Followers

Bagaimana membenteng diri dari gangguan makhluk halus?

Wednesday, May 6, 2009


Gangguan syaitan itu sememangnya wujud. Namun bagaimanakah untuk kita menghadapinya? Manusia tidak dapat melawan gangguan syaitan dengan kekuatan fizikal tetapi manusia mampu melawannya dengan kekuatan jiwa yang bergantung teguh pada Allah.


Kepada pembaca sekalian khususnya golongan hawa……

Ajar jiwa untuk jadi kuat

Ajar jiwa untuk jadi berani

Dengan binatang syaitan ni aku xleh kalah, sekali-kali aku xleh kalah.

Aku mesti sentiasa menang sbb dia makhluk yg dilaknat, kerja dia nk sesatkan manusia supaya pakat2 masuk neraka dgn dia.


Kekuatan jiwa adalah satu senjata melawan gangguan syaitan namun sekadar kekuatan jiwa belum cukup untuk menangkis serangannya. Mesti disertai doa dan penggantungan kepada Allah kerana tiada pertolongan/kemenangan melainkan hanya di sisi Allah, Pencipta sekalian alam.

Sepotong doa yang diajarkan Rasulullah saw bagi menjaga diri dari segala jenis kejahatan (meliputi yang ghaib dan yang zahir). Bersabda Rasulullah saw:

مَنْ نَزَلَ مَنْزِلاً فَقَالَ اَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ لَمْ يَضُرُّهُ شَيْءٌ حَتَّى يَرْحَلَ مِنْ مَنْزِلِهِ ذَلِكَ



Barangsiapa yang singgah di satu rumah (tempat) maka ia ucapkan (bermaksud) “Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari kejahatan yang Allah ciptakan”, tidak akan memudharatkannya suatu pun sehingga ia meninggalkan tempat itu

Riwayat Muslim


Boleh juga dibacakan surah Al-Falaq, An-Naas (kedua-dua surah ini mengandungi permohonan perlindungan Allah dari kejahatan2) atau dibacakan Ayatul Kursi. Boleh juga dibacakan Istia’dzah


اَعُوْذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ

Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam

Yang penting, apabila kita merasakan seakan ada gangguan atau merasakan suatu perasaan yang aneh dalam badan maka pohonlah perlindungan Allah dengan membaca bacaan2 di atas dengan disertai kekuatan jiwa/keberanian untuk menolak gangguan syaitan. Lawan gangguan tersebut dengan kekuatan jiwa yang disertai mohon perlindungan Allah dari gangguannya. Tiada yang dapat menyelamatkan kita dari gangguannya melainkan Allah.


Bacalah bacaan2 ini berulang2, jgn baca dlm hati tp bacalah dengan jelas dan berusaha menghayati maksud setiap bacaan atau paling kurang hadirkan dalam diri penggantungan pada Allah….means kita bkn baca buta2 ja tp baca dgn penuh penghayatan, untuk diri kita menyedari keagungan Allah dan supaya syaitan yang mengganggu itu sedar kedudukannya sebagai makhluk yang dilaknat.


Sekiranya berlaku otak kita blank, langsung xdpt ingat apa pun bacaan maka berdoalah pada Allah walau dalam bahasa melayu sbg cth Ya Allah, lindungilah aku, ulanglah berkali2 pohon agar Allah selamatkan kita dari gangguan syaitan.


Ingin dijelaskan, zikir2 atau bacaan ayat Al-Quran ini tidak mempunyai apa2 kuasa sakti sebagaimana lazim digambarkan dlm filem2 tetapi ianya adalah permohonan doa kepada Allah, memohon agar Allah memberikan pertolongan dan perlindungan kepada kita. Jgn berasa lekeh dgn doa krn ianya senjata ampuh org beriman.


Ringkasnya, ini adalah battle, pertempuran antara manusia dan syaitan. Pertempuran yang sepatutnya kita melangkah dengan keberanian, jgn biarkan walau sekelumit ketakutan pada hantu/syaitan wujud dalam diri, tepis perasaan tersebut dengan bergantung berserah sepenuhnya pada Allah. Senjata syaitan adalah bisikkannya - bisikkan yang dpt mempengaruhi jiwa yang lemah. Bisikan ini dpt ditepis dgn penggantungan pada Allah.


Syaitan tu skdr nk gempaq ja, nk bagi havov. Dia xleh ganggu kita unless kita buka pintu untuk dia. Anjing yg menyalak xkan menggigit, dia skdr nk gempaq, tp klu kita lari.....abih le kite. Syaitan pun cm2 gak....nk gempaq, nk tunjuk kemas. So jgn biarkan wujud walau sekelumit ketakutan pd dia. Halau dia dgn kehinaan. Apalah sangat kudrat yg ada pd makhluk yg dilaknat sdg kita ini sebaik2 ciptaan Allah, hamba yg berada dlm rahmat Allah?!!


Klu kita berlawan sesame manusia atau mempertahankan diri dari binatang buas, kita berlawan dengan menggunakan fizikal, akal dan semangat/kekuatan hati. Kita panjatkan doa pada Allah. Berlawan dgn makhluk yg kita xnampak maka kita tentangnya dengan kekuatan hati/jiwa dengan penggantungan pada Allah.



Semoga bermanfaat untuk semua.

Read more...

Kenapa takut pada hantu?




Istilah hantu/cite2 hantu lazim mengundang perasaan ‘seram sejuk’ dikalangan sesetengah orang. Perasaan ini lazimnya lebih kuat apabila kita keseorangan di waktu malam, feel unsafe unsecure, rasa seolah-olah ada yang memerhatikan kita. Rasa cam ade makhluk yg nk attack kite dr blkg.

Tapi pikir2 balik, xpernahnya aku dgr masuk paper ade org yg mati kna gigit ngan vampire, ade org yg mati kna cekik ngan jembalang. So….sbb apa kita takut pd hantu? Aspek mana yg kita takut padanya?

  • Takut dia isap darah kita ke?
  • Takut dia cekik?
  • Takut dia masuk dalam badan kita?

Kita xpernah tgk hantu, ianya lebih kepada cite dari mulut ke mulut tp kita takut padanya, malah lbh dr kita takut pd Allah. Ada yg sampai takut nk ke toilet mlm2 semata2 krn takutkan hantu. Pantang walau sket je dgr bab hantu2 nih tp terus subur mekar dlm jiwa kesan dia.

Kepercayaan ttg hantu ini bertambah2 lg dgn acuan filem2 hantu cina, hantu india dan hantu omputeh hinggakan bila hantu cina itu disifatkan takut pada tangkal2 azimat, hantu omputeh takut pada salib maka hantu melayu takut pada kitab suci Al-Quran….maka betapa anak-anak muda melayu yang beragama Islam (pada lazimnya) mengambil Al-Quran lalu diletakkan ditepi bantal atau bawah bantal sebagai pendinding dari dihampiri hantu.

Ade ke hantu kt dunia ni?
Makhluk ghaib mmg wujud dan kewujudan makhluk ghaib ini dijelaskan Allah dlm Al-Quran, Allah cite ttg makhluk ghaib ni ada dua jenis ja; malaikat dan jin. Iblis itu dari kalangan jin. Disebut dalam Surah Al-Kahfi ayat 50:
Dan ketika Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah pada Adam maka mereka bersujud kecuali Iblis, adalah ia dari kalangan jin maka ia menderhakai perintah Tuhannya…..

Syaitan itu pula boleh terdiri samada dari kalangan manusia atau jin (rujuk surah An-Naas). So…kt mne cite ttg hantu?

Kenapa takut pada hantu lebih terkesan pada jiwa kita dari takut pada Allah? Memadai hanya sekali kita dgr cite hantu dah membuatkan kita terbayang2 teringat2 terbawa2 kisah itu sepanjang hayat kita? Kenapa cite ttg amat pedih azab Allah tidak memberi apa2 kesan dlm hati kita? Seorang budak kecil yang ditakutkan dengan kisah hantu dan pada masa yang sama ditakutkan dengan azab Allah maka ketakutan pada hantu itu nyata lebih terkesan dalam jiwa dari ketakutan pada Allah. Have u ever noticed it?

Inilah salah satu kerja syaitan…antara tugas syaitan ialah membisik-bisikkan kepada anak Adam, ada yg dibisikkan untuk murtad masuk agama kristian, byk yg dibisikkan dengan ketakutan kpd hantu. Dalam surah An-Naas ayat 4, Allah mengajar untuk kita berlindung denganNya dari kejahatan syaitan yang membisik.

Inilah usaha syaitan untuk menyesatkan anak Adam. Dibisikkan dihasut dipengaruh jiwa anak Adam supaya takut pada yang ghaib selain Allah, agar timbul keyakinan kepercayaan dalam jiwa anak Adam bahawa selain Allah, ada makhluk yang tak dapat dilihat dengan mata kasar dapat memberi kemudharatan dan keburukan kepada manusia.

Rasa takut kepada urusan ghaib seperti ini adalah syirik besar yang boleh menyebabkan seseorang Islam terkeluar dari lingkaran Islam. Namun sebahagian besar umat Islam kini memandang sepi kejadian yang demikian. Firman Allah: Surah Az-Zumar ayat 36

Bukankah Allah cukup untuk melindungi hamba hamba-Nya. Dan mereka mempertakuti kamu dengan (sembahan-sembahan) yang selain Allah?

Ketakutan kepada jin, hantu, jembalang, saka dan lain-lain jenis yang semakna dengannya adalah terlarang di dalam Islam. Sebagai seorang Islam kita hendaklah menumpahkan ketakutan kita kepada Allah dan tidak memalingkan ketakutan kepada apa yang ditegah-Nya. Jalan-jalan ketakutan kepada makhluk ghaib selain Allah ini adalah jalan yang dibawa oleh syaitan di bawah pimpinan ketuanya Iblis. Disebut dalam surah Shaad ayat 82-83:

Iblis berkata: Demi kekuasaan Engkau, aku pasti akan sesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hambaMu yang mukhlis di antara mereka

Manusia yang mukhlis bermaksud manusia yang ikhlas dan memiliki tauhid yang murni, inilah golongan manusia yang tidak dapat digoda dan disesatkan oleh Iblis. Maka bisikan-bisikan syaitan ini tidak akan memberi kesan kepada mereka kerana mereka ini meyakini kekuasaan Allah. Orang beriman meyakini tiada yang dapat memberi manfaat atau mudharat tanpa izin Allah.

Bahawa setiap makhluk di alam ini berada di bawah kekuasaan Allah, mereka bergerak, mereka hidup dan mati semuanya dengan izin Allah. Semuanya tidak terlepas dari pemerhatian dan ilmu Allah. Maka apakah kudrat makhluk yang dilaknat terhadap manusia yakni sebaik-baik makhluk ciptaan Allah?!! Tidak sepatutnya manusia yang Allah muliakan di muka bumi ini untuk takut pada makhluk yang telah jauh dari rahmat Allah.

Ringkasnya, takut kepada yang ghaib selain Allah adalah dilarang syara’ tetapi ketakutan kepada ular, harimau, pemerintah yang zalim, musuh, dan lainnya yang tidak ditegah syarak adalah dibolehkan. Ini merupakan fitrah yang Allah berikan pada jiwa manusia. Ini berdasarkan firman Allah: Al-Qashash ayat 21

Maka keluarlah Musa dari kota itu dengan rasa takut menunggu-nunggu dengan khuatir

Ayat yang menerangkan darihal kisah Nabi Musa bahawa pembesar-pembesar Mesir bercadang untuk membunuhnya lalu keluarlah Nabi Musa dengan perasaan takut. Inilah dalil yang digunakan oleh para ulama menunjukkan bahawa rasa takut terhadap musuh atau binatang buas adalah perasaan yang dibenarkan.

Jadi…berhentilah dari takut kpd hantu. Berhentilah menakut-nakutkan anak-anak kecil dgn kisah hantu krn ini satu didikan yang menyalahi syara’. Ajarlah anak-anak kecil untuk takut pada Allah, kuat keyakinan pada Allah, ajar mereka bagaimana untuk berlindung dari gangguan syaitan, bukan untuk takut pada syaitan.






Read more...

bentenglah diri dr api neraka walau dgn separuh kurma



Kpd bloggers dan non-bloggers

Pelaburan dunia dan akhirat

Sebuah pusat kebajikan anak2 yatim dan miskin memerlukan sumbangan anda. Terdpt lbh krg 30 anak-anak remaja (peringkat usia sek. rendah dan menengah) yang memerlukan perhatian dari kita. Pusat kebajikan ini dikendalikan oleh tenaga sukarela yang tiada dibayar elaun atau wang saguhati. Mereka mengambil anak-anak yang terbiar ini lalu dididik dengan ajaran agama, ditekankan nilai2 kemanusiaan selain dari menghantar mereka ke sekolah2 kerajaan.

Sumbangan dari rakan2 saudara seagama sekalian amat diharapkan bagi meringankan beban tanggungan tenaga sukarela ini.

Ini jihad beb...orang lain berpenat lelah siang malam untuk mengislahkan segolongan masyarakat yang terabai......meh la sama2 kita tolong. Klu setiap kita bg rm10 pun dh memadai tuk meringankan tanggungan mereka.

for detail;http://www.teratakrahmat.blogspot.com/

Read more...

Tulus dan telus dalam mencari kebenaran perkara khilafiyah

Tuesday, May 5, 2009





Syaitan sentiasa berusaha dalam segenap penjuru untuk menyesatkan umat manusia dari jalan keredhaan Allah. Sejarah menunjukkan betapa syaitan telah berjaya dalam usahanya di mana agama yahudi dan nashara/kristian yang pada asalnya merupakan jalan menuju redha Allah, telah diselewengkan ajarannya. Kitab-kitab sucinya telah diubah. Kebenarannya telah diselubungi dengan kebatilan dan kepalsuan.

Bagaimanakah halnya dengan ajaran Islam?
Syariat Islam terkandung dalam Al-Quran dan Sunnah RasulNya Muhammad saw. Inilah petunjuk untuk umat Islam menuju kejayaan dunia dan akhirat. Satu keistimewaan yang Allah berikan kepada umat Muhammad iaitulah kitab sucinya akan sentiasa dipelihara Allah dari kebatilan dan penyelewengan. Tiada yang akan dapat mengubah isi kandungan Al-Quran, kitab petunjuk ke atas umat Muhammad. Demikian juga sunnah RasulNya. Kita dapat melihat bagaimana Allah memelihara kesucian dan ketulenan syariat Islam ini bilamana Allah menggerakkan hati para ilmuwan Islam untuk meneliti kebenaran sesuatu riwayat/perkhabaran yang didakwa bersumberkan daripada Rasulullah saw – dan hasilnya alhamdulillah kita dapat membezakan antara riwayat yang shahih dan dhaif, yang benar dan dusta.

Sungguhpun syariat Islam itu terpelihara dari penyelewengan, ini tidak bermakna umat Muhammad bebas dari noda kesesatan. Syariat Islam tidak berubah tetapi……
• kefahaman tentang syariat ini boleh diselewengkan
• perbezaan dalam memahami maksud sesuatu dalil boleh berlaku
• kekeliruan dan kesilapan manusia boleh berlaku dalam memahami permasalahan agama

Kerana itu kita menyaksikan bagaimana umat Islam itu terpecah kepada pelbagai aliran dan fahaman, setiap mereka mendakwa sebagai pendokong kebenaran. Inilah persoalan yang ingin ditimbulkan…
Bagaimanakah ketelusan ketulusan kita dalam mencari kebenaran agama?
Bagaimana membezakan antara intan dan kaca?

Bersabda Rasulullah saw:
Ketahuilah sesungguhnya umat-umat sebelum kamu dari kalangan ahli kitab telah berpecah-belah menjadi tujuh puluh dua golongan. Dan sesungguhnya agama kita ini (Islam) akan berpecah-belah menjadi tujuh puluh tiga golongan, yang tujuh puluh dua golongan akan masuk neraka dan yang satu golongan, iaitu Al-Jamaah akan masuk syurga.
Riwayat Ahmad dan lainnya. Hadits hasan

Dalam riwayat lainnya Rasulullah saw. bersabda :
Semua masuk neraka, kecuali satu (iaitu golongan) yang sehaluan dengan aku beserta para sahabatku.
Riwayat At-Tirmidzi. Al-Albani menilai hadits ini sebagai hasan

Sesungguhnya kebenaran agama ini akan dicabut Allah dengan mematikan para ulama, semakin hari semakin jauh manusia itu dari kebenaran Islam. Semakin hari semakin menyimpang manusia dari jalan Allah. Bersabda Rasulullah saw:

Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu (agama) sesudah Dia memberikannya kepada mereka dengan sekali cabut tetapi Dia mencabutnya dari mereka dengan mematikan orang-orang yang berilmu (agama) dengan ilmu mereka, maka tinggallah orang-orang yang bodoh, mereka meminta fatwa lalu mereka memberi fatwa dengan fikiran mereka maka mereka sesat dan menyesatkan.
Hadits shahih riwayat Bukhari

Rasulullah saw juga ada menjelaskan:
Bersabarlah kamu sekalian kerana sesungguhnya tidak akan datang kepada kamu (suatu) zaman melainkan zaman yang selepasnya adalah lebih buruk dari zaman itu sehinggalah engkau bertemu Tuhanmu.
Hadits shahih riwayat Bukhari

Syaitan telah berjaya memesongkan kebanyakan umat Muhammad dari jalan kebenaran. Jalan-jalan yang ditegah Allah, itulah jalan-jalan yang disusuri oleh kebanyakan umat Muhammad. Firman Allah: Ar-Ruum ayat 31-32 [30:31-32]
Dan jangan kamu termasuk orang-orang yang mempersekutukan Allah * iaitu orang-orang yang memecah-belah agama mereka dan mereka menjadi beberapa golongan, tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada golongan mereka

Umat Muhammad berpecah kepada pelbagai aliran dan berlaku pada mereka sebagaimana berlaku pada umat terdahulu, masing-masing merasa bangga dengan apa yang ada pada golongan mereka. Setiap aliran merasakan pandangan merekalah yang tepat, pandangan golongan lainnya tidak menepati kehendak syara’. Setiap aliran memandang tinggi ideologi dan fahaman mereka namun merendahkan/mengurangkan kredibiliti pihak lainnya.

Sememangnya ini adalah ketetapan Allah namun bagaimana sikap kita dalam mencari kebenaran terhadap perbezaan faham ini?

Terimalah kebenaran sesuatu ilmu itu tanpa kita bandingkan labelkan keluarannya… apakah ianya dari Syafie, Maliki atau lain-lainnya. Nilaikan sesuatu pandangan ulama itu berdasarkan kekuatan dalil dan hujahnya tanpa kita membandingkan ini ulama Syafieyah, ini Malikiyah, ini Wahabi, ini Zhahiri, ini Asy’ari, ini Muktazili. Setiap ulama ini berusaha mencari kebenaran namun keterbatasan memperoleh hadis dan mengenalpasti darjatnya, perbezaan pada tingkat ilmu dan pemahaman menyebabkan masing-masing berbeza pandangan. Ada yang benar dalam ijtihad dan kefahamannya, ada yang tersilap.

Kita sewajarnya terbuka dalam mencari ilmu. Kita lihat dan teliti pandangan-pandangan ulama ini tanpa membeza-bezakan aliran mereka lalu kita ambil pandangan yang lebih kuat berdasarkan kekuatan dalil tanpa kita menyalahkan pandangan ulama lainnya.
Jangan kita menutup pintu penerimaan ilmu semata-mata kerana labelnya berbeza dari kita, kefahamannya sering bercanggah dengan kefahaman kita. Nilai dan renungkan setiap pandangan dengan adil dan saksama. Ambil pendirian berdasarkan pandangan yang jelas dan kuat dalilnya tanpa dipengaruhi perasaan atau kehendak naluri semata.

Oleh: Insan serba kekurangan berusaha mencari kebenaran, jatuh bangun sentiasa belajar dari kesilapan

Sabda Rasulullah saw.:
Setiap anak Adam membuat kesilapan dan sebaik baik kesilapan adalah mereka yang bertaubat.
Hadits hasan diriwayatkan oleh Imam Ahmad.



Read more...

doa

Monday, May 4, 2009


Sepotong doa yang diajarkan oleh Nabi saw kepada isterinya, Aisyah:


عَنْ عَائِشَةَ اَنَّ النَّبِيَّ ص عَلَّمَهَا هَذَا الدُّعَاءَ: اَللَّهُمَّ اِنِّيْ أَسْأَلُكَ مِنَ الْخَيْرِ كُلِّهِ عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ مَا عَلِمْتُ مِنْهُ وَمَا لَمْ اَعْلَمْ، وَاَعُوْذُبِكَ مِنَ الشَّرِّ كُلِّهِ عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ مَا عَلِمْتُ مِنْهُ وَمَا لَمْ اَعْلَمْ، اَللَّهُمَّ اِنِّيْ اَسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِ مَا سَأَلَكَ عَبْدُكَ وَنَبِيُّكَ، وَاَعُوْذُبِكَ مِنْ شَرِّ مَا عَاذَ بِهِ عَبْدُكَ وَنَبِيُّكَ، اَللَّهُمَّ اِنِّيْ اَسْأَلُكَ الْجَنَّةَ وَمَا قَرَّبَ اِلَيْهَا مِنْ قَوْلٍ اَوْ عَمَلٍ، وَاَعُوْذُبِكَ مِنَ النَّارِ وَمَا قَرَّبَ اِلَيْهَا مِنْ قَوْلٍ اَوْ عَمَلٍ، وَاَسْأَلُكَ اَنْ تَجْعَلَ كُلَّ قَضَاءٍ قَضَيْتَهُ لِيْ خَيْرًا



Bermaksud:

Daripada Aisyah bahawa Nabi saw telah ajarkan kepadanya doa ini:


اَللَّهُمَّ اِنِّيْ أَسْأَلُكَ مِنَ الْخَيْرِ كُلِّهِ عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ مَا عَلِمْتُ مِنْهُ وَمَا لَمْ اَعْلَمْ،


Allahumma inni as aluka minal khoiri kullihi ‘aajilihi wa aajilihi ma ‘alimtu minhu wama lam ‘alam


Ya Allah, aku minta padaMu kebaikan semuanya (sama ada) yang segera atau yang lambat, apa yang aku ketahui atau tidak aku ketahui


وَاَعُوْذُبِكَ مِنَ الشَّرِّ كُلِّهِ عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ مَا عَلِمْتُ مِنْهُ وَمَا لَمْ اَعْلَمْ،


Wa a ‘uzhubika minasy syarrii kullihi ‘aajilihi wa aajilihi ma ‘alimtu minhu wama lam ‘alam


Dan aku berlindung denganMu dari segala kejahatan sama ada yang segera atau yang lambat yang aku ketahuinya atau tidak aku ketahui


اَللَّهُمَّ اِنِّيْ اَسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِ مَا سَأَلَكَ عَبْدُكَ وَنَبِيُّكَ،


Allahumma inni as aluka min khoiri ma sa alaka ‘abduka wa nabiyyuka


Ya Allah, aku minta padaMu dari kebaikan apa yang diminta oleh hambaMu dan NabiMu


وَاَعُوْذُبِكَ مِنْ شَرِّ مَا عَاذَ بِهِ عَبْدُكَ وَنَبِيُّكَ،


Wa a ‘uzhubika min syarri ma ‘aazda bihi ‘abduka wa nabiyyuka


Dan aku berlindung denganmu dari kejahatan yang yang hambaMu dan NabiMu pohon perlindungan daripadanya


اَللَّهُمَّ اِنِّيْ اَسْأَلُكَ الْجَنَّةَ وَمَا قَرَّبَ اِلَيْهَا مِنْ قَوْلٍ اَوْ عَمَلٍ،


Allahumma inni as alukal jannata wama qarraba ilaiha min qaulin au ‘amalin


Ya Allah aku minta padaMu syurga dan apa-apa perkataan atau perbuatan yang dapat menghampirkan aku padanya


وَاَعُوْذُبِكَ مِنَ النَّارِ وَمَا قَرَّبَ اِلَيْهَا مِنْ قَوْلٍ اَوْ عَمَلٍ،


Wa a ‘uzhubika minan naari wama qarraba ilaiha min qaulin au ‘amalin


Dan aku berlindung denganMu daripada neraka dan apa-apa perkataan atau perbuatan yang menghampirkan aku padanya



وَاَسْأَلُكَ اَنْ تَجْعَلَ كُلَّ قَضَاءٍ قَضَيْتَهُ لِيْ خَيْرًا


Wa as aluka an taj ‘ala kulla qadhain qadhoitahu li khoiron


Dan aku minta padaMu supaya jadikanlah semua ketentuan yang Engkau tentukan padaku itu baik


-Riwayat Ibnu Majah, dishahihkan oleh Ibnu Hibban & Hakim-

Read more...

Jangan cepat mengalah




Bersabda Rasulullah saw:

Orang mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada orang mukmin yang lemah, dan pada masing-masing ada kebaikannya. Berusahalah meraih apa-apa yang bermanfaat bagimu dan pohonlah pertolongan Allah dan jangan sekali-kali bersikap lemah. Jika engkau ditimpa sesuatu maka jangan engkau mengatakan “Seandainya aku melakukan (ini dan itu) tentu akan terjadi begini dan begitu” tetapi katakanlah “Allah telah mentaqdirkan dan apa yang dikehendakiNya pasti terjadi” kerana (ucapan) ‘seandainya/kalau/jika’ itu membuka perbuatan syaitan
Hadits shahih riwayat Muslim

Setiap manusia lazimnya mempunyai pelbagai impian yang ingin dikecap .….. ingin berjaya, ingin hidup bahagia dan pelbagai lagi kehendak dan keinginan kita sebagai seorang manusia. Namun, tidak semua keinginan dan impian kita akan tercapai. Ada ketikanya kita berhasil mendapat apa yang dihajatkan dan ada ketikanya kita gagal. Kegagalan sememangnya pahit tetapi ia bukanlah satu titik akhir. Kegagalan adalah satu ilmu dalam mendewasakan seseorang itu menempuh perjuangan hidupnya.

Ajaran Islam mendidik manusia supaya berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai sesuatu yang bermanfaat tanpa mengenal erti putus asa dan hendaklah kita memohon pada Allah kerana hanya Dialah yang dapat menjadikan impian kita satu kenyataan. Dan hasil yang diperoleh dengan sebab usaha dan perbuatan kita itu, hendaklah kita terima sepenuhnya kerana demikianlah taqdir Allah.

Sekiranya Allah berikan kejayaan, bersyukurlah padaNya dan berusahalah ke arah yang lebih baik. Sekiranya gagal, jangan kita berputus asa dan bersikap lemah. Terimalah ketentuanNya dengan lapang dada. Jangan ada walau sekelumit nada-nada menafikan qadarNya. Sesungguhnya itulah bisikan syaitan dalam menyimpangkan anak Adam dari kebenaran. Teruslah berusaha bersungguh-sungguh, selidik kelemahan, kekurangan, belajar dari kesilapan yang lalu dan panjatkanlah permohonan padaNya. Sesungguhnya doa itu dapat mengubah taqdir. Telah bersabda Rasulullah saw:

Barangsiapa dibukakan pintu doa untuknya bererti telah dibukakan pula untuknya segala pintu rahmat. Dan tiada dimohonkan kepada Allah yang lebih disukaiNya selain dimohonkan a’fiyah. Doa itu memberi manfaat terhadap yang telah diturunkan dan yang belum diturunkan. Dan tidak ada yang dapat menolak ketetapan Allah kecuali (dengan sebab) doa. Sebab itu, berdoalah kamu sekalian.
Riwayat Tirmizi.

Apabila kita ditimpa sesuatu musibah, kemalangan atau kegagalan maka wajib atas kita redha akan ketentuan yang telah Allah tetapkan kepada kita. Redha itu bukan sekadar mengucapkan “Aku redha atas ujian Allah ini” atau “Aku pasrah” akan tetapi kemudiannya kita menuturkan kata-kata yang berbaur penafian kepada taqdir Allah …… seolah-olah seandainya kita dapat mengundurkan kembali masa dan mengubah tindakan kita, keadaan akan menjadi sebaliknya.


Lazim kita mendengar ayat-ayat sebegini;
“Kalau dulu aku belajar bersungguh-sungguh, tak lah aku jadi begini.”
“Kalaulah aku buat macam ni tadi, tak la jadi begini.”
“Kalau bukan sebab anjing ni tadi, rumah aku tentu dah dimasuki pencuri.”

Renungkan firman Allah: Al-Hadid ayat 22-23 [57:22-23]:

Tiadalah malapetaka (musibah) di bumi dan tiada pula pada dirimu melainkan (telah termaktub) dalam kitab (lauh-mahfuz) sebelum Kami mengadakannya. Sungguh demikian itu mudah bagi Allah. (Kami katakan demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita/berputus asa atas sesuatu yang telah luput daripadamu dan supaya jangan kamu bersukaria kerana sesuatu yang kamu peroleh. Allah tiada mengasihi tiap-tiap orang yang sombong dan bermegah-megah

Janganlah kita menyalahkan takdir apabila sesuatu perkara buruk berlaku atau meletakkan tanggungjawab kepada takdir dan kita hanya berserah sahaja tanpa usaha. Sesungguhnya kita diberi akal dan kita diberikan agama untuk menjadi pedoman dalam menentukan arah tuju kehidupan di dunia ini. Takdir itu sesungguhnya satu ketetapan yang telah ditetapkan oleh Allah tetapi Allah memberikan kita pilihan untuk memilih jalan-jalan yang kita sukai. Firman Allah: Surah Al-Insaan ayat 2-3 [76:2-3]

Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari setitis mani yang bercampur yang Kami hendak mengujinya kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat. Sesungguhnya Kami telah menunjukkan padanya jalan, sama ada menjadi orang yang bersyukur atau orang yang kafir

Seorang yang melarat hidupnya maka perlulah dia berusaha ke arah kehidupan yang lebih baik akan tetapi jalan usahanya itu mestilah dengan menurut perintah Allah bukan dengan melanggar perintahNya. Jika kita mencuri untuk mengubah hidup dari susah kepada senang maka itu juga adalah takdir Allah tapi kitalah yang memilih jalan tersebut. Sememangnya tanpa ikhtiar itu pun adalah takdir tetapi ia tidak melaksanakan sunnah Rasulullah saw dalam menerima takdir. Maka jika jalan yang ia lalui itu salah, salah jugalah pegangannya. Allah akan memudahkan mengikut takdirNya, jika takdirnya ahli neraka maka dimudahkan jalan-jalan ke arah neraka. Oleh itu berusahalah berikhtiar untuk mencari jalan syurga dan berdoalah agar kita diselamatkan olehNya. Sesungguhnya itu baru taqdir sahaja, yang masih boleh diubah menurut kehendak Allah. Firman Allah: Al-Anfal ayat 53 [8:53]:

Demikian itu sebabnya kerana Allah sekali-kali tidak mengubah nikmat yang dianugerahkanNya kepada suatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar Maha Mengetahui

Tiada manusia di dunia ini yang mengetahui taqdirnya dan kerana itulah manusia diperintahkan untuk berusaha – berusaha mencari redha Allah dan mohonlah padaNya supaya diberikan ketentuan yang baik di dunia dan di akhirat. Tidak perlulah kita mencari-cari rungkaian atau tafsiran di sebalik qadar dengan menggunakan akal fikiran kita, cukuplah kita beriman sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Rasulullah saw. Elakkanlah perdebatan tentang qadar kerana itu adalah larangan Rasulullah saw, apa yang lebih baik adalah kita belajar memahami qadar ini berpandukan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw dan bercakaplah sekadar ilmu pengetahuan yang kita peroleh sahaja manakala yang kita tidak faham, kita berdiam diri. Inilah yang dianjurkan oleh Islam atas bab beriman pada qadar.

Ingatlah! Sesungguhnya kehidupan dunia sememangnya satu ujian, ada yang hidup dalam kemiskinan penuh penderitaan, ada pula yang hidup bermandikan kekayaan kesenangan, ada yang berhempas-pulas siang malam untuk mencari sesuap nasi namun tetap berkesudahan dengan kemiskinan, ada pula yang hanya bersenang-lenang di rumah namun semakin hari semakin bertambah kekayaannya. Firman Allah: Surah Al-Anbiyaa’ ayat 35 [21:35]
Tiap-tiap yang bernyawa pasti merasai mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan/ujian. Dan hanya kepada Kami kamu dikembalikan

Telah bersabda Rasulullah saw.:

Siapa yang Allah berkehendakkan limpahkan kebaikan padanya maka ia akan diberi cubaan
Riwayat Bukhari dan Muslim


Read more...

cheer up

Sunday, May 3, 2009




…… either way, u win

Sabda Rasulullah saw.:

Sungguh ajaib perihal seorang Mukmin itu! Bagaimana juga keadaannya semuanya baik - dan ini tidak didapati kecuali pada orang Mukmin. Jika ia mendapat kegembiraan, ia bersyukur dan itu merupakan kebaikan baginya, dan jika ia ditimpa kemalangan, ia bersabar dan itu juga merupakan kebaikan baginya.
Riwayat Muslim

Dlm hadis ni, nabi saw cite ttg keistimewaan khusus buat org beriman – klu dia dpt sesuatu yg menyenangkan dia, lalu dia bersyukur maka itu merupakan kebaikan bagi dirinya. Allah akan tambahkan lagi rahmat kepadanya.

Dan jika ia ditimpa suatu musibah lalu ia bersabar maka itu juga merupakan kebaikan bagi dirinya. Allah suka pada org yg sabar. Allah akan berikan rahmatNya pd mereka yg sabar.

Inilah satu didikan yg sepatutnya kita ajar pd diri kita sendiri.
Kesenangan, keselesaan, kebahagiaan yg kita kecapi, semua ini adalah pemberian Allah dan Allah berkuasa menariknya kembali dari kita. Tiada jaminan kesenangan yg kita kecap skrg akan berkekalan hingga akhir hayat kita. Kesenangan dan kebahagiaan ini juga adalah satu ujian….apakah kita akan terus bersyukur dan mentaati Allah atau kita mula lupa tanggungjawab pada Pencipta.

Demikian juga bila ditimpa musibah, kesakitan, kesempitan hidup, kesedihan…ini semua adalah ujian Allah untuk menilai keimanan dan kesabaran seseorang hamba.

Firman Allah dalam Surah Al-Ankabut ayat 2-3 [29:2-3]
Adakah manusia menyangka bahwa mereka akan dibiarkan saja berkata: Kami telah beriman tanpa mereka mendapat cubaan. Sesungguhnya telah Kami uji orang-orang sebelum mereka, supaya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan mengetahui orang-orang yang dusta (dengan terang dan nyata)

Ujian Allah bkn utk menganiaya/menzalimi manusia tp untuk menguji keimanan kita padaNya. Pedih…mmg pedih. Perit….mmg perit. Sukar….mmg sukar. Tp inilah namanya ujian. Klu mudah untuk dihadapi maka ianya tidak dinamakan ujian. Tp walau seberat mana suatu ujian itu bagi kita, namun sebenarnya ia sesuai dengan taraf kita. Allah xmenguji seseorang itu melainkan sekadar kemampuannya. Bagi seorang rasul maka ujiannya sesuai dengan taraf seorang rasul. Bagi seorang pendakwah, ujiannya sesuai dengan tarafnya. Demikian juga bagi masyarakat awam. Ujian yg diberikan itu sesuai dgn taraf dan kedudukannya. Hebat darjatnya di sisi Allah maka hebat lagilah ujian yang diterimanya.

Biarlah apa jua ujian Allah pada kita bersabarlah kerana bukan Allah ingin menzalimi kita tapi itulah ujiannya dan apabila kita menerima dengan sabar dan redha, kita berikhtiar dengan usaha-usaha yang tidak menyalahi syara' maka kita akan peroleh ganjaran atas kesabaran kita. Jangan disebabkan kesengsaraan dunia yang sementara kita sanggup korbankan kebahagiaan akhirat yang berkekalan. Ingatlah! Apabila kita diuji, itu bermakna Allah ingin limpahkan kebaikan pada kita. Telah bersabda Rasulullah saw.:

“Siapa yang Allah berkehendakkan limpahkan kebaikan padanya maka ia akan diberi cubaan”
Riwayat Bukhari dan Muslim

Telah bersabda Rasulullah saw:

Sesungguhnya besarnya pahala adalah beserta besarnya bala (ujian) dan sesungguhnya Allah apabila mencintai suatu kaum maka Dia memberi cubaan kepada mereka, barangsiapa yang redha (terhadap ujian) maka Dia (Allah) pun redha (padanya) dan barangsiapa yang marah (tidak redha atas ujian) maka Dia (Allah) pun murka
Riwayat At-Tirmidzi dengan darjat hasan

Sabda Rasulullah saw.:
“Tidak satu musibah pun yang menimpa diri seorang Muslim baik yang berupa kesusahan dan penderitaan, kesedihan dan kedukaan, mahupun penyakit, bahkan kerana sepotong duri yang mencucuk anggotanya, kecuali dihapuskan Allah dengan itu sebahagian dari kesalahan kesalahannya.”
Riwayat Bukhari dan Muslim.

Ummul A’la’ meriwayatkan sebuah hadits sebagaimana berikut:
Di saat aku sedang sakit Rasul Allah saw memanggilku kemudian beliau berkata: ‘Bergembiralah engkau, di saat seorang muslim menderita sakit Allah akan menghilangkan dosa kesalahannya, seperti api menghilangkan karat besi dan perak.’
Riwayat Abu Dawud

Jangan kita merungut dan mengeluh apabila diuji Allah. Peliharalah perlakuan agar tetap sabar menetapi perintah dan laranganNya dan janganlah sekali-kali kita menggunakan jalan yang dilarangNya. Peliharalah hati agar tetap teguh bergantung dan berharap padanya tanpa kita berputus asa dari rahmatNya. Ingatlah! Walau seluruh umat manusia berusaha untuk memberikan sesuatu yang bermanfaat untuk kita namun yang demikian itu tidak diizinkan Allah maka ianya tidak akan bermanfaat pada kita. Bergantung dan berharaplah pada Allah sedang usaha sesama manusia itu sekadar satu usaha/ikhtiar yang tidak memberi bekas/kesan. Kita berusaha dgn jln2 yg dibenarkan syara’ lalu kita gantungkan sepenuh pengharapan kepada Allah, pohon limpah rahmat dan pertolonganNya.

Daripada Ibnu Abbas ia berkata: Aku berada di belakang Nabi saw pada suatu hari lalu beliau saw bersabda: Hai anak muda, sungguh aku mengajarkan engkau beberapa kalimat: Jagalah Allah (pelihara batas-batas Allah) nescaya Dia menjagamu/memeliharamu, jagalah (hak/batas-batas) Allah nescaya kamu mendapatkan Dia di hadapanmu. Apabila kamu meminta maka mintalah kepada Allah dan apabila kamu memohon pertolongan maka pohonlah pertolongan Allah dan ketahuilah bahawa seandainya satu umat bersatu untuk memberi manfaat kepadamu dengan sesuatu, maka mereka tidak mampu memberi manfaat kepada engkau kecuali dengan sesuatu yang telah ditetapkan Allah bagimu dan jika mereka bersatu untuk memudharatkanmu dengan sesuatu maka mereka tidak akan dapat memudharatkanmu kecuali dengan sesuatu yang telah ditetapkan Allah atasmu, pena telah diangkat dan kertas telah kering
Riwayat At-Tirmidzi dengan darjat hasan shahih

Read more...

tetamu

About This Blog

Lorem Ipsum

aku suka ikan2 nih..bg mkn sat, klik ja dlm akuarium tu

monyet aku

dolphin aku

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP