Followers

Penyelewengan agama oleh ulama - Part 2

Tuesday, July 7, 2009




Penyelewengan agama yg berlaku pd umat terdahulu bukanlah dilakukan oleh mereka yg jahil atau orang biasa akan tetapi penyelewengan itu dilakukan oleh bijak pandai, golongan yg mengerti dan memahami isi kandungan kitab suci mereka. Bila dirasakan hukum yg terdapat dlm kitab mereka tidak sesuai dilaksanakan maka mereka meninggalkan hukum tersebut lalu mengadakan hukum baru dgn mengatakan "Ini yang terdapat dalam Taurat"/"Ini yang terdapat dalam Injil". Mereka selindungkan kebenaran walau ianya suatu yang bercanggah dengan kitab mereka. Mereka beranggapan apa yg mereka lakukan itu adalah juga perkara kebaikan dan itulah yang lebih bersesuaian dengan keadaan mereka. Inilah antara penyelewengan yg telah dilakukan oleh pendeta / rahib yahudi dan nasrani. Hukum Allah itu mudah2 je diubahsuai ikut selera dan pandangan mereka….apakah manusia itu beranggapan akal dan ilmunya itu setaraf dgn ilmu dan kebijaksanaan Allah hingga layak bg mereka mengubah ketetapan Allah?!!!



Golongan ulama ini bukanlah golongan yg jahil atau keliru ttg agama tetapi mereka adalah golongan yg mengerti dan memahami kitab yg telah diturunkan Allah kpd mereka. Masyarakat mempercayai dan meyakini mereka sebagai orang yg arif dalam hal-hal keagamaan akan tetapi mereka telah selewengkan ajaran agama itu. Ini merupakan satu pengajaran bagi umat Islam bahawa sesungguhnya ulama itu juga manusia yang mempunyai nafsu (inginkan kekayaan, pangkat, nama dan sanjungan), sekadar mengetahui kebenaran tidak bermakna mereka akan berpegang pada kebenaran tersebut. Inilah golongan yang Allah sebutkan dalam ayat 174-176 surah Al-Baqarah:

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah diturunkan Allah dari Al-Kitab dan mereka menjualnya dengan harga yang sedikit (murah), mereka itu sebenarnya tidak makan (menelan) ke dalam perutnya melainkan api dan Allah tidak akan berbicara dengan mereka pada hari kiamat dan tidak akan mensucikan mereka dan bagi mereka siksa yang amat pedih. Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan petunjuk dan siksa dengan ampunan. Maka alangkah sabarnya mereka (alangkah beraninya mereka) terhadap api neraka. Yang demikian itu adalah kerana Allah telah menurunkan Al-Kitab dengan membawa kebenaran dan sesungguhnya orang-orang yang berselisih tentang (kebenaran) Al-Kitab itu benar-benar dalam penyimpangan yang jauh.


Mereka menyembunyikan kebenaran yang diturunkan Allah lalu mereka menjual agama mereka dengan kesenangan dunia yang sementara. Mereka bertopengkan kononnya mereka membawa ajaran Musa dan Isa lalu mereka mengaut keuntungan bagi diri mereka sendiri. Firman Allah dalam surah At-Taubah ayat 34

Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya kebanyakan daripada orang-orang alim yahudi dan rahib-rahib nasrani benar-benar memakan harta orang dengan jalan yang batil dan mereka menghalang (manusia) dari jalan Allah ….


Ini sikap sebilangan besar alim ulama yahudi dan rahib nashara iaitulah mereka memakan harta manusia dengan jalan yang batil (haram). Inilah manusia yg bertopengkan syaitan. Penjahat seperti penyamun dan perompak sememangnya terang perlakuan jahat mereka namun bagi ulama ini, di mana masyarakat memandang tinggi pada mereka dan menyanjung mereka, hakikatnya mereka juga tidak ubah seperti penyamun, bezanya mereka bijak menyembunyikan kemungkaran mereka. Mereka memakan harta manusia dengan 'lesen' ulama dengan mendakwa ianya ajaran Taurat dan Injil.


Demikian jugalah perkara yg berlaku kepada umat Islam kini. Golongan yang dipanggil ustaz ustazah, para pendakwah, para ulama, para sarjana dengan segala macam pangkat dan kebesaran….ini bukan tanda mereka adalah golongan yang benar, ini bkn lesen yg menunjukkan mereka benar2 pendokong kbnrn….ulama atau ustaz juga adalah manusia biasa yang mempunyai nafsu, menghadapi kemelut hidup dunia, saban hari dihasut syaitan digoda dgn naluri dan kehendak hidup dunia sebagaimana manusia lainnya……ada yang tewas dengan godaan nafsu dan kehidupan dunia, diputarbelitkan kebenaran agama semata-mata nak jaga periuk nasi, menggunakan alasan agama untuk kepentingan peribadi dan byk lagi la….tapi, ada gak yang mampu bertahan dengan kebenaran hingga ke hujung nyawa.


Ini sume bukti2 yg menunjukkan para alim ulama tu bkn malaikat yg ma’shum dr salah silap. Byk org beranggapan para ulama atau ustaz2 ni seolah2 ma’shum dr salah dan silap, cukup skadar menilai dr perwatakan ustaz yg baik, tutur kata yg lembut, wibawanya, kepandaian hujahnya…..lantas kita mempercayai menerima malah ada yg sehingga taksub fanatik pd setiap kata2nya. Ape je yg diucapkan atau dilakukan oleh ustaz ustazah tu, sumenye kita borong sbg kebenaran, alasannye….‘hish….xkan ustaz tu nak tipu kot’ ‘ustaz tu mengaji smpi timur tengah, xkan la dia boleh silap’….ni antara ayat2 lazim yg kita dgr.


Berikut beberapa peringatan Rasulullah saw:

Akan keluar pada akhir zaman satu kaum, umurnya masih muda, rosak pemikirannya, mereka berkata dari sebaik baik perkataan makhluk, membaca Al-Quran tidak melebihi kerongkong mereka. Mereka terkeluar dari agama seperti terkeluarnya anak panah dari busurnya.

Riwayat Bukhari dan Muslim.


Mereka membaguskan perkataan tetapi buruk perbuatannya. Mereka mengajak kepada kitab Allah dan tiadalah pada mereka daripadanya (kitab Allah) sesuatu apa pun.

Riwayat Ahmad


Akan keluar satu kaum dari umatku yang membaca al-Quran, mereka menyangka bahawasanya di beri pahala untuk mereka padahal (kemurkaan Allah) atas mereka. Solat mereka pula tidak melepasi tenggorokan mereka.

Riwayat Muslim.


“…..seorang antara kamu akan diremehkan solatnya jika dibandingkan dengan solat mereka, dan puasanya jika dibandingkan dengan puasa mereka.”

Riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad


“….Jika kamu menemui mereka maka bunuhlah mereka. Mereka seburuk-buruk makhluk dan ciptaan.”

Riwayat Ahmad dan Nasaie


Ini rangkap2 peringatan Nabi saw ttg keadaan segolongan umat Islam, golongan ni mmg ade dah skang ni. Golongan ni luarannya nmpk bagus, warak…Nabi saw cakap klu nak compare solat dan puasa mereka dgn para sahabat Rasulullah, nampak lekeh solat dan puasa para sahabat. Golongan ni bersungguh2 bersolat berpuasa yang wajib yang sunatnya. Rajin baca Al-Quran tapi skadar baca tanpa diamalkan isi kandungannya. Mereka mengajak kepada Islam tapi pengamalannya menyalahi Islam. Rupa luaran mmg nmpk sgt2 bgus tp Nabi saw cakap ‘Mereka seburuk-buruk makhluk dan ciptaan’. Golongan ni adalah mereka yg begitu bersemangat dlm agama namun jahil ttg kefahaman Islam. Mereka mengambil Islam menurut acuan mereka sendiri tanpa mengikut contoh perlaksanaan Rasulullah saw.


Sedarlah! Klu kita menilai kebenaran itu hanya dr segi perwatakan dan sikap tukang citer, manusia itu boleh berlakon dan sememangnya pandai berlakon. Klu kita nilaikan kebenaran dgn melihat pd tingkat usia, kita tolak mentah2 apa yg disampaikan oleh mereka yg lbh muda dr kita tanpa kita meneliti kbnrn kata2nya….byk anak2 muda skang yg lbh celik akal dr yg tua. Klu kita nilaikan kbnrn dgn melihat pd nama, pangkat, sijil seseorang itu, korang senirik boley nilai betapa byk di kalangan golongan2 ni yg pandai menipu dan memutarbelit kbnrn. Nilaikanlah kbnrn itu dgn apa yg bertepatan dgn syara’, apa yg tlh dicontohkan dan dilakukan Rasulullah saw.



Read more...

Penyelewengan agama oleh ulama - Part 1


Firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 19

Sesungguhnya agama di sisi Allah adalah Islam

FirmanNya lagi dalam surah Ali Imran ayat 85

Barangsiapa yang mencari agama selain Islam maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya dan di akhirat dia tergolong orang-orang yang rugi.



Terang lagi jelas, hanya Islam agama yg diterima Allah. Manusia boleh pilih apa jua fahaman atau kepercayaan yg mereka yakini namun yg diterima Allah hanyalah Islam. Sama ada kita suka atau tidak dgn ajaran Islam, sama ada kita cuba menafikan atau tidak, jalan yg diredhai Allah hanyalah jalan yang ditunjukkan Islam dan agama/fahaman lainnya adalah tertolak.



Bg yg berbangsa Melayu yg keturunannya mmg beragama Islam, mmg rata2 anak melayu pilih Islam sebagai agama, (walaupon mmg da ade yg declare kuar dr Islam msuk kristian)…..rata2 anak melayu yakin Islam sebagai satu kebenaran di mana walau ditawarkan sejuta ringgit, walau terpaksa berkorban nyawa, sekali-kali kita tidak akan menganut agama lainnya, NAMUN PERLU DIINGAT!!!!!!!! adalah amat penting untuk kita pastikan bahawa Islam yang kita amalkan ini benar-benar Islam yang tulen yang bersandarkan syariat Islam iaitu Al-Quran dan hadits Rasulullah saw.



TAPI REALITI anak melayu islam skang….. byk yg sekadar ngaku Islam di mulutnya (pada luaran) tetapi hakikatnya ia jahil tentang Islam dan ada juga di kalangan umat Islam yang menentang/menyalahi ajaran Islam itu sendiri apabila hukum syara' tersebut bertentangan dengan selera mereka, ada yg tau gak serba sket ttg ajaran Islam tp diignorekan je, skadar tau tp xberamal, tau diri tu xbgus tp still xusaha berubah. Keadaan umat makin parah bilamana di akhir zaman ini, kebenaran syariat islam itu akan dicabut sedikit demi sedikit dengan matinya ulama yang benar sehinggakan yang tinggal hanyalah golongan cerdik pandai yang jahil yang akan berhukum dengan pendapat mereka lalu mereka itu sesat dan menyesatkan masyarakat awam. Bersabda Rasulullah saw:

Sesungguhnya Allah tidak mengambil ilmu dengan mencabutnya daripada manusia tetapi Allah mencabut ilmu dengan cara mematikan para ulama sehingga apabila Dia tidak meninggalkan seorang alim pun maka orang-orang menjadikan pemimpin mereka dari orang-orang yang jahil (tentang Islam) lalu mereka ditanya maka mereka menjawab tanpa ilmu (yang benar dari Al-Quran dan hadits) maka mereka sesat dan menyesatkan

Hadits ini hasan shahih



Kali ini, aku nk citer ttg penyelewengan agama oleh para ulama (golongan yg pandai dlm bab2 agama la), satu golongan yg diyakini dan diberi kepercayaan oleh masyarakat bahawa mereka arif dalam bidang agama, menjadi tempat rujukan bagi menyelesaikan permasalahan-permasalahan berkaitan agama dan urusan kehidupan dunia….satu golongan yg menjadi role model bg masyarakat awam, satu golongan yg masyarakat percaya dpt membimbing mereka kpd redha Ilahi namun mereka membawa manusia kepada jalan kesesatan.

Ulama2 ahli kitab (yahudi dan nashara/kristian) yg masing2 diutuskan kpd mereka Nabi Musa dan Isa, diberikan kitab panduan iaitu Taurat dan Injil, mereka telah mengubah isi kandungan kitab yg diturunkan kepada mereka. Bible atau Injil, ade bape byk versi Injil. Allah sebut dalam surah Al-Baqarah ayat 75, satu perkhabaran yg berbentuk pertanyaan kpd Rasulullah Muhammad saw:

Apakah kamu masih mengharapkan mereka akan beriman kepadamu padahal segolongan daripada mereka mendengar firman Allah lalu mereka mengubahnya setelah mereka memahaminya sedang mereka mengetahui?



Alim ulama agama yahudi dan nashara/kristian ini, mereka mengetahui ttg kedatangan Rasul terakhir iaitu Muhammad saw, mereka kenal Muhammad sebagaimana mereka kenal anak2 mereka senirik….hish, klu smpi Allah citer mcm ni, maknanya knl sungguh2 la dgn Muhammad saw, mmg boley tau punya yg mana Muhammad bila Muhammad datang. Anak yg dibela dr kecik smpi bsar, mak ayah slalu da boley bce dah hati budi panjang akal pendek akal si anak….ni nak tunjukkan betapa si bapa atau mak mmg kenal sungguh2 ngan anak dia, camtu la perumpamaan Allah bg nak menunjukkan betapa agamawan yahudi dan nashara ni kenal Nabi Muhammad saw. Allah citer dlm surah Al-Baqarah ayat 146

Orang-orang (yahudi dan nasrani) yang diberikan kitab kepada mereka (iaitu Taurat dan Injil) (mereka) mengenalnya (Muhammad) seperti mereka mengenal anak-anak mereka sendiri dan sesungguhnya sebahagian di antara mereka menyembunyikan kebenaran sedang mereka mengetahui



Alim ulama yahudi nashara ni mmg kenal Muhammad, mereka mengetahui kebenaran Muhammad, mereka tau Muhammad tu utusan drpd Allah namun mereka sembunyikan kebenaran tersebut, mereka tetap menolak ajaran Muhammad saw. Surah Al-An'aam ayat 33:

Sesungguhnya Kami mengetahui bahawa apa yang mereka katakan itu menyedihkan hatimu (janganlah kamu bersedih hati) kerana mereka sebenarnya bukan mendustakan kamu akan tetapi orang-orang yang zalim itu mengingkari ayat-ayat Allah.


Penyelewengan dari sudut tauhid

Golongan yahudi mengatakan U'zair adalah anak Allah manakala bagi golongan nashara mereka mengatakan Isa anak Allah. Diterangkan dalam surah At-Taubah ayat 30:

Orang-orang yahudi berkata 'Uzair anak Allah' dan orang-orang nashara berkata 'Al-Masih itu anak Allah'. Demikian itulah ucapan mereka dengan mulut mereka, mereka meniru perkataan orang-orang kafir yang terdahulu. Dilaknati Allah mereka itu; bagaimana mereka sampai berpaling?




Penyelewengan dari sudut hukum syara'

Daripada Nafi' bahawa Abdullah bin Umar mengkhabarkan kepadanya bahawa seorang lelaki dan seorang perempuan yahudi dihadapkan orang kepada Rasulullah saw kerana keduanya telah berzina. Rasulullah saw pergi menemui orang yahudi itu dan bertanya: Apa yang kamu dapati dalam Taurat tentang hukuman orang yang berzina? Mereka berkata: Kami lumurkan muka mereka dengan arang kemudian kami naikkan kedua-duanya ke atas kenderaan dengan posisi berbelakang-belakangan lalu diarak keliling kota. Bersabda Rasulullah saw: Jika kalian benar, cuba perlihatkan kepadaku kitab Taurat itu. Lalu mereka bawa kitab Taurat dan mereka bacanya. Ketika (bacaan itu) sampai kepada ayat rejam, pemuda yang membaca meletakkan tangannya menutupi ayat rejam dan dan ia membaca ayat berikutnya. Tetapi Abdullah bin Salam yang ketika itu mendampingi Rasulullah saw berkata: Ya Rasulullah, suruh dia mengangkat tangannya. Ketika pemuda itu mengangkat tangannya, ternyata di bawah tangannya itu terdapat ayat rejam. Rasulullah saw memerintahkan supaya keduanya dihukum rejam maka direjamlah keduanya. Berkata Abdullah bin Umar: Aku ikut merejam keduanya. Kulihat yang lelaki bersikap melindungi yang perempuan dari lemparan-lemparan batu dengan tubuhnya

Hadits shahih riwayat Muslim




Daripada Barra' bin 'Azib ia berkata: Pada suatu ketika, lewat (melalui) di hadapan Nabi saw seorang yahudi yang dihitamkan mukanya dengan arang dan disebat (selaku hukuman zina baginya). Maka Rasulullah saw memanggil mereka dan berkata: Beginikah yang kamu dapati dalam kitab kamu (Taurat) tentang hukuman ke atas penzina? Mereka menjawab: Ya. Maka Rasulullah saw memanggil seorang lelaki yang tergolong pendeta mereka dan beliau bersabda: Kuharap engkau mau bersumpah dengan Allah yang telah menurunkan Taurat kepada Musa, beginikah yang kamu dapati dalam kitab kamu (Taurat) bagi hukuman orang yang berzina? Pendeta itu menjawab: Tidak! Seandainya engkau tidak menyuruhku bersumpah dengan nama Allah, aku tidak akan mengatakan yang sebenarnya kepada engkau. Kami dapati hukuman rejam (dalam Taurat bagi orang yang berzina) tetapi zina itu banyak berlaku di kalangan pembesar-pembesar kami. Maka jika yang tertangkap itu pembesar-pembesar kami maka kami biarkan saja tetapi bila yang tertangkap itu orang yang lemah (rakyat biasa), kami tegakkan hukum sesuai dengan Taurat. Akhirnya kami bermusyawarah membicarakan hukum yang dapat kami tegakkan bagi pembesar dan rakyat biasa (yang hina) maka kami putuskan untuk menghitamkan mereka dengan arang dan menyebat mereka sebagai ganti hukuman rejam. Bersabda Rasulullah saw: Ya Allah, sesungguhnya akulah orang yang pertama-tama menghidupkan kembali perintahMu setelah mereka mematikannya lalu Rasulullah saw perintahkan supaya yahudi yang melakukan zina itu dihukum dengan hukuman rejam …..

Hadits shahih riwayat Muslim



Sesungguhnya ketetapan Allah itu adalah untuk setiap manusia tanpa mengira pangkat atau darjat, kaya atau miskin, barangsiapa yang melakukan kemaksiatan atau kemungkaran maka baginya terdapat hukuman di sisi Allah.

Daripada Aisyah isteri Nabi saw bahawa orang-orang Quraisy mendapat kesukaran kerana kes seorang wanita (bangsawan) yang mencuri pada masa Rasulullah saw iaitu ketika terjadi perang penaklukan Mekah. Mereka berkata: Siapa yang dapat berbicara dengan Rasulullah saw (memintakan kebebasan bagi wanita itu dari hukuman potong tangan? Jawab mereka: Tidak ada yang dapat memintakan kebebasan baginya selain Usamah bin Zaid, anak kesayangan Rasulullah saw. Lalu Usamah berbicara dengan Rasulullah saw memintakan kebebasan bagi wanita itu. Mendengar permintaan Usamah, muka Rasulullah saw berubah warnanya lalu beliau bersabda: Sanggupkah kamu membela seseorang dari hukum yang telah ditetapkan Allah? Usamah berkata: Mohonkan keampunan untukku wahai Rasulullah saw. Setelah malam tiba, Rasulullah saw berkhutbah. Maka beliau memuji Allah sebagaimana layak bagiNya. Kemudian beliau bersabda: Amma ba'du, sesungguhnya orang-orang yang sebelum kamu binasa kerana apabila orang-orang besar di kalangan mereka mencuri, mereka biarkan saja dan apabila yang mencuri itu orang yang lemah/rakyat biasa, mereka tegakkan hukum ke atasnya. Sesungguhnya aku, demi Allah yang jiwa Muhammad di tanganNya, andaikata Fatimah binti Muhammad yang mencuri nescaya kupotong tangannya. Kemudian beliau perintahkan supaya wanita yang mencuri itu dipotong tangannya. Maka dilaksanakanlah hukuman itu

Hadits shahih riwayat Muslim




Read more...

tetamu

About This Blog

Lorem Ipsum

aku suka ikan2 nih..bg mkn sat, klik ja dlm akuarium tu

monyet aku

dolphin aku

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP