusan kita dalam mencari kebenaran agama?
Bagaimana membezakan antara intan dan kaca?

Bersabda Rasulullah saw:
Ketahuilah sesungguhnya umat-umat sebelum kamu dari kalangan ahli kitab telah berpecah-belah menjadi tujuh puluh dua golongan. Dan sesungguhnya agama kita ini (Islam) akan berpecah-belah menjadi tujuh puluh tiga golongan, yang tujuh puluh dua golongan akan masuk neraka dan yang satu golongan, iaitu Al-Jamaah akan masuk syurga.
Riwayat Ahmad dan lainnya. Hadits hasan

Dalam riwayat lainnya Rasulullah saw. bersabda :
Semua masuk neraka, kecuali satu (iaitu golongan) yang sehaluan dengan aku beserta para sahabatku.
Riwayat At-Tirmidzi. Al-Albani menilai hadits ini sebagai hasan

Sesungguhnya kebenaran agama ini akan dicabut Allah dengan mematikan para ulama, semakin hari semakin jauh manusia itu dari kebenaran Islam. Semakin hari semakin menyimpang manusia dari jalan Allah. Bersabda Rasulullah saw:

Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu (agama) sesudah Dia memberikannya kepada mereka dengan sekali cabut tetapi Dia mencabutnya dari mereka dengan mematikan orang-orang yang berilmu (agama) dengan ilmu mereka, maka tinggallah orang-orang yang bodoh, mereka meminta fatwa lalu mereka memberi fatwa dengan fikiran mereka maka mereka sesat dan menyesatkan.
Hadits shahih riwayat Bukhari

Rasulullah saw juga ada menjelaskan:
Bersabarlah kamu sekalian kerana sesungguhnya tidak akan datang kepada kamu (suatu) zaman melainkan zaman yang selepasnya adalah lebih buruk dari zaman itu sehinggalah engkau bertemu Tuhanmu.
Hadits shahih riwayat Bukhari

Syaitan telah berjaya memesongkan kebanyakan umat Muhammad dari jalan kebenaran. Jalan-jalan yang ditegah Allah, itulah jalan-jalan yang disusuri oleh kebanyakan umat Muhammad. Firman Allah: Ar-Ruum ayat 31-32 [30:31-32]
Dan jangan kamu termasuk orang-orang yang mempersekutukan Allah * iaitu orang-orang yang memecah-belah agama mereka dan mereka menjadi beberapa golongan, tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada golongan mereka

Umat Muhammad berpecah kepada pelbagai aliran dan berlaku pada mereka sebagaimana berlaku pada umat terdahulu, masing-masing merasa bangga dengan apa yang ada pada golongan mereka. Setiap aliran merasakan pandangan merekalah yang tepat, pandangan golongan lainnya tidak menepati kehendak syara’. Setiap aliran memandang tinggi ideologi dan fahaman mereka namun merendahkan/mengurangkan kredibiliti pihak lainnya.

Sememangnya ini adalah ketetapan Allah namun bagaimana sikap kita dalam mencari kebenaran terhadap perbezaan faham ini?

Terimalah kebenaran sesuatu ilmu itu tanpa kita bandingkan labelkan keluarannya… apakah ianya dari Syafie, Maliki atau lain-lainnya. Nilaikan sesuatu pandangan ulama itu berdasarkan kekuatan dalil dan hujahnya tanpa kita membandingkan ini ulama Syafieyah, ini Malikiyah, ini Wahabi, ini Zhahiri, ini Asy’ari, ini Muktazili. Setiap ulama ini berusaha mencari kebenaran namun keterbatasan memperoleh hadis dan mengenalpasti darjatnya, perbezaan pada tingkat ilmu dan pemahaman menyebabkan masing-masing berbeza pandangan. Ada yang benar dalam ijtihad dan kefahamannya, ada yang tersilap.

Kita sewajarnya terbuka dalam mencari ilmu. Kita lihat dan teliti pandangan-pandangan ulama ini tanpa membeza-bezakan aliran mereka lalu kita ambil pandangan yang lebih kuat berdasarkan kekuatan dalil tanpa kita menyalahkan pandangan ulama lainnya.
Jangan kita menutup pintu penerimaan ilmu semata-mata kerana labelnya berbeza dari kita, kefahamannya sering bercanggah dengan kefahaman kita. Nilai dan renungkan setiap pandangan dengan adil dan saksama. Ambil pendirian berdasarkan pandangan yang jelas dan kuat dalilnya tanpa dipengaruhi perasaan atau kehendak naluri semata.

Oleh: Insan serba kekurangan berusaha mencari kebenaran, jatuh bangun sentiasa belajar dari kesilapan

Sabda Rasulullah saw.:
Setiap anak Adam membuat kesilapan dan sebaik baik kesilapan adalah mereka yang bertaubat.
Hadits hasan diriwayatkan oleh Imam Ahmad.



0 comments:

tetamu

About This Blog

Lorem Ipsum

aku suka ikan2 nih..bg mkn sat, klik ja dlm akuarium tu

monyet aku

dolphin aku

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP